Gengsterism Ganazzz....

No Comments
Opismate aku yang dok kat sebelah aku nie baru lepas bercerita dengan aku...sangat bersemangat cara dia cerita. Dia kata semalam ada satu gangster dah masuk dalam area kedai dia ( dia jual burger memalam ). Dah la menceroboh...buat cara kurang ajar plak tu. Sekali tu, gangster yang memang ada di area kedai dia... gie la shooh gangster baru yang kwang hajor nie. Dh nama pun kwang hajo..menceroboh kawasan lain, dia plak attack gengster kawasan kedai, mementanglaa dia besooo. Gengster ori kawasan kedai nie terus cabut...carik back-up. Dia kembali dengan kepala gengster yang sgt fierce, besarrr and tough... Member aku kata lagak seperti harimau. Boss gengster ini pun terus attack semula penceroboh itu dan kejar macam harimau menerkam mangsa sampai penceroboh tu tak cukup tanah nak lari. Hingga penceroboh tu lari sampai melompat dan terpijak kuali burger member aku. Dengan tapak kaki yang melecur tu, dia tetap berlari menyelamatkan diri dari diterkam gengster yang garang bak harimau.

Maka selamatlah kawasan kedai member aku tu daripada diganggu gugat oleh gengster penceroboh yang kwang hajo tadi tu. Dan kawan aku terpaksa menutup kedai untuk mencuci kuali yang telah dipijak tadi.

Opss..lupa plak nak inform. Pengkisahan gengsterism di atas adalah komuniti kucing2 yer sahabai handai sekalian....
Lariiikk....!! Bukan salah saya....kawan saya cerita..!!!
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 thoughts..