Jumaat, 9 Mac 2012

Langkawi : Ketibaan

Assalamualaikum.....

Ok..ok...mari kita sambung tentang kisah ini.

Selepas sarapan, kami bergegas ke jeti. Segala barang2 dan beg2 dikeluarkan dari bonet dan supir2 kami membawa kereta untuk mencari parking. Hubby beruntung sebab dapat cari parking di saat semua parking berbumbung telah penuh. Itupun lelaki yang jaga parking tu baik hati bawa kereta hubby parking di garaj rumah dia sendiri. Pak Su pula parking di kawasan terbuka sebab dia tak lama di Langkawi. Dia, setakat 3 hari saja...

Kita segera mencari contact person En Rahim. Ambil tiket dari belakang kaunter jer. Sempoiii. Syukur Alhamdulillah sebab tiket kami dah diuruskan awal2 oleh En Rahim sebab kalau baru nak beratur, mak datuk..punyalah panjang. Dari kaunter tiket, beratur sampai sepanjang jalan raya. Departure hall tok sah cakaplah...yang duduk dah penuh..yang diri pun bersesak. Syukur juga kerana kami tidak menunggu lama. Lebih kurang 5 minit, feri kami dah tiba. Kalau baru nak beli tiket, mungkin petang baru dapat naik feri sebab penuh sangat dah...

Kita dah beberapa kali naik feri. Cuma Firdaus jerlah yang 1st time. Seronok sungguh dia. Kami yang dewasa nie semua ambil kesempatan lelapkan mata, sebab letih sangat. Kanak2 semua beriang gembira lah, apa lagi. Diorang dalam kereta sepanjang malam elok jer tidurnya...

Adam muka berminyak2. Kita suruh dia mandi kat R&R, dia tak moh.. Dah busyuk...humphhh..

Anak2 Pak Su


Bila kami tiba di Kuah, En Rahim dah standby. Oh yer, kami order 2 biji kereta dari En Rahim. Kita order satu MPV sebab kami bertujuh. Pak Su sekadar ambil Proton Saga sebab dia berlima. Lagipun Pak Su confirmkan trip last minit sangat. Itupun berjaya juga En Rahim carikan. Kalau ikutkan, memang dah habis kereta sewa kat sana...

Kami disambut oleh En Rahim yang sangat friendly dan mesra. Tak dan (sempat) nak ambil gambar masa sampai tu. Maklumlah, orang ramai sangat, sesak betul kat situ.


Kami cepat-cepat naik kereta dan bergerak dari situ, menuju ke homestay yang ditempah.

Kita harap, pembaca semua dah visit blog homestay tu yang kita providekan dalam entry lepas. Menarik kan gambar2nya? Dan bila kami tiba di rumah tu, memang sama sebijik seperti dalam gambar blog tu. Maknanya, gambar tu bukan sekadar untuk promosi, tapi memang gambar sebenar... Kami semua gembira sangat....

Meh tengok gambar rumah satu setengah tingkat dengan English theme decorations tersebut...


Ruang tamu dengan sofa baru yang selesa sangat.

Dining hall yang sangat comel. Mejanya untuk 4 orang, tapi ok jer..

Bilik tidur utama. Cantikk sangat kan. Owhh..cadar dia meruntun jiwa.

Bilik tidur ke-2. Sangat cozy. Tidur sini mesti susah nak bangun pagi...

TV flat screen tuuuu. Astro ada semuaaaa channel. Besttt!


Gambar dapur yang sangat comel. Sangat kemas, sangat bersih dan sangat cantik. Washing machine pun ada. Bukan tu jer, siap ada minyak, bawang segala, kopi, teh, gula, garam..semuanya adalah...

Asymeer di buaian luar... Memang seronoklah nak santai kat sini...


Syafiqah, satu2nya anak dara Pak Su, posing di pondok tepi rumah. Nyaman sungguh...

Pondok nie memang bersih sangat. Kawsan halaman pun sangat bersih. Minum kopi petang2, seronok sungguh ramai2 disini.

Ha, rumah nie tepi sawah padi tauuu. Seronok betul kanak2 semua dapat main tepi sawah...

Kereta kami. Mitsubishi Grandis. Macam mana anda lihat dalam blog, macam tulah juga yang kami terima. Tak ada tipu2 punya.

Ini bahagian tepi rumah. Kereta Pak Su parking kat sini. Saga baru. Sangat selesa. Sangat jimat minyak. Oh yer, rumah nie, corner lot.

So, sangat berpuas hatilah kami semua dengan kondisi rumah nie. Selesa sangat2. Sayang sungguh sebab kami dapat 1 malam jer. Oh yer, katil2 yang disediakan, muat untuk 7 orang. Tapiiiii, En Rahim sediakan banyakkk sangat tilam extra, toto, selimut dan bantal. Oleh kerana kami ramai, bergelimpangan tidur di sofalah, depan tvlah, tepi tanggalah.. Oh yer, kawasan sebelah tangga pun dihias cantik sangat. Ada karpet tebal lagi.... Entah mana gambarnya entah...

Selesai segala pemantauan dan pembayaran pakej dengan En Rahim, kami semua berehat dulu. Petang baru keluar semua, nak jemput parents in law kat airport pula...

Berminat?

Boleh hubungi En Rahim di 019-4784 300

3 ulasan:

  1. bestnye kak... ni kat belah mane eh kak? bleh bagi ctc no homestay x?

    BalasPadam
  2. wah kak..bestnye rumah tu...kalu jalan jao mmg puas tido

    BalasPadam
  3. H Abadiey : Ada link blog dia, andcontact person pun akak dah bagi.. Memang best tau.

    Nur Hawa : Uishh...jatuh centa tau Hawa...

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com