Khamis, 28 Julai 2011

SELAMAT BERJUANG !

Assalamualaikum.....

Topik yang paling hangat dibincangkan pada hari ini. Perkara yang paling membimbangkan rakyat Malaysia pada hari ini.

Khabarnya, mereka akan turun dengan jersi biru..? Birukah, kuningkah, tetap warna Jalur Gemilang.

Harapnya mereka tidak sekadar 'tunjuk taring', tapi bahamlah pasukan lawan dengan semangat waja, dengan kebijaksanaan mutlak dan dengan berhati-hati. Pertarungan malam ini harus ikhlas.

Penyokong2 sekalian, bakarlah semangat pejuang negara ini.

Jangan memalukan mereka dengan berkelakuan seperti orang tidak bertamadun. Ianya pasti akan menjadikan mereka kucing di atas padang.

Doa dan kematangan harus dipersembahkan dalam sokongan anda sekalian.

Perjuangan ini adalah perjuangan MALAYSIA.

2 ulasan:

  1. Gud Lak Malaysia semoga berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya iaitu dunia...

    BalasPadam
  2. Go tiger!!!! Nak menang malam ni....

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com