Ini adalah contoh sebuah dapur yang menggunakan kayu sebagai bahan pembakar. Gambar diambil daripada sini. Kita tak ada gambar la dapur kayu kat rumah nenek kita dulu. Kalau kita terjumpa, Insyaallah kita scan kan. Dalam gambar nie pun bukannya nenek kita. Tapi nak tunjuk contoh design dapur nie jer.
Puncanya, adalah daripada perbualan semasa makan tgh hari dengan rakan2. Ramai yang tak berapa tahu tentang kaedah memasak menggunakan dapu kayu nie. Mungkin ini adalah sesuatu yang dapat dijadikan rujukan generasi muda zaman sekarang.
Hmm...kita tinggal bersama nenek dan atuk sejak bayi lagi. Samalah condition dengan diri kita sekarang, mak dengan ayah kita dulu kerja. Kebetulan pula kita memang cucu sulung. Atuk dengan nenek kita dulu sangat seronok menjaga kita. In fact sampai sekarang nie, dah tua bangka nie pun kita masih manja dengan nenek lagi. Every week jumpa nenek mesti berpeluk cium, tidur sebantal dengan nenek.
Jadi, nenek kita dulu2 memasak pakai dapur kayu nie. Dapur gas pun ada, tapi atuk dulu suka lagi nenek masak pakai dapur kayu nie. Nampak tak kat bahagian bawah dapur tu, ada tempat untuk letak kayu api. Kalau nampak stok kayu api dah tinggal sikit kat bwh tu, kita kena tolong nenek dengan atuk bawak masuk kayu api petang2. Ada store kayu api kat tepi kebun getah belakang rumah. Nyampah tau kalau kena tolong. Bukan apa...jadi berlengas, berhabuk, lepas tu nyamuk mesti banyak. Hujung2 minggu, atuk kita masuk kebun getah dengan pakcik dan makcik kita pergi cari stok kayu api, letak dalam stor tepi kebun. Ha, mcm tu la prosesnya.
Kat kaunter yang paras pinggang tu, dah dilapikkan dengan tanah liat untuk kita membakar kayu dan memasak. Setiap kali nak masak, kita nyalakan api dengan mencucuh cebisan kertas surat khabar. Tiup2 sampai merah mata dan muka kepanasan dan kepenatan. Kita tak tiup pakai corong buluh tu...original pakai corong mulut jer. Kadang2 kita ngelat. Bila atuk dengan nenek tak nampak, kita curahkan minyak gas sikit..heheheh. Atuk tak kasi curah minyak utk nyalakan api sbb dia takut rumah terbakar dan rasa masakan tu nanti ada bau minyak.
Masak nasi paling senang dan paling kita suka. Tenggek jer periuk nasi atas api yang menyala, tunggu sampai mendidih. Bila dah didih, tutup 3/4 periuk tu dengan tudung dia. Selalu tgk air dia. Bila dah kering air, terus kirai2kan kayu api tu dan tinggalkan bara2 jer. Tutup rapat tudung periuk dan himpit dengan benda berat. Contohnya lesung batu atau kayu yang berat. Atuk dulu sediakan kayu beluti yang dikerat pendek dan dicantum dua sebagai pemberat. Lepas tu biarr jer. Ala, mcm kita masak dlm ricecooker tu. Nanati bila bara dah padam, nasi tu confirm dah masak dan tak hangit.
Banyak kenangan masa memasak pakai dapur kayu nie. First time kita masak sorang tanpa bantuan nenek masa form 3, lepas habis SRP sebab nenek dgn atuk pergi Haji. So, kena masak utk adik2 dan sepupu2 nak makan. Makcik pakcik pun kerja. Masa tu memang betul2 rasa dah bertukar drpd kanak2 kepada menjadi seorang wanita sejati. Ecehh..gelikan dengar...heheheh Tapi mmg penat la.
Sekarang semua dah mudah..itupun malas lagi nak masak ker? Adoiiii....
huhu...atok dulu pun penah rasa jaman pakai dapur kayu api ni...tiap2 potang atok ngan adik-beradik p kebun cari kayu api ngan kawan-kawan....sambil2 tu mandi sungai...hihi
BalasPadamsekarang dah takdo laie dah oghang buek cenggitu kan.... sumo eyh nak sonang...dah sonang pon x nak yo buek laie kan tok...
BalasPadamteringat time kat kampung. masak guna dapur kayu. mau tak hitam hidung ni dok hembus-hembus api.. hahaha..
BalasPadamwuuu...info ni akan jadi info pelik pada sepuluh tahun akan datang....
BalasPadamkan kan kan...heheheh
btw
assalamualaikum
dtg sini nak gegar, terjah, lawat dan follous kump. 7 Gegar lagik...
heeee
do visit my blog
ke blogku
cik Ida : memang betoooll..hahahhaha... sampai hitam2 muka kita kan... tq singgah yer...
BalasPadamasyraf : yey...kump 7 gak... Harap2 blog nie akan masih wujud 10 tahun lagi...hehehhehe
BalasPadamthank you zila, since borak2 tadi sekarang saya dah tahu betapa uniknya memasak menggunakan dapur kayu..salute jugak pada awak dan orang2 yang tahu menggunakan/memasak menggunakan dapur kayu. Adventure betul masak macam ni...
BalasPadamnaTamier : Alaa wak, itu sbb dah terpaksa. Kalau ada choice yg lebih memudahkan, kita semua takkan pilih yang menyusahkan. Tp saya lucky la gak sebab sempat merasa..hehehehhe
BalasPadamHuhu rindunya...dulu masa sy tinggal kat umah nenek kat Kedah pon dia suka masak dgn dapur kayu...mmg masakan rasa lagi sedap kan akak?
BalasPadam