Menu Eksotik : Otak Lembu

26 comments
Assalamualaikum.....

Ha, kalau ada sesiapa yang geli geleman bila terbayang otak lembu, lebih baik jangan baca entry ini. Cepat2 berhijrah ke blog lain. Esok, baru masuk sini semula yer....hehehehe

Musim Aidil Adha, bukan main banyak lagi suku sakat lembu yang dijadikan makanan. Antaranya ialah kepala lembu.

Masyarakat di kampung kita ialah masyarakat Jawa yang mana memang banyak menu2 eksotik ni. Antaranya ialah otak lembu. Nak dapatkan otak lembu bukannya senang sebab nak kena proses kepala lembu, nak kena salai dan bakar, kikis, kerat2 dan barulah dapat otaknya.

Menu ni kegemaran generasi yang lebih dahulu. Secara jujurnya, kita sendiri tak pernah makan otak lembu ni. Anak2 yang sedang sekolah memang dilarang keras makan otak lembu ni. Katanya takut bengap.


Bila pakcik kita datang dan bawa kepala lembu untuk keluarga kami, mengeluhlah ayah kita. Mujur adik lelaki kita ada masa tu. Maka dua lelaki ini berhempas pulas membersihkan dan mengerjakan kepala lembu ini sehinggalah di jadikan sup. Bukan seketul2 tu masuk periuk yer... Dah dipotong la kecil2. Lagipun daging di bahagian leher lembu memang sangat banyak dan sangat lembut serta sangat berkolesterol.

Mak dan adik perempuan kita pula ke Seremban masa tu, jadinya kita seoranglah perempuan yang ada. Ayah terus serahkan otak lembu yang sebanyak semangkuk pada kita, suruh terus masak. Aduhai....camno nak masak ni? Dah lah tak pernah makan, masak apa tah lagi...

Melengah2kan masa, kita pergi merempat ke rumah nenek dulu di sebelah... Apa lagi, tanyalah orang tu tu cara nak masaknya. Ooo..macam masak gulai biasa jer rupanya.... Nenek suruh cepat2 masak, nanti ayah marah katanya....

Kita masaklah seperti biasa. Tumbuk cili padi dengan kunyit sampai halus, perah santan pekat2, campurkan santan dan bahan tumbuk dalam periuk dan tenggekkan atas api. Titikkan serai 2 batang dan campak sekali dalam periuk. Bila kuah mendidih, kecilkan api segera dan masukkan otak yang seketul tadi. Tak boleh dipotong yer...nanti otak tu hancur. Kena masukkan seketul besar. Bila di hidang nnti, barulah boleh di potong dengan sudu kerana ia dah memejal sedikit.

Sentiasa dikacau kuahnya dengan api perlahan dalam 20 minit. Masukkan daun kunyit, perasakan dengan garam dan kacau lagi 5 minit dan boleh di hidang.

Kebetulan makcik dan pakcik kami yang lain pula datang beraya. Adik mak kita ni, suaminya orang Jawa Sg Buluh...jadi ini adalah menu istimewa untuk beliau juga.

Suka kita bila mereka2 ni makan bersungguh2. Sedaplah kan... Mak kita makan pun sedap jer...
Kita dengan Yana rasa sedikit hujung sudu sebab curious. Rasa macam makan telur ikan yang dah di puri kan... Rasanya kalau generasi mak ayah dah takder, otak lembu tu pasti jadi baja dalam tanah jer la....hehehehehhe

Apa2 pun, ini sekadar rekod dan rujukan untuk diri sendiri dan untuk keluarga juga...


.

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

26 thoughts..

Anum berkata...

best ke nie

lieyalatif berkata...

eh kak!!! citer pasal kepala lembu teringat mak lieya...mak lieya kalo org buat korban mmg die tgu2 kepala lembu...sebab die pandai siang...berketul2 daging leh dpt....dgn mata, lidah semua die amik heheheeh...lieya ralit tgk dia siang...tapi nak makan bende2 pelik tu tak laaa haahahahah

pizli.mw berkata...

Mesti sedap kan? Teringin jugak nak rasa hehe.

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata...

Honestly organ dlm lembu or ayam ai x mkn
Kecuali perut lembu yg di buat cicah ayaq asam or kerabu perut hat lain Mmg x leh telan .... Sugoii kaka blh mkn otak lembuuuuuu

:: CIKVIVA :: berkata...

Penah tgk masa kt kg, dorang goreng je kunyit je kot..tapi sy tak makan lah...huhu

Suria Amanda berkata...

My fav ni masak lemak otak lembu...mmg terbaik...hihihi

aizamia3 berkata...

Saya tak pernah makan.. tengok apatah lagi..
Nape tak masukkan sekali gambar sebelum di masak kak.. sebab saya tak tahu camane rupanya.. ;)

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

duluuuuuuuu.. arwah abah yg paling suka otak lembu.. adik pun sama.. sup otak lembu, pekat gitu.. akak jer yg tak pandai makan. tapi taklah geli, hihi

Dr K berkata...

Selalu dengar org makan otak lembu.
Saya? Memang tak makan..usus lembu, torpedo lembu, tu pun semau eksotik kak..hahaha

Saya teringat entry akak pasal aka makan siput gonggong kat JB tu..wakakakaka...tu pun saya tak makan..saya geli!! siput sedut pun saya tak makan kak...hahaha..Oh ya, baru nak bagitau ni, sorry...:P...saya guna gambar siput gonggong akak tu jadi bahan kat FB wall saya, tanya geng2 FB saya pasal " makanan eksotik yg pernah korang makan"

Kakzakie Purvit berkata...

Walaupun abang tukang sembelih dan selalu tuan empunya nak bagi tapi kami tak tahu cara nak buat jadi biasanya kami bagi pada yg mahu..

Otak lembu mesti besar seperiuklah ye Ziela. Kakak tak pernah rasa..

Acik Erna berkata...

acik pun tak makan aziela..masak pun tak pernah..dulu2 ada arwah mak masak kan untuk abang2 acik yang semuanya suka makan otak lembu..bila arwah mak dah tak larat nak masak..tak pernah dah abang2 ambik otak lembu tu

Al-Manar berkata...

Kalau goring sedap!

ellynadyra berkata...

tak pernah makan ni kak
kalau ada pun ntah la nak cuba ke tak
kihkihkih
kalau diberi pada saya, mmg tak masak la otak lembu ni huhuhuhu

Aziela berkata...

@Nurzakiah Hanum Ikut selera masing2 la kot.

Aziela berkata...

@lieyalatif Akak ni, masa diorang menyiang jer pun akak dah cabut lari jauh2 dik..hahahaha. Sekali dapat arahan kena masak...mau tak menggelupur.

Aziela berkata...

@Pizli Mat Wazip Kadang2 ada kedai yang jual menu ni tau... Kat Seremban ada satu kedai... Kalau tak, lenkali ko beli otak, meh akak masakkan. Eh, Liza pun boleh masak..senang jer.

Aziela berkata...

@☆♥L@dy @yU♥☆ Sugoii? Ishhh...nak demam ni Ayu... Hubby kata kakak baka...hahahaha...

Aziela berkata...

@:: Cik Viva :: Rupa2nya ada yang rebus jer and cicah air asam. Ermm...selera masing2 kot kan...

Aziela berkata...

@Amanda Suria Kita org N9 ni SA, janji dimasak lemak semuanya boleh saja kan..hahahaha. Could be sebab rasa serai dan santan dan cili tu dah cukup perasa untuk segala bahan.

Aziela berkata...

@aizamia3 Rupa sebelum di masak, nnt google. Akak tak sempatkan nak posingkan yang mentah tu...hehehe

Aziela berkata...

@Seri Kandi Tanah Jauhar Boleh buat sup yer kak?

Aziela berkata...

@Daddy Ziyyad Memang sepatutnya dielakkan makan pun sebenarnya kan...tapi siput gonggong tu nnt ko kena makan dik...hahahaha. Ok..ok..akak halalkan. Apa feedback pembaca anda?

Aziela berkata...

@Kakzakie Tak besar pun kak...dapat semangkuk biasa tu jer...

Aziela berkata...

@Acik Erna Acik, saya rasa nanti lepas2 ni mesti jadi tugas saya pula masak otak lembu...aduhaiii....

Aziela berkata...

@Al-Manar Ha, boleh goreng juga yer pakcik?

Aziela berkata...

@elly nadyra Solehah sungguh akak menurut perintah ayah kan..? Huhuhuhu, takut ayah marah sebenarnya. Balun jer lah....