Rabu, 15 Jun 2011

Apakan Dayaku....

Assalamualaikum.....

Baruuu ajer berbicara dengan teman lain tentang keseimbangan wanita dalam mengutamakan perkara penting.

Tapi itulah... apa yang harus dilakukan...

Konflik kita sebab hubby demam. Semalam dia dah start demam. Ada di Kuantan. Kita nak balik Kuantan semalam, tapi dia macam dah ok sikit. Siap kata dah keluar ambil angin sambil mencari2 lokasi memancing yang seronok. Kebetulan kita pun memang tak berapa berdaya, jadi hubby pun tak suggest kita ke sana.

Hari nie, dia demam lagi. Masih belum kebah. Tapi temperature x tinggi. Cuma tonsilnya bengkak seiring dengan batuk dan selsema. Ini adalah berpunca daripada kurangnya pengambilan air. Hubby memang tak suka minum air kosong. Sangat2 tak suka. Dia hanya akan minum sekiranya dia memancing. Lately nie dah jarang fishing, tu la pasal dia tak berapa nak minum air kosong.

Walaupun x teruk, tapi kita tetap rasa tak sedap hati. Ikutkan hati nak jer terbang terus ke Kuantan sekarang nie. Tapi apakan daya, ada amanah di pejabat nie yang tak boleh ditinggalkan. Kena siapkan gaji untuk syarikat. Kalau kita pentingkan diri sendiri, beratus lagi yang akan merana sebab gaji lewat kan.

Memang ada orang lain yang boleh buat, tapi agak susah sikit la bagi yang lain. Macam last year kita demam teruk masuk hospital, masalah gaji tetap x dapat selesai. Kesudahannya, dengan dipapah oleh adik kita, Cikgu Anida tu, dia hantar kita ke office pada hujung minggu untuk siapkan gaji.

Tapi, dah apply cuti Jumaat nie. Kebetulan Adam minta datang sekolah untuk ambil report kad dan hantar dia untuk tampal gigi di klinik gigi di port Dickson sebab mak dengan ayah ada appointment lain. Mungkin, lepas solat Jumaat, kita akan bergegas ke Melaka untuk jemput MIL dengan SIL  yang nak ikut. Lepas fetch di Melaka, baru gerak ke Kuantan. At least awal lah beberapa jam dari yang sepatutnya. Biasanya kena tunggu Sabtu pagi baru gerak kan.

Lagipun, esok kita kena pergi seminar di Seri Pacific KL dengan boss kita. Kalau tidak, kita mungkin boleh apply cuti dan shoot ke Kuantan. Tapi hubby kata x perlu. Dia kata esok dia dah boleh kerja kot. Tadi pun dengar suara dah bertenaga dah untuk mengada2. Alhamdulillah. Panjang betul komplen hubby dengan panel klinik company baru dia nie. Dia kata tak berapa bagus. Haii...nak murah la bang...macam tu lah. Tapi co. kita syukurlah attach dengan syarikat insuran. Jadi ada banyak pilihan.

Semoga hubby kita akan kembali ceria seperti selalu. Insyaallah....

4 ulasan:

  1. Awak..mendengarnya pun dah penatla...kalau saya, pengsan tengah jalan dah hihihihi...btw get well soon En Saiful.. :))

    BalasPadam
  2. semoga dipermudahkan segala urusan yer...

    suruh jer en somi tu minum air kosong byk2 tau..baik untuk kesihatan...

    BalasPadam
  3. Rahmah : Kalau saya bebuat pengsan..agak2 ok x? hehehhehe

    BalasPadam
  4. ainnoraini : terima kasih. tu la dia tu, takmo minum air kosong

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com