Khamis, 8 Mac 2012

Langkawi : Permulaan Perjalanan

Assalamualaikum.....

Maka dengan rasminya, bermulalah episod pengembaraan kami ke Pulau Langkawi....

Apa-apa pun, sebelum ke Langkawi, mesti nak kena booking penginapan dan kenderaan. Maklumlah, cuti umum yang panjang dan bersambung pula dengan hujung minggu, semua hotel dan apartment telah penuh dibooking. Walhal, kita dah mula mencari 4 bulan sebelum tarikh percutian tu lagi. Hubby pula tak nak duduk di chalet. So, setelah puas mencari, survey dan bertanya, maka kita terjumpa dan jatuh hati dengan guest house ini. Ianya ala-ala homestay tapi sangat berbeza. Sangat menarik. Boleh klik sini : http://dsentosalangkawi.blogspot.com/

Kami merancang untuk berada di Langkawi selama 5 hari 4 malam. Maklumlah, selama ni, ada yang kami pergi 2H1M dan ada juga 3H2M, tapi macam x cukup pula. Terkejar2 sikit. So, untuk keselesaan, kami tambahkan sehari lagi.

Percutian kali ini adalah bersama dengan parents-in-law, anak buah kami Firdaus yang sebaya dengan Adam, serta dengan keluarga Pak Su kita di Port Dickson. So, keseluruhannya, kumpulan kami adalah seramai 12 orang. Ramai kan..... Memang kita dan hubby dah lamaaa teringin nak bawa parents-in-law pergi bercuti. Masalahnya, FIL kita tu tak berapa gemar nak berjalan jauh. Punyalah susah nak memujuknya.... Bukan apa, sebagai anak, kami berhajat, biarpun cuma sekali untuk mereka bercuti dengan hasil mereka membesarkan hubby... Last2, Adam juga yang berjaya pujuk. Sampai FIL kita kata : Nie, Adam punya pasallah Atuk terpaksa ikut nie.... hehehehhehehee.

Namun, memandangkan FIL tak berapa sihat dengan usia yang lanjut, perancangan asal untuk menaiki 2 biji kereta kami tukar. Asalnya nak pandu kereta kita dengan kereta hubby. So, kita bawa separuh ahli rombongan dan hubby bawa separuh lagi. Sebabnya tak nak susahkan FIL memandu beratus kilometer. Sekali, bila fikir2 semula, kami putuskan bahawa eloklah FIL dan MIL naik flight saja. Mudah. Sekejap, tak memenatkan dan lebih jimat. Itupun kami belikan tiket FireFly sebab tak nak mereka merempuh kesesakan di LCCT. Kebetulan BIL kita kerja di Subang, so dia lah yang tolong hantar ke airport dan pick-up dari airport. Syukur, selesai semuanya.



Berbalik kepada penginapan, bila kami cuba hubungi owner homestay ini, iaitu En Rahim Abdullah (019-4784 300), kami dimaklumkan bahawa hanya ada satu malam saja kosong, iaitu malam pertama kami disitu. Tapi, oleh kerana kami memang nak sangat duduk disitu, hubby suggest, kami duduk juga disitu utk malam pertama. Yang selebihnya, En Rahim yang sangat baik hati itu telah bantu mencarikan penginapan yang lain. Bukan itu saja, kami juga menyewa kereta dari beliau, serta mengambil pakej Island Hopping dan Kilim Geopark River Cruise juga dengan beliau. Mudah sangat-sangat. 1 stop center. Semuanya diuruskan dengan baik oleh beliau. Ada juga 10% rasa ragu2 sebab kami hanya berurusan melalui telefon sahaja. Tak pernah kenal, tak pernah jumpa dan tak ada contact yang kenal pun. Tapi, atas dasar percaya, maka kita tawakkal sajalah....

Sedikit demi sedikit duit deposit kami bank-inkan pada beliau. Hanya deposit, setakat memberi tanda urusniaga dipersetujui. Selebihnya, kami akan bayar sebaik saja tiba di Pulau Langkawi nanti.

Oh yer, bukan setakat itu saja, tiket feri ke Langkawi juga diuruskan oleh En Rahim. Kami tiba di jeti nanti, hanya perlu ke kaunter untuk ambil tiket saja.

Kita berdoa sangat-sangat semoga semua urusan di permudahkan, dan semua ahli keluarga akan menikmati percutian dengan gembira. Paling penting, agar kami tidak ditipu.... Tetapi entah mengapa hati ini percaya sungguh dengan En Rahim walaupun rasa ragu2 harus ada sekelumit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

http://therainbowjourney.blogspot.com