Assalamualaikum...
Wah... dah masuk siri ke-3 dah nie yer. Ok..ok...hari nie kita cerita pasal tips, do's and don'ts untuk persediaan ke interview. Eh...dah dapat panggilan ke interview? Alhamdulillah... ada juga peluang. Jangan mengalah ok, walaupun masuk kali nie dah kali yang ke-100 utk interview. Tak apalah..kita jalan2 cuci2 mata kat opis orang kan.
Hmm..apa-apa hal pun sebelum interview, pastikan anda ada bawa perkara-perkara berikut:
1. Resume lengkap. Sila rujuk posting minggu lepas di sini untuk tips menulis resume.
2. Sijil2 asal/original. Pasal sijil nie kan, sila susun sijil anda mengikut keutamaan. Biasanya kita mulakan dengan pencapaian akademik tertinggi di muka hadapan fail. Sebaiknya, guna fail clear folder tu, mudah disusun, mudah dilihat dan mudah dibawa. Sekiranya ada sijil2 penglibatan persatuan atau sebagainya, masukkan yang penting dan yang relevan sahaja. Kalau setakat sijil derma darah atau kompang beramai2 tu tak perlulah kot. Nanti nampak macam kita nie desperado pulak kan.
3. Salinan sijil. Salinan sijil2 yang berkenaan sahaja. Tak payah segala jenis sijil semua nak copykan. Masukkan dalam envelope besar. Bersedia sahaja, sekiranya bakal majikan minta salinan sijil, baru bagi. Kalau diorang x minta, jangan tanya apa2, diam2 jer bawak balik. Uishh...fotostate pun dah baper hengget dh tu kan...?
4. Tolonggggggg sangat2 bawa pen atau alat tulis yer. Kebanyakan interview, kita kena isi borang kan. Mcm mana nak isi borang kalau x bawa pen? Mmg ada yg dtg intvw kat sini tak bawa pen...main senang nak pinjam jer. Nampak sgt orang tu tak teratur, tak bersedia dan x bersistem. Heisshh...daahhh tolak markah kan.
5. Sila bawa gambar ukuran passport yer. Biasanya kalau cari kerja, kita memang kena spare gambar ukuran passport. Maklumla, bakal majikan tu nak intvw ramai org. Masa pemilihan nnt, diorang lupa calon ke-2 nie yg mana satu. Kalau ada gambar, dia boleh recall la. Ha..budak tu rupanya. Bagus...kemas, pakai tie, rambut belah tengah, seluar kotak2...opss...jgn pakai seluar kotak2. Atau, oo..awek tu...bagusss..ckp terang, yakin diri, baju kemas, pakai kasut, tudung pun tak rambu ramba. Sesuai nie.... Ha...kan ada extra markah tu.
Extra yg lain nak kena bawa tu, sila pastikan dgn company tu. Masa diorang call soh dtg intvw, tanya siap2, apa yg perlu sy bawa. Sometimes kalau kerja tu khas..contoh multimedia graphic designer, dia nak u all bawa CD portfolio semua hasil kerja u all. Atau diorang nk tgk u all punyer contoh2 design baju ke..rumah ker...topi ke..
Ok..dah complete apa nak dibawa, u all mesti pastikan u all tau address intvw tu kat mana. Sometimes tak sure address kan. Sebelum hari intvw tu, bwk2 la sesaper jln2 pusing2 cari tempat intvw tu. Supaya bila sampai masanya kita tak sesat dan jadi lewat.
Hari intvw tu bgn awal...siapkan diri..jgn ada yg tinggal. Sembahyang, mohon doa jgn panik. Dah pakai seperti yang sepatutnya, bertolaklah awal. Lg satu..make sure makan dulu yer. Jgn ingat lepas intvw baru nk mkn sbb kadang2 ambil masa yg lama sbb bukan kita sorang. Usually boleh sampai 3-4 jam...dgn tunggu, dgn isi borang, buat test, jawab soalan. So, makan dulu..sisi perut. Nnt pitam ke pening ke..mcm mana nak berfikir kan.
Lagi satu, tolonggg lah jgn bawa sedara mara sekali masuk tempat intvw. Ada tu siap bwk bini, bawak anak..sorong stroller. Allah...terus kita x konfiden. Dh tau dah.. org nie mesti x tau urusan formal dgn urusan personal. Nnt jd pekerja dia mix up..co. juga yg susah. Ada yg sampai parents masuk sekali. Ada pulak, boipren ikut sekali..sambil isi borang sambil bercinta... ha..mcm mana tu? Buang duit tambang jer la jadinya.
Sila sampai awal yer. Sekurang2 nya setengah jam sebelum. Sebaik2nya, satu jam sebelum. Sebab proses isi borang, proses tapisan dan proses jawab soalan memerlukan masa yang panjang. Kalau soalan tu complicated mcm mana? Dah amik masa nak pk pulak kan. Kadang2 soalan dia senang jer. Contoh : Tulis karangan mengenai hobi anda. Ha, mcm soalan sek rendah kan. Itulah tricknya. Soalan mudah. Tp majikan nak tengok mcm mana tahap pemikiran candidate. Dia nak merapu ke, nak shortened kan ke...nak cincai ke, atau nak buat berita. Percaya x, daripada gaya penulisan, majikan boleh tau cara candidate tu berkomunikasi dan berkerja. Jadi jawablah dengan serius dan berhati2. Ada juga yg tulis..potong, tulis..potong. Sampai jadi comottt sangat kertas tu. Aishh..mcm mana nak kerja orang nie yer.
Ok...mcm biasa, kalau ada soklan, sila tanya yer. Selamat berhujung minggu.
thanks for sharing..:)
BalasPadammeh ke rumah..
~oh student!~
keep in touch ye..♥♥♥
Dda Ly....
BalasPadamSetakat yg akak tau jer...tq singgah...
Nnt ada time akak singgah yer...
salam..
BalasPadamjuz nak tye klau kite tak grad lg tp dah blh cari keje kan?
selalunye majikan mintak ke sijil diploma bagai untuk kite lulus interview tu?
hope akak bleh story skit kat saye...TQ
Anonymous : Err, maybe boleh tolong perkenalkan diri anda walaupun nama pendek, perhaps? Anyway, tak grad lagi tu maksudnya macam mana? Tak convo lagi, atau tak dapat full transcript lagi, atau baru habis final exam, atau ada setengah lagi nak habis belajar?
BalasPadamBiasanya majikan memanggg mintak sijil atau apa2 yang berkaitan. Melainkan belum convo, tapi anda dah exam dan dah keluar result. Ada full transcript, Insyaallah ok. Tapi ini semua depends pada company. Kalau company yang kecil, biasanya tak kisah sangat, janji boleh kerja. Tapi company yang establish, ada project atau tender, memang wajib submit certificates kelulusan pegawai2 dan pekerja pada pihak kementerian. So, no choice, kena ada juga.
Harapnya membantu yer.