Jumaat, 13 Oktober 2017

Mantai sebelum puasa 2017

Assalamualaikum and salam sejahtera kepada semua....

Allahu...bila tengok dalam folder. Ada lagi beberapa entry yang belum dipublish. Sayang sebab dah ada dalam draft. Saya akan publishkan satu persatu...perlahan-lahan ya.
Harap semua pembaca sudilah melayan entry lama.

Ye...sebelum puasa pun ada mantai. Di NS, tradisinya.........


Tahun ni, mantai sebelum puasa di Melaka. Jadi tak adalah kecoh-kecoh bakar lemang segala. Tapi tak apa. Yang penting kita berkumpul bersama dan habiskan masa berkualiti sambil merapatkan ukhuwah.

Tapi walaupun tak ada sup tulang,lemang dan rendang, menu tetap memikat. Mommy masak betik mengkal. Masak lemak cili padi. Allahu...sedapnya... Nikmat sungguh. Kalau saya ni menantu hantu...saya dah hirup semangkuk sorang-sorang diri dah agaknya.
Dilawan pula dengan ikan goreng panas2 sambal tumis udang dan terung bercili.

Memang terdodok la kami semua.

Alhamdulillah.
Tapi buat entry ni...saya dah kecur pula nak makan lauk betik lagi. Kena ke pasar ni..nak cari betik.

.

5 ulasan:

  1. serius, pertama kali tau pasal betik boleh masak lemak cili padi. harus dicoba ini!!

    BalasPadam
  2. Baca sekali arung beberapa entry aziela..
    Semoga Aziela dah kembali sihat.
    Adam dah tak sekolah asrama dah ke?

    BalasPadam
  3. Tak pernah lagi makan betik masak lemak.. Selalunya sha jumpa buat tumis air.. Menarik juga nie..

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com