Weekend nie penat sangat lagi. Jumaat ptg, bergegas2 drive balik ke PD. Sebaik lepas solat dan makan lebih kurang, kelam kabut ke Seremban dgn parents and Adam. Sampai ke bus stand Seremban, mulakan pencarian tiket bas ke Kuantan. Mujurlah ada lagi tempat kosong dalam bas SP Bumi. Transnasional dah habis. Adam sgt seronok sbb boleh gerak ke Kuantan mlm tu juga. Kalau tiket habis, jawabnya ikut parents balik ke PD and gerak ke Kuantan esok paginya. Tp harus membuang masa la kan. And Adam pun dh excited nak naik bas malam. Kalau naik bas siang..panas...nak tidur x lena..kepala pening.
Tiket bas tertulis waktu bertolak 9.30 malam. Tapi 9.35 baru bas sampai. Driver tu boleh lenggang2 kangkung lagi turun naik..borak..sapu sampah...adoii...dah la behind schedule. Bas gerak about 10.00pm menuju ke Kuantan mengikut hiway Karak. Malangnya dia singgah pulak kat Kajang..amik passenger lain lagi. Adoii..ini bukan ekspress namanya nie. Last2 tiba di Kuantan dalam jam 3.30 pagi. Letihnya. Adam tidur dgn sangat lena dalam bas. Tapi dia ada la mengadu dia kata sejuk sgt, walaupun kita dah selimutkan dia 2 lapis.
Sampai di Kuantan, hubby dah standby tunggu. Pergi minum teh dulu pepagi buta tu... Lepas tu baru balik rumah. Tapi nampak keadaan Adam mcm lemah jer. Maybe dia still letih kot.
Sampai rumah, Adam x tidor, kita dgn hubby dah hanyut dh sbb terlalu letih. Subuh, Adam kejut, dia kata dia muntah2. Dia kata dia rasa dia kena diarhea. Ayoo..sudah makan apa dia semalam? Must be food yg dia makan di sekolah, sebab dinner tu semua org mkn benda yg sama and org lain ok jer. Tp menjelang pagi, dia kata dia ok sket dah.
Pergi w/shop dulu, amik kereta hubby yg sakit. Dh sihat sikit dah..ok la..bolehlaa bwk keter kita balik KL. Tgh hari, cari klinik, tapi desired clinics tu semua tutup plak. Adam beria2 convincekan we all, dia kata dia dah ok. Tak perlu ubat lagi. So, kita belikan dia air 100 plus and Gatorade jer, takut dia dehydrate. After lunch, jalan2 di Pantai Sepat kejap, ambik angin...and balik rumah. Sambung rehat (ZZZzzzz). Mcm tak cukup tidor sgt rasanya. Adam x tidur gak. Dia marathon tgk dvd sampai 5 cerita. Lepas Maghrib, dia tetiba dtg bisik2 kat kita. Tanya ada panadol x..dia pening kepala. Kita bagi dia sebiji...tp tetap risau. Mlm tu sebelom kuar dinner, kita bisik2 dgn hubby, cari klinik juga sbb risaukan dia. So, lepas dinner, gie la cari..and jumpa klinik 24 hours. Alhamdulillah. Doc kata perut Adam mmg memulas2. Bagi ubat..drink a lot of water and rest. So...balik rumah and rest dengan dia...
Sunday pagi kemas rumah, breakfast pun ala kadar jer... and kuar cari lunch. Hubby kata nak ikut balik PD. Dia risau apa2 jadi di tgh jln nnt. So, hantar Adam ke PD lepas lunch di Kuantan. Tiba di PD, lebih kurang 5.30 ptg. Bila nk gerak dr PD, tetiba hubby plak teringin nak ke Melaka, jenguk pokok jambu dia. So, Maghrib, we all sampai di Melaka. Lepas kemas2 rumah lebih kurang, gerak pula ke rumah MIL. Dinner kat situ, about 10.30pm baru gerak semula ke Kuantan. Tiba di Kuantan, 2.30 AM. Plan kita, kol 5.00 AM nak gerak ke KL, tapi x terdaya rupanya...alarm bunyi langsung x sedar. Sedar2 dh azan Subuh. Adoii..lewat lagi. Lepas bersiap... terus gerak ke KL. 10.00 AM tepat sampai di opis dlm keadaan otak kurang waras. Mcm ketatt jer otak hari nie...mcm jem jer. Nak pk apa semua pun mcm tak lincir.
Saper kata weekend utk rehat? Weekend lagi penat dan padat tauuu.... Aduuhhh...
sekurang-kurangnya weekend masa bersama dengan keluarga lah kak :)
BalasPadamFS : Mmg betul...sebab tu penat sebab maximumkan kapasiti masa dan tenaga untuk cari quality time dengan family...heheheh
BalasPadamWah, menggunakan weekend sebaik-baiknya....bagus kak Aziela....family fisrt! he2
BalasPadamSuhami Ahmad : Huiyoo..formal ekk bahaso atok..hihihihi..suko akak. Atuk weekend dah ponuh ngan cucu2 yo lah kan...
BalasPadam