Apa khabar semua hari ini? Makin lama, makin dekat dengan bulan Ramadhan kan. Ada perubahan tak agaknya kualiti diri kita hari ini berbanding dengan hari ini tahun lepas? Kalau ada perubahan lebih baik, Alhamdulillah. Kalau menurun, atau tiada perubahan, apa kata kita mula mengorak langkah sekarang.
Ok, kita nak cerita tentang kehadiran kita pada kursus seperti yang ada di tajuk entry ini.
Seperti yang tertera, bengkel ini adalah anjuran daripada Jabatan Tenaga Kerja Malaysia. Atau dulu kala lebih dikenali dengan nama Jabatan Buruh.
Ilmu ini penting untuk semua. Tak kiralah sama ada anda pelajar, petugas tetap, kontrak mahupun sementara, ataupun anda sekadar suri rumah. Sebab ilmu ini kalaupun tidak digunakan untuk diri sendiri, mungkin boleh membantu orang-orang yang dekat di dalam hidup kita. Tak ramai yang nak ambil pusing perkara nie dan sangat ramai yang tak tahu. Akibatnya, bila terjadinya bencana, kita tak tahu bagaimana nak mempertahankan hak kita sebagai pekerja. Dan lebih sakit bila kita canangkan pada seluruh dunia yang kita dianiaya, dizalimi dan menjadi mangsa keadaan. Sedangkan kita tak punya ilmu itu dan orang yang berilmu itu hanya mentertawakan kebodohan kita dalam hati mereka kerana tak sampai hati nak berterus terang tentang kejahilan kita.
Wah, panjang pula entry kita hari ini kan. Erm, tak apalah. Daripada menulis dengan kawalan jumlah perkataan yang mungkin tak berjaya menyampaikan maksud, biarlah panjang sedikit asalkan jelas dan terang.
Bengkel ini khas untuk wakil majikan tentang cara yang betul menangani masalah disiplin pekerja dan prosedur yang harus diikut bagi menjayakan satu siasatan dalaman. Sekiranya ada prosedur yang tertinggal, maka secara otomatik ia akan jadi pincang dan akan menyebabkan kegagalan di dalam tuntutan mahkamah di kemudian hari.
Tengok, bilamana kita sebut tentang 'wakil majikan' bermakna Jabatan Tenaga Kerja telah mengenal pasti bahawa masih ramai lagi wakil majikan yang kurang ariff tentang ilmu ini. Kalaulah wakil majikan pun x berapa pasti, apatah lagi anda semua yang sememangnya petugas rakyat jelata.
Walaubagaimanapun, sekiranya terjadi sesuatu kes salah laku di tempat kerja, tak kiralah besar atau kecil, majikan TAK BOLEH BUANG pekerja serta merta! Ini kerana, tidak semestinya pekerja itu bersalah. Perlu siasat secara terperinci bersama bukti-bukti yang jelas, nyata dan kukuh, baru boleh di ambil tindakan. Ini kecualilah kes yang melibatkan dadah. Sebaik saja ujian air kencing mengesahkan penyalahgunaan dadah, maka petugas boleh dibuang serta merta seperti mana yang termaktub di dalam polisi syarikat terbabit.
Ok, mari kita fokuskan kepada langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya terdapat kes salah laku.
1. Jabatan Sumber Manusia menerima laporan tentang salah laku yang telah berlaku secara BERTULIS. Tolong jangan gunakan e-mail, sms atau blog walaupun tetap dalam penulisan. Buat masa ini, bukti kukuh yang digunakan dalam mahkamah iaitu melalui surat yang ditandatangani. Laporan ini boleh dikeluarkan oleh Ketua Jabatan terbabit. Dan sekiranya Ketua Jabatan tiada semasa salah laku berlaku, ianya hendaklah diterima dari orang bawahannya sebelum dimajukan ke Jabatan Sumber Manusia. Di dalam laporan haruslah disertakan maklumat-maklumat berikut :
- Tarikh, hari dan waktu
- Lokasi kejadian
- Butiran petugas yang terlibat
- Penerangan kejadian
- Rujukan laporan
2.) Jabatan Sumber Manusia akan mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab (Show Cause Letter) kepada tertuduh yang terbabit dan mohon penjelasan dan jawapan BERTULIS dalam tempoh 5 hari bekerja (boleh juga pendekkan atau panjangkan sedikit, tapi sebaiknya jangan lebih dari 7 hari).
3.) Menerima jawapan dari tertuduh dan buat keputusan. Sekiranya masih menimbulkan keraguan dan tiada penjelasan, ataupun ada pengakuan bersalah, maka diteruskan dengan Siasatan Dalaman (Domestic Inquiry). Sekiranya jawapan adalah memuaskan, jelas, terang dan tidak bersalah, maka kes akan di tutup.
4.) Sekiranya meneruskan dengan Siasatan Dalaman, maka Jabatan Sumber Manusia akan memberi surat pemberitahuan akan tarikh DI tersebut akan diadakan. tertuduh juga boleh mebawa saksi-saksinya sendiri ataupun membawa wakilnya dari Kesatuan Pekerja iaitu Union (sekiranya ada). Sekiranya tertuduh ingin membawa saksi dan Union, harus dimaklumkan secara bertulis kepada Jabatan Sumber Manusia.
5.) Proses DI akan dijalankan. Pihak syarikat akan melantik 2 atau lebih ahli panel untuk membicarakan tertuduh dengan tuduhan yang dikenakan. Ahli panel mestilah yang berpangkat lebih tinggi dari tertuduh dan juga yang tidak terlibat dengan kes pertuduhan untuk mengelakkan 'bias' atau berat sebelah.
6.) Sekiranya tertuduh tidak memberikan kerjasama seperti tidak hadir dan sebagainya, maka DI akan diteruskan seperti biasa walaupun tanpa kehadiran tertuduh dan keputusan akan dibuat daripadanya.
Jadi, adalah penting untuk petugas yang disabitkan kesalahan untuk hadir. Sangat penting untuk mempertahankan diri.
TETAPI..., sekiranya keputusan tidak memihak kepada tertuduh dan tertuduh merasakan bahawa dia tidak dibicarakan dengan adil, maka dia boleh membuat tuntutan untuk meneruskannya di Pejabat Tenaga Kerja. Walaubagaimanapun, laporan dan makluman ke Pejabat JTK haruslah dibuat DALAM TEMPOH 30 HARI.
Ok, ada faham tak? Kalau nak cerita lagi, memang lagi panjang. Tetapi, sekadar pengetahuan am, bolehla untuk permulaan. Jangan tidak berilmu langsung pula kan. Ok, ini contoh pemandangan semasa Siasatan Dalaman berlangsung (yang diatas pentas).
Ok, rasanya ini dah cukup jelas untuk permulaan. Lagi sekali kita nak ingatkan. Segala bukti, laporan, dokumen dan sebagainya haruslah disimpan, bertulis dan ditandatangani bersama tandatangan saksi yang terlibat.
Ada soklan? Sila tanya. Kita pun tak berapa mahir, tapi kalau ada soalan, kita akan cuba cari jawapannya. (kalau dah pandai, tak derlah pergi bengkel nie kan..)
Salam 1 Malaysia....
suka bengkel macam ni...sbb awe amik HR..hehe
BalasPadammemang seronok tau Hawa....
BalasPadamterima kasih sebab publish issue ni. adalah dapat sedikit idea menangani masalah di tempat kerja. tapi masalahnya HR ditempat saya ni pengecut dengan pekerja pekerja - tak tegas - malahan MD pun macam lalang tak boleh / takut buat keputusan. Masalah saya ade sorang pekerja ni yang mental - kadang2 ok, kadang2 bila sakit hati dengan orang lain dia akan mula menjerit2 satu office gaduh dengan orang yang dia tak suka tu. kami yang lain2 ni boleh diam je - takut nak campur. MD pun tak ambil tindakan. Tindakan dia dalam office ni membuatkan kitaorang tak selesa nak buat kerja. SAya nak minta pendapat cik Hawa boleh tak kalau saya direct je report dekat Jabatan Buruh?.
BalasPadamamar : Terima kasih kembali kerana sudi baca entry nie. Ttg HR pengecut. Memang kebanyakan HR di zaman sekarang ada masalah macam nie. Sama ada HR bertegas dan bersedia untuk hilang kareer kerana melawan cakap boss, atau HR mengambil pendekatan meng'ilmu'kan syarikat by stages atau terus berdiam diri seperti seorang pengecut dan option terakhir ialah HR lari dan cari boss lain, hehehe.
BalasPadamKalau ada staff yang membawa masalah seperti ini, cuba gunakan Kesatuan Pekerja untuk menyelesaikan masalah. Kalau syarikat Amar tak ada union, kena buat cara manual lah. Kena buat cara 'ganas' sikitlah yer.
- Hantar laporan tentang petugas terbabit pada Pengurus Jabatan Amar atau petugas itu dan juga untuk HR. Statedkan bukti dan saksi. Perkataan yang diucapkan petugas tu, tarikh dan waktu kejadian. Jangan lupa cckan laporan kepada pihak pengurusan. Kalau ada 10 orang, hantar pada semua 10 orang.
- Kalau tak ada tindakan dalam tempoh 2 minggu, hantar lagi surat susulan tanyakan tindakan majikan.
- Kalau masih tiada jawapan dari syarikat, sila proceed ke Jabatan Tenaga Kerja. Laporan pada jabatan tersebut boleh dibuat dengan alasan syarikat tidak mengambil berat tentang kebajikan anda dan telah mengakibatkan gangguan psikologi pada petugas lain.
Cuba dulu pelan2 yer..
Nama akak bukan Hawa, tapi Aziela.
Mmg bermasalah bila berhadapan dengan kes-kes disiplin nie.. boss 1 ckp camni, boss 2 ckp camni ..last2 x tau nak ikut yg mane satu .. hehehe
BalasPadamkalau Aziela ade experince blh la kita share yea ..