Khamis, 20 Oktober 2011

Jalan-jalan ke Kota Bharu 2011 - Part 1

Assalamualaikum.....


Kisah bersambung daripada kisah ini buat mereka yang baru menjengah ke  sini dan baru sahaja berkenalan dengan blog kita. Selamat berkenalan semua...

Lepas packing dan siapkan semua, kita tunggu decision dari hubby. Hubby dah selesai mandi...dia terus lay down. Kita ingat dia x jadi pergi. Mesti dia dah penat. Bila tanya, dia kata nak pergi malam nie ke esok? Aisshh..kita ckp kita takut dia x larat drive sbb kita dah memang x mampu nak drive lagi. Jangan belum lepas dari Kuantan dah parking keter tepi jalan untuk tidur, sudahlah. Hubby pula kata dia rasa fresh lagi..boleh drive. Dah boleh..kita on jer... Sebab kalau nak tunggu esok, nanti buang masa pula. Kita nie risau mengenangkan Ahad nanti. Pukul berapa nak sampai Kuantan? Isnin kerja..nak drive ke KL lagi. Tapi, kasi redah jer lah bang.... Kalau penat, kita tidur. Siap angkut bantal besar dan selimut sehelai. Nak tidur best punya pasal. Yer la, dah penat, so mesti dapatkan rehat yang cukup, baru boleh travel.

Maka kami bergerak dari rumah, tepat jam 3.30 pagi di awal hari Sabtu. Dah jadi kebiasaan, kita akan baca doa panjang sikit sebelum memulakan perjalanan jauh. Permudahkan perjalanan, berikan kegembiraan dan kebahagiaan, selamatkanlah kami dan bantulah kami mengembara untuk menikmati alam ciptaan Allah s.w.t. Selain daripada itu, sekiranya ada apa2 yang tidak diingini terjadi, itu adalah dugaan dan cabaran. Allahu'alam.

Di jalan Beserah, ada beberapa kereta polis melintasi kami dengan laju sambil menyalakan lampu dan siren kecemasan. Dasar busy body rakyat Malaysia kan...sibuklah kami suami isteri memanjangkan leher nak tengok apa yang terjadi. Tak jauh kehadapan, dan kebetulan traffic light warna merah, nampak ramai dah polis2 berkerumun di sekeliling kereta ni.



Tak berapa jelas sangat kan...? Tapi kereta tu habislah diselongkar. Bonet, kerusi depan belakang semua kena punggah. Kereta peronda ada lebih kurang 3-4 biji dan berbiji2 lagi motorsikal polis. Kita buka cermin tingkap...dapatlah dengar sedikit sebanyak. Tapi x pasti tentang apa. Mula2 ingatkan dadah, tapi tak lama kemudian, dengar polis2 nie semua bersorak keriangan. Rasanya mereka dah jumpa sesuatu, tapi x pasti apa dia.

Tak lama sebelum traffic light bertukar hijau, nampaklah seorang polis menyerahkan pada polis lain sebatang besi panjang. Hujungnya seakan kuku kambing, tapi agak membengkok sedikit. Hubby kata besi tu digunakan untuk membuka penutup kotak kayu besar2 yang biasanya terdapat di kilang2 atau pelabuhan. Biasanya disalahgunakan untuk mengumpil pintu atau tingkap rumah untuk merompak. Mungkin, suspek nie telah dikenalpasti dan kebetulan dijumpai oleh polis.

Satu kejadian yang menarik dan menyegarkan minda di awal pagi. Kami teruskan perjalanan. Sepanjang perjalanan, kami bercerita dan berbual. Tanpa sedar, dah sampai ke Paka. Waahh..cantik sungguh pemandangan di Paka waktu malam. Kita tak ada camera canggih, jadi gambar tak cantik. Walaubagaimanapun, kami sekeluarga sentiasa terpukau dengan kecantikan bandar Petronas tu di malam hari. Bak kata Adam : "macam bandar masa hadapan..". Sayangnya Adam tak ikut.

Yang sebenarnya di larang ambil gambar di kawasan ini. However, please forgive me dear Petronas. I am your loyal customer.

Kami teruskan perjalanan. Singgah sekali di gas station untuk beli bekalan minuman untuk hubby. Tapi, menjelang jam 5 pagi, hubby dah tak tahan mengantuk. Kita pun sama. Perbualan makin slow. Untungnya, kereta tak banyak sangat serta bas dan lori pun sangat sedikit, maka melancarkan perjalanan. Jam 5 pagi, kami berhenti di Petronas Merchang, Terengganu dan terus rebahkan kerusi untuk tidur dan berehat. Lena sungguh tidur berbekalkan bantal dan selimut dari rumah. Tapi bila sedar, dah jam 7 pagi. Rupa2nya hubby dah bangun lebih awal lagi dan dah selamat ke toilet dan segalanya. Itulah pentingnya berehat di Petronas. Ada shop, boleh beli air dan roti atau keropok, ada toilet, sentiasa ada petugasnya maka keselamatan dalam kawalan, serta ada surau untuk solat.

Kami teruskan perjalanan.

Tapi pelik, kenapa laut sebelah kiri ekk? Bukan ker kalau nak ke Kelantan laut sebelah kanan? Sekali tu baru perasan...terbalik daa...salah jalan! U-turnlah semula sambil tergelak2 kami sebab masih mamai rupanya...hahahhaah.

Kemudian, kami cari port untuk sarapan. Waahh..jumpa jalan baru dan warung yang best untuk sarapan. Nanti kita sambung cerita yer....



6 ulasan:

  1. hik..hik..kelako bab laut tu..

    kenapa gabo pemandangan tu tak leh tangkap kak..siap ada larangan plak tu..

    BalasPadam
  2. wah....geng pengembaraan upin dan ipin bermula...hihi...sonok ni....

    BalasPadam
  3. Nora : Kalau di Paka memang di larang. Tak taulah kenapa. Tapi kalau tangkap juga dan nasib tak baik, polis Petronas akan datang suruh kita pergi dari situ.

    BalasPadam
  4. Suhami : Heheheh..dah mula. Tapi tak ler menarik macam cerita atok...

    BalasPadam
  5. BESTNYA...SAYA PUN AKANKE KELANTAN NEXT WEEK..HEHHEE

    BalasPadam
  6. kah kah kah...

    mamai pulak pagi2 tu eheheheh

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com