Jumaat, 3 Februari 2012

Makan di Melaka : Rojak dan Mee Rebus Ujung Pasir

Assalamualaikum.....

Minggu nie cuti panjang kan?

Pasti ada yang jalan2 ke Melaka. Kalau ke Melaka, bolehlah cuba menu nie, Rojak dan Mee Rebus di Ujung Pasir.

Kebelakangan nie, kedai nie famous yg amat sebab masuk rancangan makan2 di tv beberapa kali. Ada yang berbahasa Malaysia, ada juga dalam English.

Nak cari kedai nie pun x susah. Pergi ke Jalan Ujung Pasir sebelum masuk ke Bandar Hilir, adalah dia dekat2 dengan simpang nak masuk ke Portugis Settlement tu.

Ok, mari kita tengok gambar satu persatu yer....


 Anda kena cari kedai nie. Restoran Ming Huat. Kedai nie, mengamalkan konsep kopitiam sikit. Dia benarkan orang yg berniaga sewa tapak untuk gerai2 kecil dengan menu2 yg berbeza dalam kedai dia. Salah satunya, gerai Mee Rojak nie lah... Air jer yang kita order dengan kedai nie.


 Gerai nie ada di pintu masuk hadapan kedai Ming Huat nie. Macam nie lah gerai dia. Sempoi jer... Menu ada 2 jer. Rojak dan Mee Rebus. Itu sahaja.

 Kami datang dalam pukul 11.00 pagi. Tengoklah mee dan kuih untuk rojak dia. Elok jer tersusun semua. Kecur dah tengok nie.


 Peniaga asal ialah pakcik yang baju belang nie. Dia dah meniaga di sini sejak hubby sekolah rendah lagi. Orang2 Melaka memang dah biasa makan di sini. Pakcik nie besarkan anak2 dia dengan hasil meniaga nie lah.... Tapi sampai dah tua pun dia nak ikut meniaga juga... Dah terbiasa dan seronok agaknya...


 Yang baju kuning tu ialah anak pakcik nie. Anak pakcik nie ialah hubby punya classmate di Sek Ren Agama dulu. Setiap kali kami tiba, mesti riuh rendah suara mereka berdua bertegur sapa. Oh yer, anaknya adalah seorang petugas bank. Tapi bila dia ditukarkan ke cawangan lain untuk kenaikan pangkat, dia ambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai seorang pegawai bank dan sempoi meniaga mee rebus. Bila difikirkan...mesti incomenya lebih lumayan kan...?


 Apa tak lumayannya. Tak menang tangan dia memenuhi order pelanggan. Yang berdiri2 tu semua sedang menunggu order bungkus tu. Bukan 1-2 bungkus tau, tapi sorang sampai 13 bungkus, 7 bungkus, dan mamat baju ijau tu, order 25 bungkus..!!!

Itu x termasuk lagi yang sedang menunggu dalam kedai tu...termasuklah kami... Memang lambat sikit dapat makanannya kalau dah macam nie punya ramai q.

Perut dah lapar. Sementara menunggu mee rebus dan rojak, kita pergi pulak ke stall di bahagian tepi kedai. Stall nie ada nasi lemak dan ketupat. Kita order ketupatnya. Memang sedap dari dulu. Wangi daun kelapa, dengan lembutnya nasi dalam ketupat tu, dan campuran kuah kacang, serunding dan sambal dia memang mantap. Ini pun nak kena ikut turn juga. Ok..tunggu lagi.

 Ini pemandangan dalam kedai. Old style coffee shop. Memang real dan originalnya kedai kopi. Berbagai2 bangsa ada kat sini. Melayu, Cina, India dah memang ada. Ada pulak Portugis, Baba dan Nyonya. Ada juga famili mix, India dan China makan bersama. Ada Portugis dan Baba, ada golongan atasan, ada rakyat biasa. Segala2nya ada. Di satu sudut kedai pula, ada sekumpulan warga emas lelaki yang asyik main dam. Ada atuk Cina, atuk Melayu, atuk Portugis...sama2 berkumpul sampai riuh rendah jadinya bila naik haji. Adamlah yg paling suka menyelit tengok atuk2 nie main dam sementara menunggu makanan tiba.


 Inilah rojaknya. Telur sebiji dalamnya. RM3.00 atau RM3.50, tak ingatlah pula. Tapi rasanya RM3.00 jer. Hubby dengan Adam x makan tauge, so memang pesan tak nak tauge.

Oh yer, ada rojak kuih biasa dan ada juga rojak mee. Tapi pakcik rojak nie, panggil rojak mee tu ialah rojak 'KAWEN'! Hahahahahah. Sebab mee dan kuih2 rojak tu bercampur, itu yg dia katakan kawen tu.... So, kalau order rojak mee, cakaplah nak rojak kawen yer...

 Ini pula mee rebus. Kuahnya of course cair sedikit dari kuah rojak. Harga pun sama saja.
Basically rasa ke2-2 menu nie tak ada yg outstanding sangat. Nak kata sedap sampai angau tu, tidaklah.... Tapi dia more kepada comfort food. Sambil lepak2 dengan family, sambil makan2 rojak. Yang pasti, kuah dia walaupun x sedap giler, tapi memang lain dari yg lain. Tak sedap giler, tapi dia memang sedap dan unik. Oh yer, jgn risau. Tak pedas langsung. Nak pedas, gigitlah cili hijau tu.


Dalam menunggu, ketupat yang kita order pun sampai. Sama jer lewatnya sebab orang ramai sangat. Kita minta sambal kerang sekali. Sepinggan nie kitorang share 3 beranak. Makan punya makan, rasa sedap pulak. Minta lagi satu set, tapi dah habeshhh pulak. Sedap betul kuah kacang campur serunding kelapa campur sambal kerang nie. Adunan semua kuah nie rasa sangat seimbang dan perfect dengan ketupat tu.


Last sekali, mee rebus kita. Yang kat atas tu mee rebus Adam sebab dia tak nak tauge. Yang nie kita punya. Kita suka lah tauge nie... Cili2 hijau Adam, semua dia transferkan dalam pinggan mamanya. Telur tu sebiji belah 2 yer, bukan 2 biji tau. Kita x berapa suka telur rebus nie. Sebab tulah telur nie kita transferkan pula dalam pinggan hubby.

So, ada rasa teringin nak try tak?

Oh yer, kalau pergi, cakap dengan dia, kawan blog isteri Saiful.

8 ulasan:

  1. nampak fud stunning..sedap. Kedai makan sempoi aje.. :-)

    BalasPadam
  2. ni baru namanya kedai 1 mesia...semua org mampu makan dan minum di cituew....owh sedapnyer tgk pic akak tempek ni...kalo blh makan alangkah bahagianyer

    BalasPadam
  3. sedapnye....nanti sy pergi cari. leh sy review plak. thanks berkongsi

    BalasPadam
  4. Hi Aziela...TQ yer jenguk2 blog saya ari ni. ehh ahad nih saya gi melaka satu famili tengok anak kat jasin tp satu malam jer so x sure dpt gi ujung pasir nih. klu sempat saya gi sana...menarik saya nengok post2 Aziela yg lain kat sini bolih jadik reference bila jalan2...c yaaa

    BalasPadam
  5. alahai...sangat terliur!

    ahaha, kalau mention "kawan blog isteri Saiful" tu, dpt diskaun ke? hehehheeh

    BalasPadam
  6. sedap..yummy..


    salam maulidurrasul..datang follow sinie

    BalasPadam
  7. Esok pagi saya nak pegi melaka dengan kawan2. Nampak nye kena try lah kedai ni. Tq share ye...

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com