Selasa, 22 Februari 2011

Apa Hak Anda..?

Aku terfikir, since blog aku yang tak seberapa nie ada beberapa orang follower daripada adik2 yang masih belajar dan juga adik2 yang baru memulakan kerja... rasa macam terpanggil pula aku selitkan serba sedikit pengetahuan2 yang sepatutnya mereka tahu. Untuk rakan2 maya, meh la aku cerita sikit pasal background kerja. Asalnya dulu masa study blajar benda lain. Tapi disebabkan competition utk cari kerja sangat tinggi selepas grad, maka aku and the geng grab saja apa kerja pun yang ada. Maka belayarlah kitorang dari satu experience ke experience yang lain. Ingat lagi, masa memula keje dulu ada yang tak dapat gaji tetap. We all share rumah sewa ramai2. Takderla ramai sangat..dalam 4-5 org la gitu... Masa tu nak beli dapur gas tak mampu lagi...pakai dapur khazanah family saper ntah...dapur minyak tanahhhh.... So..every weekend..sesaper yg gie dating tu...soh boipren antarkan ke petronas...beli minyak tanah....heheheh. Kelakar sgt...

Sampailah akhirnya, aku sekarang berada dalam dunia Sumber Manusia. Human Resource la org putih cakap. Langsung tak ada formal education dlm HR. Belajar from scratch... daripada pengalaman... dari buku, dari training sesikit...and juga drpd internet forum. Dapatla pasang network sesikit...tu la boleh bertanya itu ini. Training tak bnyk sbb co. aku jenis yang tak berapa nak invest sgt dlm training soft skills. Nak further study...weekend ku tak boleh diganggu pula. Yer la..yer la..org kata kalau nak seribu daya kan...tapi aku tak bagi seribu dalih..aku cuma bagi satu alasan jer... tak boleh nak go head dah...heheheh...boleh??

So, up to date, I've been in HR world more than 10years dah. Tapi tu la...HR nie adalah continuous learning process. Tak ada sesaper pun dlm HR yang berani kata dia dah expert, walaupun dia adalah seorang yg super senior dlm dunia HR. Aku tak bnyk knowledge dalam HR. Practicing pun dlm small co. jer...so x berapa bnyk exposure. Tapi, setakat mana ilmu yang kita ada nie...itu semua kepunyaan Allah swt. Jadi wajiblah aku kongsikan setakat mana yang terdaya. Kalau ada sesiapa yang ada apa-apa masalah dan kemusykilan dalam undang2 pekerjaan atau yang sewaktu dengannya, boleh pm aku yer. Kalau aku x boleh jawab, aku akan cuba tanya network friends yang lain. Dengan syarat, setiap soalan mesti disertakan dengan keterangan background yang terperinci untuk memudahkan kami menganalisa masalah tersebut.

So, aku akan cuba mulakan sikit2 tips dan panduan dalam entry2 yg akan datang.... Selamat memulakan ekspedisi anda...

2 ulasan:

  1. entry yg bagus..
    yes..
    process of learning still akan berlaku...walaupun dah lama dalm bidang masing3...:)

    tengs singgah

    BalasPadam
  2. Waa.. LT singgah la... terharunya... tq..tq.... Luv urs too....

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com