Kuasa Bloggers...!!

14 comments
Assalamualaikum.....

Sedar atau tidak, komuniti blogger semakin mula mendapat tempat di persada media negara. Disebabkan blogging adalah menggunakan platform internet yang mana ianya berkaitan dengan elektronik, maka ber blog di kira sebagai electronic media. Jadi, sedarlah wahai rakan2 sekalian bahawa kita semua adalah 'wartawan' dalam dunia penyiaran elektronik.

Kita dah lama sedar tentang hakikat ini.

Kesedaran semakin menyerlah bila kita terpilih sebagai blogger bertuah dalam majlis GA 1001 Resepi baru-baru ini.

Layanan MyChef dan selebriti-selebriti chef kepada kami sangat mengejutkan. Iyerlah kan, rata2nya blogger biasa yang tak pernah fikir bahawa kami akan berdiri dan bertukar senyuman dengan orang-orang ternama seperti Kak Ida sendiri. Tapi bila kami di layan dengan sebegitu sekali, begitu jelaslah bahawa blogger memainkan peranan penting dalam penyebaran maklumat kepada mata umum. Antara buktinya ialah kesudian pihak MyChef dan Baba's yang sudi menaja bersama GA pada malam itu kerana Kak Ida telah menggunakan Power of Blogging nya dalam memperkenalkan produk penaja-penaja ini dan ternyata ianya berhasil.

Maka peluang ini haruslah direbut oleh peniaga2 di luar sana untuk memasarkan perniagaan mereka. Tak begitu...?

Cerita 2 in 1 ini adalah untuk kita menceritakan sekali tentang blogger2 power (ecehh) yang bertuah di pilih oleh blogger terkenal iaitu Kak Ida.

Sebenarnya event pada hari itu bermula pada pukul 6 petang. Tapi dependslah, ada terlewat sikit. Tapi semua blogger terpilih selamat tiba sebelum pukul 7 malam. Alhamdulillah.

Pada mulanya kami ditempatkan di dalam sebuah bilik berdinding merah ini. Bilik ini privacy sikit situasinya. Ada 3 meja sahaja yang ditempatkan khas untuk function kami. Mula2 kita sampai, teragak2 juga nak masuk bilik nie. Adalah 3-4 kali tanya kaunter di Restoran Rebung tu. Akhirnya, dengan lafaz Bismillah, kita tolak juga lah pintu tu. Dalam hati sangat berdebar2 sebab tak pasti macam mana penerimaan blogger2 yang ada. Dahlah kita yang paling x femes sekali dalam dunia blogging nie. Ada ker orang yg sudi nak berbual dengan kita agaknya.



 Dari kiri, Suzlin, kakak Cheetah dan Cheetah. 3 orang gadis genit yang cantik dan comel.

 Masih menunggu blogger yang lain...


 Tunggu lagi dan warm-up dulu.


 Jengg...Kak Ida dah sampai masa nie. Kami semua dijemput untuk duduk rapat2 dalam satu meja untuk ice-breaking session.

Anyway, sementara menunggu Kak Ida, kami sempatlah beramah mesra dan warm-up conversation. Al maklumlah, semuanya wanita, maka mudahlah sikit pencernaan komunikasi berlaku. Mulalah tanya itu ini dan sedikit sebanyak. At times bila tak ada idea, semuanya diam dan keadaan jadi senyap sunyi. Ok..masih ada air batu yang belum pecah.

 Owh, ini adalah Salmi. Kita duduk sebelah dia dan dia orang pertama yang berbual dengan kita. Hati yang macam nak luruh sebelum masuk ke sini tadi, kembali berjalan lancar bila Salmi berbual-bula dengan kita. Tq darling...


 Yess...akhirnya orang yang kami tunggu2 selama ini berdiri, duduk, bersalam, bertegur sapa, dan berpeluk dengan kami. Subhanallah... Betapa besarnya rahmat Allah kita rasakan bila akhirnya dapat menyentuh Kak Ida di alam realiti. Tak sangka sangat orang yang kita sapa di alam maya akan muncul secara live. Ingatkan rakan2 blogging ni hanya akan melayang di angin lalu saja.


 Owh...tidak ketinggalan 2 orang dara pingitan nie. Kiri ialah Nurul d' Siezuka dan kiri ialah Suzlin, seorang penuntut dalam bidang perubatan. Bidang apa secara khususnya? Sila tanya dia sendiri dalam blog beliau. Klik saja nama mereka2 nie kalau nak berkenalan. Apa? Siezuka? Ahha...nak meminang ke, nak merisik ke, silalah tanya yang empunya badan sendiri yer.

Owhh, kami juga dikejutkan dengan kedatangan 2 orang blogger lelaki yang femes iaitu Bro Framestone dan juga Ariffshah. Bro Framestone telah kita kenalai sejak kita melangkah masuk dunia blogging. Walaupun seorang yang femes, tapi beliau tidak sombong untuk reply setiap komen di blog nya. Ariff Shah pula adalah seorang anak muda yang baru saja pulang dari Russia setelah menamatkan pengajiannya. Sedang meningkat naik dengan pantas dalam dunia blogging dan juga telah di wawancara oleh beberapa pihak media cetak untuk dipaparkan dalam majalah/akhbar mereka.

Kita teruskan yer.....

So, masa Kak Ida tiba, kami semuanya terkedu. Tak tahu nak bereaksi macam mana. Macam2 yang ada dalam fikiran masing2. Pada kita, konon nak tunggu orang lain yg mula kan dulu. Tapi macam agak perlahan sikit, so bila ada yang mula bertanya, kita pun terus masuk line. Bila semua dah warm-up, baru kami semua rasa sangat meriah. Kak Ida di tanya berbagai-bagai soalan. Dan Kak Ida tak pernah tak menjawab soalan-soalan kami.

Owh, Kak Ida, maafkan saya sekiranya ada antara soalan dan tutur kata saya tidak sopan dan menyinggung Kak Ida atau mana-mana rakan blogger pada malam tersebut. Untuk pengetahuan, ada antara soalan saya itu adalah daripada rakan-rakan lain di dunia realiti saya yang saya cuba dapatkan jawapannya. Sesungguhnya peminat Kak Ida bukannlah dari kalangan blogger saja. Percayalah. Hanya 20% sahaja peminat Kak Ida dalam office saya tu adalah blogger. Selainnya bukan.

Walau bagaimana pun, kami kemudiannya di jemput untuk pindah ke meja yang terletak di open space restoran. Memang lebih selesa dan barulah terasa seperti function sebenar kerana kawasannya lebih lapang dan masih lagi privacy.

Majlis kemudiannya dimulakan selepas waktu Maghrib secara santai. Sambil makan-makan, sambil ucapan, sambil cabutan, sambil tayangan video khas mengenai Kak Ida yang disediakan oleh anak-anak Kak Ida yang cantik2 dan kacak2 semuanya tu. Terasa rileksnya, terasa gembira dan secara perlahan-lahan, air batu mencair dan mengalir laju ke seluruh pelusuk tetamu. Err, faham tak metafora kita? Buat2 faham jerlah yer...




Bro Framestone yang tak sombong langsung dan mempunyai skill Public Relations yang kelllass..

Mana satu Ariff Shah? Of course seorang jer kumbang yang ada kat situ...


Yer...Inilah Sari Yusa.

 Ada entry menarik yang akan kita kongsikan dengan anda semua dari blog Saru Yusa. Entry yang sangat menginsafkan. Insyaallah. Sari datang dengan adiknya dan mereka berdua sangat friendly dan cool. Seronok berbual dengan mereka.


Bersama Kak Ida yang tersayang. The powerful blogger.

Alhamdulillah, semua blogger2 memang super sporting dan super happening. Cumanya, kita x sempat nak berbual dan bermesra dengan blogger2 yang duduk di meja lain dari meja kita. Setiap meja di 'huni' oleh 8 orang saja. Ini termasuklah blogger jemputan dan pasangan masing2. Ada yang bawa kawan, relative, spouse dan anak (kita lah tu..). Hubby kita segan nak join, so dia duduk sorang2 di table section lain. Kejap2 kita duduk dengan dia, kejap2 Adam lepak dengan papa dia.. All rounder kami nie kan...?

Cheetah, Nurul, Suzlin, dan Cik Puan Susu Manis.... Minta maaf sebab tak sempat nak borak2 panjang2. Teringin sangat nak tanya itu ini, tapi apakan daya, masa itu amat cepat berlalu.

Sari Yusa, Salmi, dan Cikgu Nur...u all memang superb lah. Meja kita tak pernah sunyi kan....

Zurina, Ibu Yusof dan Dr. Syuhada...owh, terlalu banyak yang perlu kita bicarakan sekiranya berpeluang berjumpa lagi kan....


Rasa macam nak tambah lagi, tapi nanti jadi panjang berjela pula... For now, kita undur diri sekejap yer..



Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

14 thoughts..

Suhana Shuib berkata...

bestnya bila dpt bertemu dgn blogger yg hebat2.. entah bila giliran Su plak...hurmmmm

RamRamCute berkata...

seronoknya......

Cheetah berkata...

takpa, next time jumpa kita borak pjg2 lagi..hehe.. sypun tak sempat nak borak byk dgn blogger lain.huhuhu

Ibu Yusuf Maryam berkata...

Entri hebat dari seorang blogger hebat.. insyaAllah. Semoga ukhuwah yg terjalin kan berkekalan hendaknya.. :D

Miss Syahbanu berkata...

wah bestnyer dpt jumpa blogger2 yg hebat2 tuh..

Unknown berkata...

Wah ada dua blogger kacak...kalau saya ada kat situ ada 3 blogger kacak hahahahahahahah *gurau aje

Ramainya blogger pompuan eyh....

che mid berkata...

Alhamdulillah.. che mid tumpang happy tengok silaturrahmi bersambung di alam realiti..

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

kita tak pernah terfikir akan berada di dunia ini, rasa cam melayang-layang jer, hehe

susumanis berkata...

alhamdulillah, ni my 1st GA kkida, trus dapat yg gempak, niat dihati nk buat GA jugsk lps raya, tgh cari sponsor utk hadiah dan venue tp yg pasti GA kkida mates pasti ku jemput semua yeay

Nur-nba berkata...

Salam. Kak Aziela, terima kasih kerana mention nama Nur juga.. Betul tu, Nur sangat setuju dengan pendapat Kak Aziela. Zaman dah berubah, peranan kita sebagai blogger juga penting dari aspek untuk pengenalan sesuatu produk/barangan. Memang para peniaga dan pengusaha produk/barangan memang boleh menggunakan blogger sebagai medium alternatif bagi tujuan pengiklanan. Andai mereka berpuas hati, sudah semesti mereka akan bercerita tentang produk/barangan mereka.

Dalam hal ni, Kak Ida memang bertuah kerana dapat bekerjasama dengan pihak myChef dan Baba's.. Semua pemenang GA beliau juga turut merasa tempiasnya.. Alhamdulillah..

Moga lepas ni, lebih ramai lagi blogger di luar sana yang akan mendapat perhatian daripada pihak media... :)

kkida @ 1001resipi berkata...

Assalamualaikum,
Subhanallah...sukanya kkida baca entri Aziela ini...sayu sungguh rasa hati kkida atas sanjungan yang anda semua berikan pada kkida yang kerdil ini...kkida tak sangka begitu sekali feedback yang kkida terima hasil dari dunia blogging ini...menulis sekadar mengisi masa lapang dan berkongsi pengalaman hidup...tapi tak sangkakan...kkida dapat rasakan jika kita lakukan sesuatu dengan ikhlas dan kerana Allah...pasti kita akan di berikan ganjaran yang setimpal dari NYA
...tak kira samada ganjaran yang baik atau sebaliknya...terima kasih Aziela dan semua rakan-rakan blogger yang amat kkida kasihi...harapan kkida suatu hari nanti kita akan bertemu lagi...:')

Zurina berkata...

itu la...tak sempat nak borak2 mesra sbb kita lain2 meja...tambah pula dok main kejar2 ngan "my hero" yg myebabkan traffic jem kt rebung malam tu...huhuhu

Aziela berkata...

Suhana : Su pun ramai blogger dekat2 dengan Su kan..lagi lah boleh jumpa selalu...

Rahmah : Terkenang2 lagi

Cheetah : Yg next time tu entah bilalah agaknya kan

Zefa : Aduhai...siapa yg hebat sebenarnya nie... ahaks...

Miss Banu : Satu experience yg x ternilai

Azham : Hahahahha...sudah pasti. Masuk majalah Remaja lagii kan..

che mid : Che Mid lagi ramai jumpa blogger... Tp mmg best kan Che Mid

Aziela berkata...

Sari Yusa : Betol..betool...

susumanis : Yeaayyyyy..nak join, nak join!

Nur-nba : Kita yang kena 'bising'kan tentang kuasa blogger nie kan, cikgu.

Kak Ida : Kami yang rasa bertuah sebab dapat menyelit dengan Kak Ida. Terima kasih tak terhingga kak..


Zurina : Barulah rasa ada event. Hero kita mlm tu dok kontrol ensem dia jer memanjang...