Jumaat, 3 Februari 2012

Remaja Yang Hamil : Apa ubatnya...?

Assalamualaikum.....

Basically entry nie merujuk kepada entry adik tersayang iaitu Azham Vosovic di SINI. Sebelum baca entry kita yang berikutnya, sila baca dulu entry beliau di situ. Yang paling penting ada seorang kanak2 yang super comel di situ dengan berbagai aksi2 yang mencair luluhkan hati anda....

Ini adalah masalah yang telah mengundang perbincangan dari seluruh dunia... Bukan sekadar negara, malah umat dan penduduk dunia keseluruhannya. Kalaulah masalah ini telah menular menjadi masalah dunia.... maka kita rasa penyelesaiannya harus bermula dari akar umbi.

Cara terbaik ialah cara dari Al-Qur'an. Kisah Luqman Hakim mendidik anak2nya. Bagaimana dia berjaya? Katanya dia mendidik anak2nya sejak dia sendiri masih kecil lagi. Maksudnya, dia kawal dirinya agar menjadi muslim sejati maka zat dirinya itulah yang mengalir di badan anaknya, seterusnya praktikal amali kehidupan berlandaskan ajaran Islam.

Jadi, pokok pangkalnya ialah 'aqidah anak2. Kalau anak2 tidak memahami tauhidnya Tuhan (Allah), maka dengan mudah mereka akan hanyut bersama arus deras syaitan dari berbagai sudut. Bagaimana caranya nak kita bawa mereka (dan diri kita juga) ke 'tempat' yang selamat dari aliran ini, tidak mampulah kita nak ceritakan satu persatu dalam satu entry yang ringkas.

Kesimpulannya? Teknologi tetap akan berkembang. Cuma kita harus kuatkan benteng pertahanan aqidah keluarga kita agar dapat menepis 'serangan2' zahir dan batin yang tak mungkin putus2 hadir dalam kehidupan manusia.

Adik Azham,

Sejak akak menuntut lagi, dah berbagai aktiviti sosial dan motivasi akak ceburi, dah merata pelusuk akak pergi untuk bertemu dengan adik2 sekalian. Hatta sehingga ke Rumah Pengasih, iaitu Rumah Pemulihan Swasta (NGO) untuk penagih dadah. Namun, semua masalah sosial ini akan mampu dibendung dengan 3 aspek utama iaitu : Agama, Kasih Sayang dan Disiplin.

Ini hanyalah pendapat kita. Siapa yang hendak betulkan, atau menambah baikkan, kita persilakan dengan hati yang terbuka....

Allahu'alam.

4 ulasan:

  1. setuju...pergaulan bebas menjadi penyebabnya...

    BalasPadam
  2. Wah....sekejap je da siap! Terbaiklah akak hehe...siap dapat pangkat Adik Tersayang lagi hehe....thanks akak!

    Wah, sungguh hebat Luqman Hakim kan...beliau menjaga adab dan tatasusila sejak kecil...bila besar dan berkahwin, anak2nya mewarisi sifat2 berkenaan....ni la satu contoh benda yang tidak diamalkan zaman sekarang.

    Indahnya dunia kalau ibu bapa sudah bermula dari mereka kecil lagi...insyaallah dunia akan menjadi satu tempat yang lebih baik untuk didiami....

    Teringin nak pergi rumah2 perlindungan untuk remaja-remaja seperti itu...insyaallah sy usahakan dengan kawan2 satu hari nanti hehehe

    BalasPadam
  3. yg penting kita kembali kpd Islam....InsyaAllah, segala prmasalahan sosial dpt dikawal....

    BalasPadam
  4. Rahmah : Puncanya kurang kasih sayang

    Azham : Promoted...heheheheheh

    NzA : Setuju sangat2. Itu sajalah penawarnya....

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com