Jumaat, 16 Oktober 2009

Sepanjang Pilihanraya Bagan Pinang 2009

Yer...Aku adalah rakyat yang bertanggungjawab. Aku dah mendaftar sebagai pengundi dengan Suruhanjaya PilihanRaya Malaysia. Dan aku juga telah menjalankan tanggungjawab untuk mengundi. Aku undi siapa? Eh...undi kita kan rahsia.......



Ini pengalaman pertama dalam hidup aku mengundi dalam Pilihan Raya Kecil. Selalunya undi besar-besaran yang seluruh negara tu. Dan selalu aku baca dalam newspaper suasana hiruk pikuk dalam kawasan pilihanraya tu. Dan kali nie, aku mengalaminya sendiri. Malang juga sebab aku tak betul-betul menggunakan kesempatan yang ada untuk mendengar kempen dan mendapatkan input yang lebih dalam membuat pilihan. Apakan daya...aku kan keje kat KL. Bila balik PD...hubby plak tak kasi pergi. Dia takut la kan kalau orang gaduh ke..apa ke..... Time dia bagi permission pulak...masa dah suntuk sangat...Agaknya kalau aku pegi, tak sempat parking keter lagi...ceramah kempen pun dah habis agaknya...Owwwhhh..sedihnyaaaa....





Anyway...daripada Hari Penamaan Calon lagi, kawasan kami dah mula didatangi orang ramai dari entah mana. Masa tu la nak tengok menteri-menteri turun salam dengan penoreh getah...masa tu lah....tanpa kad undangan...orang-orang kenamaan ni menyatakan hasrat untuk attend open house Hari Raya. Yer...termasuklah open house Hari Raya Pak Su aku...dihadiri oleh Menteri Pertahanan kita, YB Dato' Seri Ahmad Zahid bin Hamidi. Merasalah jugak semua masyarakat kampung aku mendengar janji-janji kerajaan. Entah ditunaikan ker...atau tidak, Wallahu'alam.



Menjelang hari mengundi....semakin banyak perkara yang berlaku. Cuma yang aku sangat kesalkan, peranan media Malaysia dalam kebebasan menyebarkan maklumat tersengkang dek kuasa politik. Mereka-mereka yang terlibat dalam media dan tidak berlaku adil dalam tugas mereka, aku wish good luck di Padang Mahsyar. Aku bukan menyebelahi parti pembangkang dan aku tak kata aku orang BN. Aku cuma tak puas hati bila media report kata parti pembangkang pukul orang, sedangkan kenyataannya mereka hanya mempertahankan diri. Aku kesal segala ancaman dan serangan yang diterima oleh parti pembangkang tidak di apikkan oleh masyarakat.


Satu contoh yang nyata dan jelas buktinya dan ada saksi : Seorang jentera parti pembangkang sedang berehat seketika di bawah khemah urusetia kerana sakit kepala, tiba-tiba didatangi sekumpulan pemuda parti lawan yang tidak semena-mena mengasak dan menghentam beliau. Beliau bagaimanapun dia berjaya menaiki motorsikal, dan lari ke balai polis terdekat untuk menyelamatkan diri. Namun, walau di depan pintu balai polis sekalipun, mangsa yang malang ini tetap dipukul dan diterajang tak tentu pasal. Tapi peristiwa nie tak pula dilaporkan dalam newspaper, dalam radio, dalam tv..kan..kan..kan.... Kenapa? Jawapannya kita semua sedia maklum. Jadi, teranglah di depan mata aku, bersaksikan deria kurniaan Allah yang lain, siapa yang samseng sebenarnya.



Aku tetap spend weekend tu kat Melaka sebab ada a few jemputan. Manage utk gerak ke PD dari Melaka almost 3pm. Mengundi selesai jam 5pm. Selalunya ok jer timing tu. Tapi lupa plak jalan mesti jem. Banyak kali terpaksa melepasi sekatan jalan. Bila aku kata aku kena segera mengundi, baru polis benarkan lalu. Rasa mcm VIP la plak. Lalu di Telok Kemang, keadaan masih panas dengan FRU team berbaris panjang dan bersiap sedia.....


Malas cerita lagi lah....tengok jer lah gambar-gambar nie semua yer....



Suasana hari mengundi di Telok Kemang dengan FRU

Ketibaan Dato' Seri Zahid Hamidi

Nak tahu tak? Orang yang ada jambang bersalaman dengan Dato' Seri Zahid Hamidi tu lah calon majority pilihan penduduk sebenarnya, bukan calon yang menang tu. Tapi apakan daya, penduduk banyak yang terhutang budi dengan BN.

Yang pakai baju kaler biru tu Pak Su aku....




Sedang memberikan harapan-harapan kepada orang kampung



Ini adalah Bilik Gerakan Pilihanraya di Kg Baru Si Rusa...











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

http://therainbowjourney.blogspot.com