Jumaat, 19 Mei 2017

Trip Kerja ke Kerteh dengan Bodyguard

Assalamualaikum.....

Kalau time cuti sekolah, dan kebetulan ada urusan di cawangan Kerteh, bolehlah mengangkut bodyguard sorang ni...hehehe

Ini masa trip hujung tahun lepas. Mati la nakkk....setengah tahun cerita basi dalam draft. Tapi kita share jer lah kan....

Kalau dah bawa dia, haruslah include percutian sekali. Kena ada makan2. So masa ni makan2 di Kuala Dungun.

Macam biasa, seafood lah. Sedap juga....that is why kami selalu ke sini...


Air Putera Duyung. Lazat dik. Air tu pun Nampak hensem kan. Bukan model tu...air tu yang hensem maaa...


Lepas meeting, staff kat sana jamu pula kami dengan nasi minyak style Terengganu. Allah haii...sedapnyaaa....


Tapi lepas2 daripada ni....semua meeting berjalan dengan sendu dan debaran. Sehinggalah malam tadi, surat terakhir untuk kumpulan pertama di sampaikan.

Alhamdulillah, Allah mudahkan. Walaupun kesedihan tu masih menebal lagi. Ada staf yang telefon saya, masih dalam sedu sedan...Allahu Akbar...

Semoga ekonomi industry kami kembali pulih.

Amiin...




6 ulasan:

  1. seronoknye.. paling best tang makan tu.. hihi

    BalasPadam
  2. Macam sama je style kita.. bila ada bodyguard, sure kena include agenda makan2 kan. heeee

    BalasPadam
  3. handsome jugaklah orang yg depan air tu...

    BalasPadam
  4. sad ending entry ni..huhu.risau gak ni esok company nak buat townhall. agak apalah nasib kami..

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com