Ahad, 27 Mac 2011

Tips Ringkas : Semasa Temuduga

Waduh, waduhhh. Kok lama sudah aku tidak bersiaran ya. Ini lho..cerita tentang carik kerja inilah mbak. Eh..apsal ckp slang indon plak nie. Hahah..terbawa2 plak pasal dok communicate and arrangekan EP utk my expatriate (Pegawai Dagang).

So, last week was still down. Alhamdulillah I am catching up this week. I will forgive them but I will not forget what they did.

So, mari teruskan seminar cari kerja kita di alam maya. Ha, seminarlah sangat kan. Cerita 2-3 baris jer dah terus jadi seminar ke. Perasan akak nie kan..hahahhaha.

Last version dah cerita pasal persediaan kan. So, hari nie tibalah hari yang ditunggu kan. Konon2 la yer. Anggap la masa baca nie u all dah sampai depan opis tu. Jangan lupa, sebelum masuk ke pejabat tu, pegi toilet dulu. Buatla apa yg patut. Terkucil siap2 ke, sikat2 rambut ke, tambah bedak ke kan.

Masuk opis tu, pergilah pada penyambut tetamu tu. Receptionist la kan. Kalau x ada pun, tanyala kat saper2 yang nampak dok dekat sekali dengan pintu. Bgtau la, saya ada temuduga hari nie pukul 10. Ha, nnt org tu soh la duduk kat mana2 dulu. Dia bagi borang, isi jer. Dia bagi soklan, jawab jer.

Ops lupa plak. Kalau boleh, bawalah beg yang formal sikit yer. Ala2 profesional sket. Takderla bila dtg tu bawa beg manik berjurai2 ke, atau bawa pouch bag sangkut kat pinggang tu. Agak2 la yer.

Duduk dan terus isi borang2 dan jawab soklan2 yg diberi. Berhati2 yer. Jangan kelam kabut. Kita dh sampai awal, so ada masa utk tarik nafas. Nnt jawab gopoh gapah, salah tulis pulak nnt kan.

Dah siap jawab soklan, isi borang, silalah duduk diam2. Jangan la sampai termenung pulak. Make sure semuanya dah ada. Prepare apa nak jawab dengan kemungkinan soklan2 yg akan di tanya. Apa2 hal pun, semua orang sebelum pergi temuduga mesti ANALISA DIRI SENDIRI terlebih dahulu. Mesti pastikan apa kelebihan diri, apa kekurangan diri. Macam mana jawab soklan kekurangan diri dengan menyatakan itu adalah kekuatan kita.

Atau pun masa duduk2 tu, try la baca2 pamplet pasal company tu ke kalau ada. Make sure hafalkan nama penuh company tu sebelum datang and pastikan apa produk dia yer. Kalau dapat nama client2 dia lagi bagus. Bg la contoh 2-3. And kalau tidak, isilah masa dengan membaca buku ke atau apa2 bahan bacaan yg munasabah.

Tolong jangan borak sesungguh hati semasa menunggu yer. Ini, terlebih ramah, borak dengan calon yg lain, siap gelak ketawa berdekah2. Apa, ingat opis orang tu pasar ke? Tegur lebih kurang dah la, jangan di kata sombong. Baca doa banyak2 masa menunggu tu.

Bila dipanggil masuk tu, bangunla dengan pantas dan segera ikut ke bilik temuduga. Walaupun pintu dah sedia terbuka, ketuklah juga. Bagi greetings. Salam ker, Selamat Pagi ke..apa ke. Selepas di suruh masuk, ambil langkah proaktif. Gie la salam dengan penemuduga. Yang bukan muhrim tak payah salam la, diri depan dia, tunduk sikit dan senyum sambil bagi salam atau greetings tadi. Susah nak cari calon yang salam dengan interviewer nie. Kalau ada yg buat mcm tu, it's an added bonus for your attitude.

Duduk selepas disuruh duduk. Letak fail sijil2 di atas meja dihadapan anda, atau kalau x ada meja, letak atas pangku pun boleh. Duduk tu, tegakkan badan. Bahu jangan jatuh, tegakkan bahu supaya anda duduk dalam keadaan bersedia. Perempuan atau lelaki, tolong pastikan bukaan kaki tu jangan luas sangat. Kalau lelaki tu tak perlu la rapat kang jadi Awww pulak kan. Sederhana la. Jangan nak ramas2 tangan pula. Itu menandakan anda tengah cemas.

Apa2 hal pun, BIASANYA calon akan disuruh perkenalkan diri. Tolong peka dan alert yer adik2. Kalau diminta introduce diri dalam English, sila jawab dlm English juga. Kalau dia cakap Melayu, jawabla dlm BM. Kalau dia rojak, calon pilih salah satu bahasa. Tolong jgn rojakkan bahasa anda. Sometimes diorang nak tengok kita fasih ke tak ckp dlm sesuatu bahasa tu. Jgn sembunyikan. Tak pandai pun, hentam jer la setakat yg mampu. Bakal majikan akan ratekan level kefasihan anda dan matchingkan dgn apa yg anda tulis dlm resume. Ada tu dlm resume English 9/10 speaking. Tp bila ckp..berteraborr.... Hmmm..mcm nie dah out dah sbb dh sah2, terang2 MENIPU. 
Lagi satu, sila bercakap dgn terang dn jelas. Ada calon punyala terlampau nak bersopan santun, sampai tak keluar suara. Ada tu pulak, nak tunjuk dia sgt konfiden, sampai jadi menjerit2 pulak. Sederhana. Janji jelas dan teratur.

Semasa perkenalkan diri, tak payahlaa cerita pasal sekolah tadika, nama adik beradik segala bagai. Majikan biasanya hanya nak tahu tentang kualiti diri kita jer. Belajar apa kat mana, pernah ada anugerah apa, pengalaman kat mana2 dan boleh buat apa. Tp mcm akak, akak and the team suka tanya ttg family size and also occupation parents. Faktor itu sometimes penting dlm membuat penilaian. Maksudnya, ooo dia sekolah luar bandar. Dgn English yg mcm tu, calon nie dalam golongan yang bijak. Atau..sekolah kat obersee, ckp english grammar berterabur..Ko sekolah ke..ko main? Contohh jer lah.

Berikan sijil2 atau apa2 saja yg diminta selepas diminta. Ini kang orang x minta, calon pula tanya : Tak nak tgk sijil saya ke..? Eisshh...x sopan yer adik2.

Yang lain2 tu. Pandai2 la bawak diri. Jangan kelentong yer. Goreng boleh, tp jgn hangus. sedang2 garing ok. Paham ke? Tak paham tanya..heheheh.

Jangan garu kepala atau main rambut atau gentel manik kalau tak paham soklan. Jangan nangis kalau tak dapat jawab soklan. Oh yess.. memang akak ada jumpa calon yg nangis dlm interview sbb dia tak dpt jawab soklan. Kalau x tau, ckp jer tak tau.

Paling PENTING dalam temuduga nie. Kita mesti tau apa yang kita nak jual dalam diri kita. Kita mesti yakinkan majikan yang kita nie adalah satu produk yg baik utk pembangunan syarikat dia. Tak ada istilah merendah diri dalam interview yer. Cuba promot diri anda sebaik mungkin. Kebanyakan calon bila ditanya apa aset dia utk syarikat, semua garu kepala, atau sengih2 kerang manja, atau angkat bahu. Jangan yer. Sila fikirkan jawapan siap2 sebelum interview.

Last sekali, siapkanlah soklan utk calon majikan. Interview bukan satu hala saja. Ianya 2 hala. Majikan nak cari pekerja dan pekerja nak cari majikan. Tgk sesuai atau tidak. Tanyala long term planning apa, apa benefit sbg pekerja, working hours, saiz jabatan utk position u all apply tu, jobscope keje nnt apa, etc..etc...

Sebelum keluar, tanyalah berapa lama u all kena tunggu utk dpt jawapan.

Ok..selamat bertemuduga semua.

2 ulasan:

http://therainbowjourney.blogspot.com