Selasa, 28 Jun 2011

Operasi BERSIH 2.0

Assalamualaikum.....

Macam mana? Sejak kebelakangan nie ada dengar tentang BERSIH 2.0 nie kan. Sebenarnya, kita tak berapa faham tentang apa itu BERSIH, kenapa ada perhimpunan, apa isu dan objektif dia dan sebagainya. Tapi ada la tanya pendapat kawan sikit dan baca sedikit sebanyak. Masih tak berapa faham. Dan rasanya bila kita baca sikit dan tau sikit, kita tak berminat nak tahu lebih mendalam. Pada kita, tak ada satu pun alasan dari pihak A dan pihak B yang jujur dan telus. Segalanya seperti menyembunyikan agenda tersendiri. Jadi, daripada kita terjebak dengan lebih jauh dan daripada terikat emosi dan akal fikiran dengan sesuatu ideologi, lebih baik kita meneruskan kehidupan seperti adanya seorang manusia sebagai hamba Allah selayaknya.

Kalau tak kuat iman dan tak dalam pengetahuan, jangan cuba mengail di lautan luas. Banyak pancaroba dan dugaan yang akan memesongkan haluan tujuan. Bahaya.

Umpamanya : Kalau ada paderi yang cuba mengajak kita berdebat tentang agama Islam, kalaulah kita belum cukup mengenal tauhid dan aqidah, lebih baik mengundur diri dan serahkan pada orang yang lebih ariff di samping kita menajamkan senjata pengetahuan kita sendiri. SEBAB.... kalau kita teruskan juga, dengan niat mempertahankan agama Islam dan menjaga maruah, akan ditakuti iman kita yang tergadai. Murtad itu hukumnya MATI! Selamatkan agama dengan tidak berdebat.

Secara sinonimnya, operasi BERSIH ini adalah ideologi yang baru. Kita belum tahu apa intipatinya. Baik kah atau buruk kah. Sebaiknya pada pendapat kita, abaikan saja. Banyak lagi perkara yang lebih penting untuk kita lakukan. Contohnya : tanam pisang kat kebun (nnt dapat makan buah), potong rumput kat kawasan rumah (supaya tak ada binatang berbisa geget kita), masak lauk spesel untuk jamu mak dan pak mertua (nnt husband lebih sayang kat kita) dan layan anak mandi swimming pool (kita pun boleh join berpoya-poya dan bersenam).

Ini hanyalah pendapat kita. Manusia diberikan akal fikiran untuk membuat pilihan yang terbaik untuk dirinya. Maka gerakkanlah hati dan minda anda, yang mana satu pilihan hidup?

7 ulasan:

  1. rakyat yang bijak tahu memilih dan menilai yang mana baik dan buruk...semoga pemerintahan negera dan Malaysia kita ni menjad aman..

    BalasPadam
  2. bersih tu dtgnya dari diri sendiri...

    byk istilah boleh diguna dari perkataan bersih nikan..

    bersih dari segala2nye...adalah dituntut oleh agama islam...

    BalasPadam
  3. Tu la...bukan tanak amik tau..amik tau untuk tau aje, terasa mcm...anda buat macamana pun hasilnya tetap sama kerana agendanya tetap sama. kat fb kecoh pun just bagi pendapat, dunia akhir zaman memg penuh dengan fitnah...dimana salah menjadi benar, benar menjadi salah...

    BalasPadam
  4. hawa : memang betul. sedihnya masih ramai yang bertindak tanpa berfikir

    BalasPadam
  5. ainnoraini : semestinya... paling penting, hati mesti bersih dan wangi

    BalasPadam
  6. Nora : kalau lebih2 ambik tau, kita pulak yang porak peranda

    BalasPadam
  7. bersih sepatutnya bukan agenda politik..bukan anjuran mana2 parti. cuma disebabkan ramai geng belah satu lagi join bersih..geng yg satu lagi ni duk kata bersih ni sebenarnya kotoq.

    peribadinya saya rasa bagus tuntutan bersih tu.nakkan pilihan raya yg adil.cuma harap takde provokasi dari mana2 pihak supaya perhimpunan dapat dijalankan dengan aman..

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com