Tau tak nie gambar saper? Ini gambar Amy Mastura masa dia tengah muda belia. Masa nie..aku pun tengah muda belia juga. Antara cerita paling best aku nengok : Puteri Impian.
Amy Mastura dapat award pelakon Wanita Terbaik untuk filem nie. Dan memang cantik pun lakonan dia... comparing dengan lakonan dia dalam cerita apa aku dah lupa, tapi berlakon dengan Azhar Sulaiman sakit kanser tu yg shooting kat Cameron Highland tu. Gila teruk lakonan dia dalam cerita tu. Cerita tu skrip menarik, jalan cerita menarik, tapi penataan bunyi sangat2 cikai. Spoil the whole movie quality.
Anyway, bebaru nie aku di buai lagi dengan dongengan dan angan-angan dek kerana menonton filem Puteri Impian nie. Dulu aku menonton untuk mencari hiburan saja. Sekarang, selaras dengan kematangan usia, aku mencari kewarasan Nora sebagai orang yang menolak rezeki. Aku sangat2 tak terima dia menolak lamaran Tengku Faisal tu. Apa alasannya???? Sebab dia bukanlah kerabat di raja..dia hanya rakyat biasa yang sepatutnya stay sebagai rakyat biasa. Alasan macam nie, disebarkan dalam filem sebagi hiburan sekaligus mendidik mentaliti masyarakat yang secara tak langsungnya mengekang peningkatan prestasi kehidupan seseorang. Bonda Tengku faisal tu pun ngaku dia orang biasa, dapat jadi Permaisuri, and Si Nora ni pulak mengada-ngada nak menegakkan benang yang basah. Dia tak sepatutnya takut untuk pikul tanggungjawab sebagai pemimpin. Itulah peluang dia pun untuk mengubah dunia. Takkanlah dah jadi Permaisuri tak leh jumpa kengkawan kilang....mestilah dia boleh hang out dengan kawan-kawannya. It's all about prioritize things and time management saja.
And...dia konon2nya sukalah kat Cico yang selekeh tu kan. Eishhhh....dah sah2 orang tu sangat ego, sangat tak romantik...asyik cari gaduh....kenapa nak jugak? Long term life, ciri-ciri Tg Faisal yang sangat penyabar dan saksama dan bijak tu yang lebih menjamin. Eish...Puteri Nora....hidup bukan sekadar berlandaskan cinta. Cinta harus seiring dengan saling menghormati, saling menerima dan memberi, saling memahami dan saling bertolak ansur, sepertimana hubungan antara Nora dan Tg Faisal tu. Yang berubah hanyalah cara berpakaian, cara makan dan cara bercakap. Of course dia tak bleh nak selalu meloncat-loncat, menjerit-jerit.
And kalau tgk sambungan Puteri Impian 2 pun, tiada kepastian yang Nora nie dapat dari Cico tu. Dia dah membazir semua peluang yang ada. Orang tua-tua kata, jangan tolak rezeki...nanti rezeki kita mahalll....
Conclusion : Bengang giler laa aku sbb dia reject Tg Faisal tu...eiiiiiiiiiii
adeh..awat aku baca rasa mcm sangat lawak ni zila...ko emo after puluh tahun citer tu ditayangkan...
BalasPadamanyway tajuk citer amy n azhar tu impian...lagy tema citer tu kekal jadi lagu faveret aku sampai kini
Dulu tu aku remaja lagi, x kawen lagi....x berapa nak paham lagi kesan-kesannya. Skang dah kawen....pentinggg woooooo ciri-ciri Tg Faisal tu....
BalasPadamHa...aku rasa pun mmg Impian..tp aku cuak gak...betoi kaaa....