Assalamualaikum semua.
Saya rasa dah ramai rakan blog yang mungkin sangka saya telah meninggalkan dunia blogging. Tetapi percayalah...blogging tetap berada di carta paling atas dalam hati saya.
Saya lebih selesa menulis dan merekodkan perjalanan saya sekadarnya di dalam blog ini. Walaupun saya dah hilang arah bila fungsi side bar saya semuanya lintang pukang.
Terlalu banyak perkara yg berlaku dalam hidup saya sejak 3 tahun lepas yang menyebabkan saya timbul hanya beberapa kali saja dalam blog. Dan sejak setahun yang lepas saya diuji dengan pelbagai ujian duniawi yang sangat berat. Sehingga ada masanya saya hampir tergelincir dari landasan akidah. Na'udzubillah....
Tetapi setakat ini...saya masih lagi mampu berdiri dan mengharungi dugaan yg ada. Dek kerana berbagai tekanan, saya sering jatuh sakit kebelakangan ini. Ditambah dengan usia yang meningkat, tekanan fizikal dan mental yang melebihi kemampuan saya, tapi saya redahkan juga.
Dan lagi sekali, saya jatuh sakit minggu lepas. 3 hari di hospital. Pulang kerumah, keadaan saya masih belum pulih sepenuhnya. Jadi, untuk hujung minggu, Adam yang dah jadi anak teruna pun rajinlah masuk dapur bantu saya. Percaya atau tidak...dia berjaya menyediakan hidangan tengah hari.
Masak lemak labu kuning dengan pucuk manis
Apalah pandainya anak lelaki berumur 15 tahun kan. Tapi usahanya menyerah diri...bertanya apa yang boleh dia bantu sangat mengharukan saya. Sayur saya siang sambil duduk. Yang lain2 dia siapkan dengan panduan dari saya.
Memang sedap lauk tu. Labu manis, kuahnya cukup lemak dengan harum serai, cukup perisa, cukup seimbang garamnya. Adam tumbuk bawang merah dan lada hitam sebagai rencahnya.
Sotong goreng tepung
Resepi saya juga. Simple sangat. Celup telur,salut dgn tepung jagung yang ditambah serbuk kari. Syukur...sedap dia goreng.
Adam yang sedang menggoreng sotong.
(Abaikan rumah saya yg sentiasa bersepah tu..)
Saya janji untuk masakkan sotong kegemaran dia sejak seminggu yg lalu. Tapi selepas beli sotong, saya jatuh sakit. Jadi Adamlah yang kena masak sendiri.
Lengkaplah menu kami tgh hari tu. Siap sambal belacan lagi Adam tumbuk halus.
Alhamdulillah.
Dia satu2nya anak saya. Walaupun sejak kebelakangan ini dia banyak terkucil dalam tindak tanduk serta banyak membuat keputusan yang salah, saya harus hadapinya dengan sabar. Itu adalah proses pembelajaran dia dalam hidup. Cuma mungkin rezeki dia, ujian dia lebih hebat sedikit dari rakan2 yang lain. Semoga dia akan menjadi seorang anak yang hebat dan berjasa nanti. Amiin...
Oh, Isnin akan datang ni, dia akan menghadapi peperiksaan PT3nya. Saya tidaklah mengharapkan keputusan cemerlang memandangkan dia sangat tertekan sejak kebelakangan ini. Saya hanya doakan dia sihat dan tenang. Amiin...
Saya akan cuba muncul dengan lebih kerap. Saya pun memang rindu untuk menulis panjang lebar lagi....
Jumpa lagi nanti...In sha Allah...
.
alhamdulilah....bagusnya...toucing lak ita baca
BalasPadamAssalamualaikum Aziela.
BalasPadamSetiap kita mesti ada ujiannya. Setabah mana kita mengharunginya hanya Allah juga Yang Maha Mengetahui. Kakcik juga tidak terlepas. Ujiannya tidak datang dari jauh, sebaliknya dari sekeliling kita juga. Yakinlah Allah menguji atas sebab yang tidak kita ketahui, tapi Dia tetap memerhati.
Semoga Aziela terus tabah. Untuk Adam, semoga perjalanan tetap dalam landasan yang betul. Dia anugerah dan amanah...
Sedapnya...
BalasPadamSemoga sentiasa sihat...
BalasPadamAllahu..
BalasPadamTerharu akak baca entri ini..
Setiap org ada ujiannya Aziela..
Semoga tabah dan redha dgn ujian itu..
Allah bagi ujian sebab sayang kita..
Cuma kita perlu munasabah diri dgn ujian itu..
Alhamdulillah..
Adam dah boleh bantu ibunya memasak..
Kira bagus tu anak lelaki boleh memasak..
Se baya anak sulong akak ni..
Itu pun masak atas tunjuk ajar juga..
Bertuahlah ada anak teruna rajin
BalasPadamSabar dan berdoa.. adam nanti walau buat kertas peperiksaan o levels ke hapa.. make sure buat bahasa malaysia. Sbb tanpa itu kertas..banyak masalah nak sponsor atau kerja
BalasPadamBagusla kalau anaknsorang dapat membesar dfn ibubapa.. belajar dan mengeratkan hubungan. Esok bila dah kerja nak kawen plak. So good to have him and spend time together.
BalasPadam