Rabu, 8 Mac 2017

Melawat Anak di Asrama



Bila anak berjauhan dengan kita, makan apa saja di rumah pun pasti teringatkan dia. Bila melawat dia di asrama sekolah, pasti bawa makanan. Kalau tak sempat masak, beli saja lah. Telefon dan tanya dia nak makan apa. Kalau ada masa memasak di rumah, jadilah menu simple macam di atas tu.

Kebetulan pula hari sebelumnya tu hubby pergi memancing di sungai dengan kawan2 nya. Murah rezeki..dapat udang galah berbelas ekor. Si bujang dan hubby request sambal tumis udang galah. Iyolah...buatkan saja.

Iring pula dengan ayam goreng kunyit kosong dan sayur sawi putih masak lemak putih.

Menu yang simple...tapi puas hati makan bersama di pondok sekolah.

Ibu2 yang lain, bawa bekal.apa selalunya untuk anak di asrama?


Jumaat, 3 Mac 2017

JRevolusi : Filem Aksi Terbaik Malaysia!


Ya....ramai yang pernah nampak iklan filem ni kan... Daripada iklan tu lagi kita semua dah terfikir2. Apakah filemnya sehebat trailer filem yang digembar gemburkan?

Hakikatnya....

YANG TERBAIK SETAKAT INI DALAM MALAYSIA..!!!!

Ya.... itu pengiktirafan saya.

Saya yang bukan daripada professional pembikin filem, tapi saya bukanlah buta filem. Saya suka menghargai karya seni tak kira dalam media elektronik mahupun media cetak.

Dan pengiktirafan ini juga adalah daripada sisi saya yang sangat patriotik. Saya sangat bangga dengan perwira-perwira Negara, tak kiralah mereka dalam bidang apa sekali pun....

Ok, mari berkenalan serba sedikit dengan filem ini.

Filem ini bukan kisah cinta. Tak ada baju seksi menggoda  nafsu. Yang ada hanyalah aksi..aksi dan aksi....

Aksi yang bijak..bukan aksi sekadar lakonan. Aksi yang memberi makna.

Kisahnya adalah mengenai Jay Zulkarnain yang merupakan seorang ahli Unit Tindak Khas, PDRM. Beliau dan skuadnya terlibat di dalam satu misi untuk menumpaskan sindiket yang ingin menjual senjata biokimia yang sangat berbahaya. Namun, kakaknya yang juga ahli PDRM dijadikan tebusan oleh sindiket ini. Sindiket yang bertaraf antarabangsa ini dengan penuh licik mula memerangkap Jay untuk mendapatkan kembali senjata biokimia yang dirampas oleh pihak polis itu.

Selebihnya, dalam perjalanan Jay untuk menyelamatkan kakaknya, satu demi satu halangan dan cabaran harus dihadapi dengan ketangkasan akal dan mental seorang ahli UTK yang sangat terlatih.





Apa yang ingin saya ketengahkan ialah usaha ahli produksi filem ini. Filem yang sangat bersungguh-sungguh. Dari krew lampu suara...kepada pelakon, kepada stuntman dan sehinggalah kepada Penerbit-penerbitnya. Saya angkat tangan....applause untuk anda semua. Semuanya serius. Bukan main-main. Aksi-aksi reality.

Pelakon-pelakonnya, selain Zul Ariffin, Izara Aishah, Fazura, Farid Kamil dan juga Azad Jasmin, kita ada Hans Isaac yang memberi impak yang bukan sedikit. Azad Jasmin...membawa watak yang menceriakan keadaan dengan lawak yang lucu namun bukan lawak kosong. Sangat bersahaja. Dan tanpa disangka, Fatimah Abu Bakar yang merupakan ibu kepada Sharifah Amani, malkonkan watak ibu kepada Skodeng (Azad Jasmin). Menjadi ibu atau siapa saja ahli keluarga perwira Negara, kita juga harus menjadi bijak dalam melindungi, menyiapkan dan mempercayai mereka.

 Dan antara impak terbesar yang terkesan di dalam minda dan jiwa saya ialah dengan aksi2 komando yang sangat terlatih.

Pergerakan yang kemas, formasi yang cantik, langkah yang lembut tetapi sangat 'sharp' serta semangat yang perkasa itu memang sangat memukau jiwa. Memang kami semua terpaku di dalam panggung.

Kembalinya saya ke rumah, saya cuba mencari klip2 filem ini dalam youtube. Oh..rupa-rupanya ahli2 UTK yang dalam filem ini semuanya adalah ahli UTK yang SEBENAR. Berapa banyak filem Malaysia yang dilakonkan oleh perwira Negara yang sebenar? Yang menggunakan uniform, pistol, senjata, kelengkapan tempur dan kenderaan tempur yang sebenar?

Ya..mereka adalah UTK yang sebenar. In fact, skrip filem ini juga, diolah oleh pihak PDRM dan disesuaikan dengan pergerakan mereka...walaupun bukan secara detail untuk menjaga kerahsiaan Jabatan Keselamatan Negara.

Sebagaimana anda selalu disajikan dengan ketangkasan SWAT team dalam filem2 inggeris....anda akan rasa lebih kagum, bangga dan rasa selamat kerana rupa-rupanya Malaysia juga punyai SWAT team yang sangat bagus.

Gambar di atas, adalah ahli2 UTK yang sebenar. Baik di dalam fotografi, publisiti, mahupun dalam filem, wajah mereka sentiasa ditutup dan dilindungi untuk menjaga kerahsiaan identity mereka. Dan mungkin, ahli keluarga mereka juga tidak tahu mereka ini adalah ahli UTK.

Saya mohon....sebarkanlah. Tontonlah filem ini. Saya tak menyesal bayar tiket, malah saya ingin menonton lagi untuk kesekian kalinya kerana perasaan bangga dengan Malaysia, dengan ketangkasan dan kegagahan mental, jiwa dan fizikal hero-hero Negara ini sangat menusuk ke sanubari saya.

Dan antara matlamat PDRM adalah untuk memberikan bayangan kepada rakyat Malaysia tentang fungsi UTK ini. Yang berjuang di dalam gelap dan senyap, yang tidak dihebohkan tentang ancaman yang melanda Negara, yang tidak laparkan pujian dan pingat, tetapi melaksanakan tanggungjawab mereka dengan penuh ikhlas walaupun gajinya sama sahaja seperti anggota lain. Mungkin sedikit lebih elaun kerana berbeza unit, tetapi tak berbaloi kerana nyawa mereka yang menjadi taruhan dalam menjaga nyawa kita semua.

Walaupun politik bergolak, walaupun ekonomi bergelombang besar, tetapi jangan lupa...

HARGAI LAH PERWIRA-PERWIRA YANG BERANI DAN PERKASA INI.....


Tahniah JREVOLUSI!!!










.