Selasa, 28 Jun 2011

Tutup Facebook??

Assalamualaikum.....


Kebelakangan ini, ada yang sudah mula membicarakan beberapa tempias negatif tentang FB. Macam mana nak mulakan yer. Maybe kita bukan seorang yang gemar bersosial gamaknya. Tapi tak juga, kita suka ada ramai kawan.

FB nie wujud untuk kita menjejak rakan2 lama. Rasanya la kan.. Kemudian, ciri jejakan tu, di enhancekan lagi dengan wujudnya status update dan ruang perbincangan untuk bersembang secara personal. Bukan itu saja, ianya juga menjadi medan melepaskan kebosanan dengan mainan2 online yang mengakibatkan addiction di kalangan kaki internet. (oppss..kita pun addicted gak...to the blogging world..hahaha)

Tapi, sejak kita mula mengenal dan register dalam FB, kita agak kurang berkenan. Suka la bila dapat berinteraksi dengan rakan2 yang lain. Suka juga tengok gambar2 yang diupload oleh kawan2 yang lain. Tapi lama kelamaan kemudian, kita mula reserve sedikit demi sedikit. Ada rasa kurang senang.

Puncanya sebab ada perbincangan dalam FB tu, yang kita rasakan amat tidak sopan, tidak profesional, mengutuk, mengeji dan merendah2kan. Ok fine, itu salah manusia. Bukan salah FB. Tapi tetappp, FB ialah pemangkinnya.

Kita mula rasa kurang senang bila ada staff co. kita yang membincangkan tentang hal company di khalayak umum dan memberi ruang kepada orang yang tak ada kena mengena join party kutuk mengutuk walaupn mereka tak tau hal yang sebenarnya. Ini namanya penyebaran fitnah. Dan ada juga antara mereka yang block kan access sesetengah individual daripada 'melihat' mereka ini dalam facebook. Bila terjadinya begini, maknanya apa? Maknanya dia mengatakan secara tak langsung : Aku tak suka kau ada kena mengena dengan life aku. Ok....so kenapa dari awal mereka accept friend invitation? Oooo...sebab takut kecik hati. Abis bila blok tu tak kecik hati ke?

And ianya bertambah apabila kita membaca beberapa status dan perbincangan yang mempersendakan gambar2 yang diupload dalam page rakan2 mereka. Ok, kita tak banyak online FB, so kita tak banyak upload gambar. Tapi ada yang ikhlas upload sebab nak share dengan family member... namun tanpa disedari, ianya menjadi bahan gurau senda rakan2 yang mana empunya diri yang lurus ini tak sedar dia dipersendakan oleh orang sebelahnya sendiri.

Itu tak termasuk lagi dengan tagging friends. Semata2 untuk menyebarkan kepada kelompok yang ramai bahawa seorang rakan mereka tidur sambil menganga contohnya. Apakah itu? Kisah perjalanan ini, bersambung di dunia nyata menjadi serius. Menjadi alasan untuk berkelahi dan seterusnya berseteru dengan rakan2 sendiri. Bila ini terjadi, maka pincanglah institusi masyarakat, seterusnya memalukan umat Islam secara tak langsung. Tak malukah? Tak sedarkah?

Maaf, katalah kita tak mengikuti peredaran teknologi di zaman ini. Katalah kita nie kolot. Katalah apa saja. Kita ada pendapat dan pengalaman pahit sendiri. Dulu kita diamkan. Maybe kita seorang jer yang tak suka. Maybe orang lain boleh terima. Maka kita asingkan diri kita di tempat selesa kita sendiri tanpa mengikut sesiapa saja. Tapi, even kawan kita pun dah meluahkan rasa kesalnya. Baca kisahnya di sini.

Nasihat kita kepada semua pengguna facebook : Berhemahlah dalam berkomunikasi. Sama ada dalam perbualan nyata mahupun dalam apa-apa medium sekalipun, lontaran perkataan itu menggambarkan imej diri kita.

Untuk kita, KITA DAH TUTUP AKAUN FACEBOOK KITA. SORRY.....

2 ulasan:

  1. betul tu awak..kalau ikut hati saya memang rasa nak jerit aje depan muka dorang. Nak tanya aje apa masalah dia. kita ada hutang ke? kita ada susahkan dia ke? kita ada ngumpat dia ke?
    erm...tapi nanti kita pulak yang akan disalahkan balik.

    Cukuplah pengalaman saya memarahi dan confront dengan seseorang pada yang lepas telah banyak mengajar hidup saya erti sabar..tapi kadang2 tak buleh sabar dah..kena out loud.

    BalasPadam
  2. I agree. Use it positively then it'll be ok. Guna utk menjatuhkan org, bukak aib org dan memalukan org really are not ok

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com