Khamis, 8 Mac 2012

Langkawi : Pengembaraan Pertama

Assalamualaikum.....

Kami bertolak ke Langkawi dari Melaka, selepas Maghrib. Masa tu kita, Firdaus dengan hubby jer. Adam gerak dari PD direct dengan Pak Su n family. Kami berjanji akan berjumpa di R&R Rawang pada jam 10 malam. Kita dengan hubby kena jemput SIL kat asramanya di Sg Buloh dulu. On the way ke Sg Buloh, terpaksa berhenti di R&R Seremban sebab hubby terpaksa attend global meeting. Ala, teleconference. Sempoi jer meeting dok dalam kereta. Pasang speaker fon, buka laptop. Sampai ngantuk kita dibuatnya. Adalah setengah jam kot kat situ. Kami teruskan perjalanan ke Sg Buluh melalui highway KLIA, Utara. Dari KL lagi, kereta punyalah banyak atas highway. Tapi masih bergerak lagilah...

Selepas ambik SIL, kami teruskan perjalanan ke R&R Rawang seperti yg dijanjikan. Tapi sampai situ pun dah pukul 11 malam. Rupa2nya Pak Su pun baru tiba sebab kesesakan jalan raya yang sangat teruk. Kami teruskan perjalanan dan nak cari port untuk berhenti dan makan...

Konvoi 2 kereta, siap equipment walkie talkie setiap kereta untuk memudahkan komunikasi. Tapi, tetap terpisah. Setiap R&R penuh hingga melimpah ruah. 1km sebelum masuk dan 1km selepas keluar R&R pasti dipenuhi dengan kereta2 yang parking untuk berhenti rehat dan tidur.

Kami berhenti di salah satu R&R dan makan. Yang lawaknya, Pak Su entah di mana, dan kami pun entah di mana. Nasiblah...apa nak buat. Last2 kami bincang, siapa sampai dulu ke Jeti Perlis, dia tunggulah...heheheheh. Tak jadi nak konvoi dah sebab teruk sangat sesaknya.

Hubby drive sepanjang malam sebab kita memang sangat tak berdaya. Apa taknya, Khamis malam sebelum bertolak tu lagi kita dan kena diarhea yang teruk. Sampai muntah2. Pening, toksah cakaplah... So, dalam kereta tu masih merehatkan diri lagi dan mamai sebab telan ubat.

Akhirnya, kami tiba di Jeti Perlis pada jam 8.00 pagi setelah berhenti secara runcit2 di beberapa kawasan rehat. Oh yer, pagi esoknya, baru kita take over stereng sebab dah rasa sihat sikit dan hubby pula amik giliran tidur. Pak Su pun tiba lebih kurang sama waktu dengan kita...

Bila sampai Kuala Perlis, kami cari kedai makan dulu untuk breakfast. Elok pula jumpa kedai makan yang sedap. Siap ada ikan bakar fresh lagi pagi2 tu... Yummy...


 Gambar makanan dah tak ada.... Kebuluran tahap melampau, hehehehehe. Tupperware tu semua isi bekalan dari rumah. Ada lagi balancenya, kami makan juga breakfast tu... MIL dah siap masakkan nasi dan lauk pauk. Ada sambal telur, ada ayam goreng, ada daging goreng cili. Perghh..marvelous, wa cakap lu....


 Inilah Pak Su kita dengan anaknya yang ke-3, Asymeer. Percutian mereka adalah sempena keputusan UPSR Asymeer yang memenuhi piawaian... Alhamdulillah...

 Ha, ini 3 stooges. Adam dan Firdaus, 10 tahu, anak Pak Su pulak, si Asyrul tu 9 tahun. Memang berkepitt jerlah budak2 nie. Seronok tengok budak2 nie happy.

Walaupun penat dan letih, tapi kami bersyukur kerana akhirnya dah tiba di Kuala Perlis... Alhamdulillah...

Apa jadi di jeti? Nantikan episod berikutnya...hehehehhehe

4 ulasan:

  1. wah...best2....atok suko trip entry cenggini...hihi

    BalasPadam
  2. Awal feb ari tu saya aru jer kesana... Beramai2 jugak tu..mmg meriah...

    BalasPadam
  3. ini yg buat rindu nak blk kg, nak gi langkawai gak la

    suasana gituew biasa la khen semua nak jejalan

    BalasPadam
  4. Suhami : Taklah menarik mcm entry Atok tu, tapi akak sharekan juga disini...

    ainnoraini : A'aah, kita pun baca entry ain. Seronok kan ramai2.

    Lady Ayu : Mai..mai..mai.... Langkawi panggil Ayu..hehehehehhe

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com