Nak Detect Kertas Bocor Pun Terhegeh-Hegeh?

38 comments
Assalamualaikum.....

First, Berita Harian dah publish kan soalan Sains dalam suratkhabar mereka pada pagi hari peperiksaan tersebut. Dan berita peperiksaan ditangguhkan hanya diumumkan malam sebelumnya yang mana sah-sah la pemberita dah dapat awal lagi. Kalau pemberita dah dapat, bayangkan rakyat umum yang dapat melalui facebook dan whatsapp...

Kedua, nak tentukan soalan Matematik dan Tamil bocor ambil masa 2 minggu???? Biar betul. Apa yang mereka2 ni buat? Pergi holiday dulu? Mana intergriti mereka ni semua?

Ketiga, dah kenapalah di jarakkan peperiksaan sampai begitu jauh sekali? Dah tak macam UPSR dah ni. Ala-ala macam jadual peperiksaan ambil ijazah dah gayanya ni. Bijak kan orang-orang kementerian ni?

Ke empat, kalau betullah 9 Oktober adalah hari terakhir UPSR, maka bila masa mereka nak proses jawapan? Pemeriksa kertas soalan boleh ke memeriksa dengan teliti dan adil jawapan2 pelajar? Harap-harapnya kerja keras pelajar ni tidak dianiaya hanya kerana pemeriksa diberikan masa pendek untuk mengeluarkan keputusan. Maklumlah, bila dah banyak-banyak, dah kelam kabut, ada titik pun nampak macam koma. Habis hilang markah budak.

 Biasanya UPSR habis pertengahan bulan September dan penghujung November keputusan akan di umumkan. Lebih kurang 2 bulan masa yang di perlukan. So tahun ni macam mana? Takkan bulan Disember baru keluar? Habis tu, kelam kabut la mak ayah nak uruskan persekolahan anak2 untuk ke Tingkatan 1. Nak uruskan dengan Jabatan Pendidikan lah, nak tunggu surat sekolah lah, pengesahan itu, pengesahan ini....

Itu belum lagi mereka2 yang berjaya dapat 5A. Nak temuduga untuk ke sekolah2 terpilih dan sebagainya?

Pernah tak perkara-perkara ini difikirkan oleh mereka-mereka yang bertanggungjawab ni?

Adam, telah hilang mood. Begitu juga dengan kawan-kawannya. Nampak lah usaha mereka untuk kembali mengulangkaji. Menghadiri sambungan kelas tambahan dan sebagainya. Tapi sebagai ibu bapa, sebagai penjaga dan sebagai pemberi kasih sayang, kami nampak betapa peritnya mereka memaksa diri mereka.

SEDIH, TAU TAK?!

Wa....kita masih mood negatif melampau. Harap ampunkan entry luahan perasaan kita.... sob..sob..sob....



.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

38 thoughts..

Anum berkata...

sabar ya

Suria Amanda berkata...

Kesian anak2 upsr..semua dh demotivated dh...frustrated kan...

Mrs Velentine berkata...

betul tue..mcm mna dengan penilaian masa semakan...huhu..kesian budak2..

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

orang kata, kalau tak kena batang hidung sendiri kita memang takkan mengerti.. berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul beban. menurut satu sumber yang boleh dipercayai, kebocoran soalan memang berlaku setiap tahun cuma tidak ada bukti yg sampai ke media. Tahun ni kan whatsapp bermaharajalela, jadi mereka fowardkan melalui whatsapp kawan atas kawan sampailah whatsapp ni terlepas ke whatsapp group wartawan... yang kemudiannya didedahkan. tapi pada pendapat peribadi akaklah, soalan bocor macam manapun kalau budak tak pandai, jenuh jugak nak menghafal jawapan.. bukan sikit-sikit soalan, bukan sikit-sikit mukasurat dan bukan sikit-sikit kertas soalan. Dan budak kalau dah pandai, bagilah sepuluh kali periksa pun dia mesti boleh score cuma sebagai manusia kita tak boleh lari dari stress yang boleh mengakibatkan tumpuan terganggu lebih-lebih lagi mereka masih kanak-kanak. Ziela pulak terlibat secara langsung dengan upsr tahun ini. Akak doakan Adam dapat mengawal perasaannya dan boleh menghadapi hari-harinya dengan tenang. Apa yang Ziela rasa, akak pernah rasa cuma bab kebocoran soalan yang didedahkan tu jer tak tahu macam mana peritnya. sabar ya Ziela.

zana-norzana berkata...

samalah kita...... sedih...

Izwa Kamaruddin berkata...

kesian kat anak-anak je sebenar nyer...

erny firdaus berkata...

Salam Kenal...

Saya takde la anak yang ambik UPSR lagi..cuma sy kesian betul dengan anak-anak ni..12 tahun, kecik lagi..dah nak kena hadapi tekanan ulang periksa mcm ni..kesian sangat..mak ayah yang mana dah ambik cuti, ambik antar time exam yang lalu..bukan emosi anak-anak aje..emosi semua yang tlibat pun terganggu..

lala yusof berkata...

sy pun turut simpati dgn anak upsr, kesian...ni br upsr nnt kot2 spm pn lg byk bocor, kalu ambk 9 subjek takkan nk repeat 9 kot...alahai KPM

Irfa berkata...

ank sy upsr last year
mmg kesian kat bdk2 bila jd gini

sis..
hadiah GA lom pos
sbb lom jumpa yg sesuai
tp sy pasti sis akan suka hadiah spesel nanti

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Salam kenal Aziela..

Sama lah dengan anak akak.. minggu ni bertungkus lumus menjawab soalan Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) lepas tu sibuk pulak utk ulang kaji semula menjawab sains dan BI pada 30 september.. akak sendiri pun terasa penat, apa lagi anak2 kan.. dengan itu akak tak nak sangat mendesak dia utk latih tubi tu.. akak tahu dia dah kepenatan dengan peperiksaan.. dah skrg matematik pulak nak di ulang pada 9 okt .. aduh.. bila intergriti semakin pudar.. akibatnya pada mereka yg tak berdosa kan Aziela.. kita sebagai ibu pun teramat sedih sgt.. akak dengar jer luahan hatinya.. kakak dah jawab dengan baik semua kertas tu mama.. aduh pilu rasa dihati kan.. ehe akak meluah perasaan di sini pulak .. :D

Akak follow ziela #718 jemputlah ke blog kecik akak ye :)

Dr K berkata...

Saya tak sabar nak tgk pihak Kementerian Pendidikan umumkan " Prestasi Keputusan UPSR 2014" nanti...

Budak2 sure dah takde mood...
Tak boleh salahlkan budak2..nama pun, budak2..

Yana Yani berkata...

assalamualaikum
saya memahami apa yang dilalui sebab adik saya juga menduduki UPSR tahun ni
apa yang berlaku ni memang totally ridicolous
orang yang terpaksa menanggung impak adalah pelajar tu sendiri

adik saya ketika mula-mula diberitahu, menangis
puas kami memujuk, saya rasa macam nak sumbat sape yang buat ni dalam tin
silap haribulan ada yang kena gangguan psikologi

Kakzakie Purvit berkata...

Walau kakak tak kena pada batang hidung tapi yg pasti kakak juga terkesan dgn kes ini Ziela. Betul biasa minggu akhir Nov result keluar. Bulan December biasanya dah mula dpt penempatan macam anak-anak kakak dulu. Tak tahulah macam mana tahun ini. Tak kan tahun 2015 nak mulakan sekolah mid Januari pulak kan... entahlah.

Kesian anak-anak:(

aizamia3 berkata...

Moga Adam dan semua calon UPSR kuat semangat dalam menghadapi peperiksaan semula bagi kertas terbabit.

Ibu Yusuf Maryam berkata...

Sy tumpang sedih, kesian anak2. Moga Adam dan semua anak2 tahun 6 terus semangat dan tak putus asa..

Faaeinz berkata...

Tahun yang paling sedih buat calon2 UPSR 2014. Banyak sungguh ujian untuk mereka. Semoga semangat nak menjawab peperiksaan tak luntur lah.

Singgah di sini.. \[^__^]

kkida @ 1001resipi berkata...

itulah kelemahan penjaga soalan2 ni...soalan upsr pun depa tak leh nak kawal dari bocor...bayangkan orang-orang yg jaga soalan2 profesional exam seperti ACCA kat UK tu...tak pernah pulak dengar anak kkida ajwad kata dia ada dapat soalan bocor, walhal exam yg sama dijalankan serentak seluruh dunia...

Cik Azz berkata...

Anak adik ada sorang yang ambil UPSR ni.. Kesian kat budak tu.. Tapi kitorang takde la tanya apa-apa kat budak tu.. Kitorang cakap, rilek je, tak payah nak fikir sangat.. hehe..

Kalau ikutkan marah, memang sangat marah dengan apa yang berlaku.. Tapi nak marah beria pun, benda tetap dah berlaku..

gadisBunga™ berkata...

sebenarnya kobocoran kertas soalan upsr ni hanyalah satu satu dari banyak lagi dis-integriti (betul ke perkataan ni?) yang dah terjadi di negara kita. kes mrt runtuh, stadium runtuh, jambatan runtuh... dan sekarang upsr. lepas ni mesti banyak lagi kes yang akan kantoi..

satu indikasi masyarakat yang sudah tidak amanah. sedih.

Aziela berkata...

@Nurzakiah Hanum Tq Anum

Aziela berkata...

@Amanda Suria Demotivated dengan teruk, SA

Aziela berkata...

@Mrs Velentine Sangat menakutkan, MV

Aziela berkata...

@Seri Kandi Tanah Jauhar Betul kak. Apa yang kami ibu bapa dan guru takutkan ialah bab semangat. Kalau mereka dah jenuh menghafal, dah jenuh mengingat, dah jenuh sampai di garisan penamat, tapi rupa2nya garisan penamat tu di bawa lari jauh ke depan. Mereka kena sambung berlumba ke depan dan ke depan lagi, sedangkan tenaga dan target sehingga yang belakang tadi.

Apa2 pun, mereka sedang berlari atas trek. Mampu atau tidak, ianya harus juga di tamatkan. T

Tengkiu Kak Sari....

Aziela berkata...

@zana-norzana Tak terucap rasanya

Aziela berkata...

@idzwa kamaruddin Macam kita berputih mata tengok anak kita disiksa depan mata...

Aziela berkata...

@erny firdaus Erny, terima kasih sangat2 kerana memahami....

Aziela berkata...

@lala yusof Pelik kan...?

Aziela berkata...

@Irfa Sangat kesian, Irfa.

Akak tak kisah, dear.

Aziela berkata...

@CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) Kak...macam tak habis2 issue ni rasanya. Saya pun masih belum puas melepas rasa. Pedih hati tengok anak memaksa diri.

Aziela berkata...

@Daddy Ziyyad Sama...sama...! Tapi diorang ni pandaiiii putar belit fakta dik. Dummy punya data, jadi formal report tau.

Aziela berkata...

@yana yani Kita jadikan dia sardin nak?

Aziela berkata...

@Kakzakie Saya tak nampak lagi keadilan untuk mereka, kakak.

Aziela berkata...

@aizamia3 Sebetulnya, akak sendiri kagum dengan ketabahan mereka...

Aziela berkata...

@Zefa NorAsmara Mereka tak berputus asa, tapi semangat memang down sikit, Zefa

Aziela berkata...

@Faarihin Tq Faarihin

Aziela berkata...

@kkida @ 1001resepi Many things wrong everywhere kat Malaysia ni kan Kak Ida...

Aziela berkata...

@~ Cik Azz ~ Tapi akak tetap marah.....hehehehe

Aziela berkata...

@gadisBunga™ Dalam bahasa kasarnya GB, penganiayaan berlaku dengan berleluasa...