Nasi ialah makanan ruji utama di Asia, bukan hanya setakat di Malaysia. Nasi juga telah diolah mengikut peredaran zaman kepada pelbagai resipi baru disamping mengekalkan resipi tradisi. Nasi juga dimasak daripada pelbagai beras yang berlainan jenis. Mengikut kata hubby, di Jepun ada beratus jenis beras sehinggakan pada temasya keramaian, diadakan pertandingan meneka jenis beras. Peserta akan ditutup mata dan akan diberi makan nasi yang dimasak dari jenis beras yang tertentu. Sesiapa yg dapat meneka dengan tepat nama jenis beras tersebut akan membawa pulang hadiah.
Sebenarnya zaman IT dan moden nie, memang tak perlula manusia seperti kita yang meluangkan masa di depan TV dan komputer untuk makan nasi dengan banyak. Kita hanya perlukan tenaga untuk menaip dan menekan remote kontrol (selain rutin harian yang tiada beza dengan generasi terdahulu). Berbanding generasi awal yang terpaksa mengharung hutan belantara untuk ke sekolah, meredah belukar dan menoreh getah di kebun yang sangat luas serta meraduk paya dan sawah untuk menyemai dan menuai padi.
Tapi kita tetap dengan pilihan itu. Setiap kali lapar, minda kita terus tertumpu kepada imej timbunan nasi di atas pinggan dan diiringi dengan lauk2 sampingan yang membuka selera. Contohnya seperti gambar di atas. Di tambah pula dengan fitrah lauk pauk Melayu yang lazat dan berkrim santan yang pekat, bersambal tumis yang diselerakan dengan kilauan minyak penumisnya, hatta kerabu yang dicampur dengan parutan kelapa muda yang lemak.. memang sangat membantu sistem badan kita menternak lemak dan kolesterol dengan jayanya.
Kita tahu bahananya kolesterol itu dan kita sedar posisi obesiti dek lemak yang melekat, tapi kenapa kita harus tewas dengan godaan nasi itu? Tak adakah substitut yang lain? Uishh...banyaaaak lagi yang boleh dimakan, tapi pilihan tetap pada nasi. Kenapa?
Tujuan entri ialah : Pedulik haper aku...aku lapo..nak makan nasi... Kolesterol citer kendianlah...
Eh..jom lah makan sekali.. Ini, hidangan Nandos di JJ Ayer Keroh, Melaka.
haha.. nasik tu makanan wajib.. =)
BalasPadamSAlam singgah Aziela..amboiih tayang nasi tuh..xnak pgil akak makan ke..hehehe
BalasPadamHajarRasdi: betol2...memang sangat betol..wajib..
BalasPadamKak Ummi : YA ALLAH..... saya sangat terperanjat. Terharu. Tak sangka Kak Ummi sanggup mencemar duli singgah ke blog picisan saya nie. Terima kasih Kak Ummi. Segan saya. Dah la tu..sy sedang menyalin resipi Puding Coklat Penambat Hati nie. Err..minta halal yer Kak Ummi...
BalasPadamsalam singgah. :)
BalasPadamnasi tu sebenarnya dah jadi makanan mind setting kite. tapi tak salah rasanya asalkan jumlahnya tak berlebihan dan lauknya seimbang, betul tak?
gadisBunga: Waa...GB sudi singgah sini walaupun dah makin femes yer. Terima kasih yer. Portion nasi yang patut diambil nie sebenarnya masih lagi dalam perbahasan golongan nutrition. Tp seimbang tu memang betul sgt tu. Apa yg seimbang tu yang nak kena tau tu kan...
BalasPadamsinggah sini...thanks support :) follow jugak ngee~~~
BalasPadam