Jumaat, 29 Januari 2016

This Is Not Easy....

Assalamualaikum.....


The management has spoken.
I have to produce a list.
Oil and gas industry is terribly bad.
We need to do everything that could be done to survive, including as per the above.
I feel very bad.
Some have just bought new houses...
Some have just graduated...
Some have just got married or getting married next week...
And I have to pull off their life support in this difficult situation.

I feel sooooo bad...


I have to propose different methods to help the company..
I have to be creative...
I have to help as much as possible...

I need strength...





.

Khamis, 28 Januari 2016

Bila Di Cari, Tak Jumpa

Assalamualaikum.....


Kelam kabut balik Melaka semalam untuk ambil jaket hubby. Hubby kena bertugas ke Shanghai hari ni. Suhu di Shanghai ialah -10 sekarang. Memang tak cukup sekadar kot atau jaket jeans.

Masalahnya, hampir 3 jam saya geledah rumah, tapi tetap tak jumpa. Habis saya punggah semula kotak2 berat..kontena2 lama...tapi tetap tak jumpa.

Mmg dah lama jaket tu. Masa hubby study dulu, tapi memang pernah keluarkan tahun lepas.

Akhirnya, memang tak jumpa.

Begitu juga smartfon Adam, hadiah kecemerlangannya. Tapi puas saya cari dalam rumah mak dan rumah kami di Melaka. Cari dalam semua kereta, pun tak jumpa juga.

Biasanya, kalau kita dah lupakan, tiba2 wujud pula depan mata entah dari mana datangnya.

Apa2 pun, saya sangat kecewa dengan diri saya. Saya gagal dalam amalan 5S. Saya memang tak pandai mengemas. Saya tak kreatif menyusun dan menghias. Dan saya tak ada masa. Setiap hari masa saya adalah untuk orang lain.

Ok...saya sedih lagi.

Gagal.

Tapi.....

Gagal hari ni, lagi bertambah kuat azam nak baikinya...


Dapat macam.gambar ni pun..ok sangat dah...

Dengan izin Allah, satu hari nanti..

Doakan saya...


.

Rabu, 27 Januari 2016

WW: Dating Nandos

Assalamualaikum.....

Malam td saya dating dengan hubby. MakanNandos di Nilai jer..

Algarve Salad

Chicken wrap

Choc Mud Ice cream cake
(Extremely sweet for my taste)



.

Ahad, 24 Januari 2016

Insurance kami..

Assalamualaikum.....

Yes. Prudential.


Sebenarnya, kami tak pernah ada personal insurance sendiri. Pertama, dulu rasa macam mahal. Takut tak mampu. Second, simply because kami dilindungi oleh syarikat masing2.

Tapi, sejak bertukar syarikat, dah ada kesedaran. Lebih baik jaga diri sendiri dulu.

Tapi, saya ni dah berbelas tahun menguruskan insuran petugas. So, fahamlah juga sikit tentang insurans. So, bila nak pilih insuran mana, saya agak cerewet sikit.

Kami ambil insuran dengan kawan hubby. Dia baru nak memulakan karier sebagai agent. Disebabkan kami dah kenal, maka panjanglah diskusi kami. Di samping bertanya, saya kongsikan juga beberapa perkara yang dalam pengetahuan saya.

Maka, kami sign up dengan beliau. Bukan hanya kerana dia kawan kami, tapi sepanjang yang saya tahu, ranking personal insurance terbaik di Malaysia yang dikeluarkan oleh Bank Negara, masih lagi Prudential di tangga teratas.

Saya dah go through polisinya. Of course ada grey area, tapi tak sebanyak polisi insuran lain. Dan juga, insuran lain terang2 menjelaskan bahawa mereka boleh menukar sebahagian klausa sewenang2nya.


Jadi, pada satu malam agensi ini mengadakan majlis untuk memperkenalkan agent mereka. Saya hadir sebagai sokongan. Tak ramai Melayu. Tapi bolehla... 
Sebelum Maghrib, sesi networking. Ada jamuan ringan. So, sambil minum, makan..saya kenal beberapa orang juga.

Ini antara agent yang naik pentas malam tu. Agent saya yang kanan sekali. Mereka berkongsi kisah perjuangan mereka.

Isteri agent saya yang bertudung kuning. Kami duduk bersama.

Ramai yang datang malam tu. Majlis santai dan meriah.

Ada yang akan tidak bersetuju dengan saya. Dan saya tak dapat menidakkannya. Masalah mungkin timbul antaranya dari beberapa perkara:

1. Pakej yg diambil dulu dan sekarang mungkin berbeza. Setiap beberapa tahun, insurance company akan keluarkan produk berbeza. Untung kat sini, rugi kat sana. Maka, study polisi dengan teliti. Yang tak faham, sila minta penjelasan.

2. Kebanyakan orang yang ada masalah dengan insuran yang saya jumpa, rata2nya merujuk kepada janji dan penerangan verbal dari agent. JANGAN... Kadang2 ada agent yang tak faham pun dengan produk mereka. Ramai agent yang tak go through polisi langsung pun. So, mereka salah beri penjelasan dan salah berjanji.

3. Sila dapatkan agent yang bagus. Yang sanggup korbankan waktu tidur dan waktu holiday mereka di saat anda memerlukan, yang rajin update anda tentang perkembangan polisi anda, dan yang ada integriti. Jujur, amanah dan komited.


Saya bukan mempromosi. Saya hanya berkongsi. Ada banyak produk baru untuk personal insuran. It's your call. Cuma, baca polisi dengan teliti. Jangan pandang gula2 sedap berwarna warni saja, tapi cari juga semut2 atau serangga di celah2 gula2 tu. Selalunya tak perasan kan?

Bukan apa, nanti dah 5 tahun membayar, tiba2 ada masalah...dah serba salah pula. Duit dah habis banyak, tapi tak menepati keperluan. Kalau berhenti, duit tu semua hangus...

Oh, sila maafkan saya kalau ada yang tak bersetuju.. Ini hanya pendapat dari pengalaman saya.



.

Khamis, 21 Januari 2016

Di Kerteh Lagi...

Assalamualaikum.....

Hari ni saya berada di Kerteh. Nak beri briefing pada staff syarikat mengenai beberapa perkara.

Khusyuk jer diorang dengar briefing


Minggu lepas dah buat di PD. So kena adil. Cawangan di Kerteh pun saya kena buat juga. Saya jenis open. Staff boleh tanya apa saja. Tapi tak semestinya dia tanya, dia minta saya akan kata ya. Majikan pun ada kemampuan masing2 juga.

Industri minyak sedang tenat. Maka kami kena berhati2 melangkah. Mujurlah syarikat kami masih stabil.

Oh yer, trip kali ni dengan Director Admin kami. My lady boss ni mmg sempoi and sporting. Dia mudah dibawa berbincang and boleh menerima pendapat. Healthy discussions. Saya ok kalau ada usul yg ditolak selepas pertimbangan dan perbincangan.

Habis jer briefing hari no, zoom terus balik PD semula. Saya rasa esok saya pengsan kat rumah kot...



.

Selasa, 19 Januari 2016

Row 6

Assalamualaikum.....

Kebelakangan ni, kalau pergi AEON time lapar, kami rajin pula masuk Row 6 ni. Food boleh tahan sedap, berbagai citarasa Asean ada, desert pun berbagai2, portion besar dan tak rasa macam tergesa2 kena habiskan makanan cepat. Rasa relax jer.

Saya ni pula, style makan yang terhegeh2. Makan dengan sangat slow. Biasanya kalau saya yang start awal, saya juga paling last..hehehe.

Fish cake. Bergedil ayam. Sodap. Padat. Berempah.

Ini green curry dgn nasi. Tak cukup pedas. Nasi tu memang x terhabis. Mujur Adam tolong habiskan sebab dia order spaghetti yang portionnya kecik.

Ini Koay Tiaw ayah order. Sedap... Oh, dihidangkan cili padi hiris dalam kicap cair.

Banyak lagi menu belum cuba. Kena pergi lagi jawabnya ni kot...hahahaha....

Isnin, 18 Januari 2016

Intern's Presentation

Assalamualaikum.....

Among the conditions for those who wants to join our company for industrial training is that they must agree to do a formal presentation at the end of their training period. The presentation must be attended by the company representatives and their learning institutions.

The contents are all about what they have learnt and did throughout the period. They need to explain in details about company's product, services..etc.

The objectives are to assess their understanding, their efforts, to be transparent to the learning institution that the students were not wasted and as a starting point for the students' involvement in the real employment world.

So I've watched many presentations. Definitely the audience and the presenter know at what level those presentations were. So, the presenters should know that it was their own effort and responsibilities.

But, being human being with ego and self-proud, they are some presenter spilled the blames to others.

As an employer, we wouldn't need that attitude in our organization, right?

Sadly, we have a lot in the community. It doesn't help to develop a success and healthy society. Please, stop spoonfeed them. It does them no good.


.


Rabu, 13 Januari 2016

WW : Bekal ke Pejabat

Assalamualaikum.....


Nota: Sandwich telur and chicken ham dalam roti pita yang hancur terkulai dengan buah epal sebagai cover line.

Sabtu, 9 Januari 2016

BRAVO 5, Filem Kebanggaan Kita...

Assalamualaikum.....

Yeah...I know. Cerita basi kot. And mungkin juga ramai yang tak tahu tentang filem ni. To be frank, saya ternanti2 filem ni sejak tahun lepas. Dan bila saya tau, rupa2nya dah masuk Astro First. Publisiti tak meluas. Biasalah, mana2 filem patriotik, sokongan kewangan tu memang sakit sikit.

Anyway, saya dibesarkan di dalam kawasan tentera. Jadi, sejak kecil, saya sering kagum dengan tentera walau tiada seorang pun ahli keluarga saya tentera. Jadi bila keluar filem tentang perjuangan tentera komando Malaysia, saya memang sangat teruja.

Hero dalam filem ni sangat ramai. Tapi yang paling menyerlah ialah Beto Kusyairi. Dia yang paling serius, saya 'rasa' semangat perjuangannya dan dia yang paling tangkas.


Saya baca banyak komen negatif tentang teknik perfilemannya, tapi saya langsung tak rasa itu mencacatkan filem ini. Remember, bajet filem ini ciput. Ini filem patriotik. Walaupun ada Remy Ishak dan Beto, itu bukan tarikannya. Tarikannya ialah ini kisah benar. Tunjukkan pada generasi baru susah dan senang hero negara mengorbankan segalanya demi kita semua.

Buka buku, buka internet. Carilah tentang perjuangan komando ini. Anda tak mungkinnn jumpa. Yang ada, masihlah tentang Mat Kilau, Temenggong Jugah dan Hang Tuah. Bukan menidakkan, tapi please upgrade the history education. Sekolah x boleh, tapi kita boleh, kan.

Komando kita, tentera dan polis adalah antara yang terbaik di dunia. Tahukah anda semua? Dunia sanjung pejuang kita sedangkan kita menyanjung orang lain. Oh...sedihnya.

Jangan kira benefit mereka...gaji, pencen. Semua tak setanding...but it's the nature of jobs. Semua kita ada bahagian masing2. Semua kita lakukan yang terbaik. Tapi kalaulah sedikit perhatian dilebihkan pada pejuang kita, alangkah cantiknya kan...?

Saya buat nota yang panjang untuk entry ini. Tapi saya rasa cukuplah saya sampaikan rasa hati yang ini saja. Nak review filem ini menggunakan smartfon cap ayam saya yang cenonet ni, satu perjuangan besar juga tu. Tak apalah. Yang penting...mesejnya.

Siapa yang belum tengok....sila cari dvd original. Apa salahnya menyumbang kepada patriotisma....





.

Selasa, 5 Januari 2016

Shopping Trip to Kuantan

Assalamualaikum.....

Cuti Christmas tu hari, hubby tiba2 ajak ke Kuantan. Kami pergi berdua jer sbb gerak dari Melaka. Adam tak nak ikut ke Melaka sbb dia ada tuisyen. So, sudden decision with unplanned visit. Redah jer lah kan.

On the way tu, buka la booking.com, tapi harga dan option di Kuantan tak menarik. Maklumlah, cuti panjang. Mesti full. Kami jalan slow2 dan enjoy the scenery. Lalu Pekan...sebab nak lalu tepi Sg Pahang. Melepasi jambatan Sg Pahang, hubby berhenti di Ancasa hotel. Kalau available, tidur sini jer katanya. Selalunya kami lalu lalang jer. This time...lepak sini lah.

Tgk harga dlm booking.com mcm menarik. Tak sampai 200. Tapi walk in dulu, compare harga. Mak aii..almost 300 kalau walk in. So, keluar balik, dok dlm kereta dan terus buat booking online. Settle.

Since masih pagi, kami terus ke Kuantan dulu utk berjimba2. Lepas makan di Cheruk Paloh, pergi cari Kamdar yg baru berpindah lokasi. Beli seluar hubby dan kain utk saya. Kemudian kami patah balik ke Pekan utk check in.

Bila dapat masuk.ke bilik...waahhh

Sangat best. Luass. Ada sofa lagi...ada work station lagi... Saya tersengih2 sbb harganya berbaloi sbb booking.com tu.


Toilet pun luas. Ada bath tub juga.

Lemari ada tingkap utk terus ke toilet. So, dari bathroom boleh terus capai baju dari almari.


Antara yg kami sempat beli.

Malam tu, ke Kuantan lagi. Makan tosei yg dirindui di Alif Restoran depan balai polis sebelah Teruntum tu.

Lepas makan, pusing jalan kampung cari group2 pemancing. Bila dah penat, baru balik tidur.

Esok pagi, check out dan ke Kuantan semula. Hubby suruh saya masuk Giomall yang baru. Tak pernah hayat saya kena beratur untuk shopping. Rasa macam nak loncat masuk kereta semula. Tapi nnt hubby marah. Mujur tak lama beraturnya. Tak kuasa nak berebut berkejar bagai. Pelik tengok wanita muslim yang berlari berebut untuk masuk situ. Allah....


Didie Alias jadi MC pembukaan Giomall

Asalnya saya nak tengok telekung Siti Khadijah, tapi tak sanggup berhimpit. Naik atas...beratur kat tempat paling aman. Sambar tudung instant jer yg murah2, dan dapat free gift shawl. Terus keluar. Sempat juga tengok Siti Nordiana menyanyi lagu Memori Berkasih. Dan hubby dah tawaf berkali2 masih tak jumpa parking. Saya terus loncat masuk kereta dan ajak hubby beredar cepat.


Singgah Pak Din di Tg Lumpur. Borong sata utk bawa balik PD.

Lunch udang galah fresh di Chini.


Dan terus balik PD. Hubby tidur sepanjang jalan. Sedap betul tengok dia lena.

Rasanya kena datang lagi. Tunggu cuti sekolah kot. Boleh bawa Adam.


.

Sabtu, 2 Januari 2016

Selamat Datang 2016....

Assalamualaikum.....

Terima kasih kepada kawan2 yang mengucapkan tahun baru kepada saya. Likewise, Selamat Tahun Baru kepada semua. 2015 berlalu dengan pantas. Saya rasa macam 'terbang' merentasi tahun lepas. Cabaran berbeza, tapi tetap menguji ketabahan. Dan Alhamdulillah, saya berjaya lepas ujian walaupun tidak cemerlang.

Untuk tahun ini, saya menharapkan :

1. Agar Malaysia kembali bangun. Semoga Ekonomi kembali kukuh dan dapat mergsang pertumbuhan sosial yang sihat.

2. Saya harap agar ada satria yang berani dan bijak mengetuai  perjuangan yang jujur dan suci untuk menghentikan berbagai2 penganiayaan yang semakin lama semakin berdarah hati rakyat dibuatnya.

3. Saya mohon agar tahun ini saya dapat melaluinya dengan tenang, damai dan bahagia. Selama ni asyik hectic.. jer. Lelah juga la sikit. Tapi ya lah kan...kuasa Allah, kita tak dapat jangka. Percaya dengan Allah...

4. Semoga seluruh keluarga saya dan semua kawan2 saya termasuk pembaca sekalian akan dilindungi dari segala kesukaran, segala bahaya dan segala kezaliman. Semoga kita semua berada dalam kesihatan yang baik.

5. Semoga bumi terus kuat menghadapi ujian dari manusia yang zalim dan sombong.


SELAMAT TAHUN BARU, semua...!!!!



.
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink