Makan di Melaka : Beriyani Gam Lot 85

6 comments
Assalamualaikum.....

Dah lama sebenarnya kita dan hubby tak makan di kedai nie. Memang x dinafikan, kualiti beriyani gam dia masih kekal sejak puluhan tahun yang lalu. Maaflah, kami rasa beriyani gam disini jauh lebih sedap daripada yang femes di Batu Pahat punya food court seberang hospital sebelum jambatan tu.

Masa ke sini Sabtu yang lepas-lepas, kami tiba lebih kurang pukul 11.00 pagi. Since belum breakfast, kami brunch terus. Lokasi kedai nie sederet dengan Maktab Perempuan di Jalan Durian Daun, Melaka. Selain daripada Nasi Beriyani, of course ada nasi putih dan lauk2 kampung seperti biasa. Tapi masa kami sampai, lauk pauk belum dikeluarkan habis lagi. Baru sikit-sikit jer. Geram tengok sayur2 yang fresh tu. Tapi godaan nasi beriyani tu lebih kuat lagi...



Anyway, let's see the pictures...



Signage kedai


Menu sarapan pagi masih ada...

Lauk-lauk untuk lunch yang baru mula dihidang.

Lagi lauk pauk yang fresh...

Hidangan untuk kami. Nasi beriyani sorang satu set dan ikan pari asam pedas.

Ikan pari asam pedas. Oklah, cuma ada asam pedas yang lebih sedap lagi.

Set untuk Adam. Nasi beriyani, ayam masak merah

Set hubby. Nasi Beriyani, Ayam Kurma

Set kita, Nasi Beriyani Ayam Rempah.

Kuah dalca yang sedap, pekat dan secukup rasa.

Teh O Ais Limau kita..

Bapak dengan anak minum sirap bandung..

Star menu memang Nasi Beriyani dia. Even, kalau makan nasi jer pun kita dah cukup puas hati. Lembut, lemak, gebu, rempah yang secukup rasa. Kuah dalca dia pulak, memang pekatlah. Tak macam kebanyakan kedai yang kuahnya cair bair jer tu...

Tak lama lepas kami duduk, datang beberapa kumpulan anggota polis. Rupa2nya mereka dah tempah satu seksyen utk lunch. Ada jamuanlah kot. Public pun dah mula ramai kat situ. Cuma asam pedas tu kurang power.... Lagipun datang situ bukan untuk asam pedas, kan...

Bolehlah kalau nak cuba kat sini.... 
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

6 thoughts..

Cik Puan Kocik berkata...

nampak sedap tul beriani tu, habeh tempoh diet leh la sy pi melaka try makan beriani plak

sahromnasrudin berkata...

sape berani makan nasi beriyani mmg berani betul la, kan kak..hihiihhh

Aziela berkata...

CK : yes...boleh try redah nanti yer...

sahrom: Uisshh..berani akak kan...hehehehehe

Miss Syahbanu berkata...

wahhhh sedapnyer....

Papa-NtiQ berkata...

hi aziela....nasi beriani gam di melaka?? wow nak kene terjah nih...jarang dengar..dan lagi best dari md shah di batu pahat...ish ish ish nak kene pegi nih hehe
nasi beriani gam memang femes kat johor terutama di area batu pahat dan muar. Saya baru jer upload pics masa makan beriani gam kat Tangkak...bagi saya yg paling best tapi kurang dikenali.
senang2 tu singgah le yer blog saya

Tanpa Nama berkata...

ermm.. kedai tu pkai "pelaris" sape yang tahu xkan berenti mkn situ walaupon mmg rmai org kedai tu.. saya penah ke situ bersama2 sorg ustaz selepas ceramah di kolej saya.. Beliau ternampak makhluk halus berupa seperti beruk sedang bermain2 di atas lauk pauk dan juga kencing di dlmnya.. maaf ye sbb berkongsi pengetahuan..