Khamis, 1 Mac 2012

Makan di Melaka : Roti Tampal, Bt Berendam

Assalamualaikum.....

Waahhh, dah tengah hari nie. Perut pun dah berkeroncong jer kan....

Tiba-tiba teringat pula roti tampal di Batu Berendam. Tak tau roti tampal? Eissshhh... keshiaannn... Meh citer sikit pasal roti tampal.

Roti tampal ialah roti canai yang telah di masak, dan digoreng lagi sekali dengan telur ayam yang bertampal di permukaannya. Meh tengok rupanya :


Yang ini, pinggan Adam. Dia mula-mula tu nak order 2 keping, tapi kita tegahkan dulu. Tamakkan Adam tu... Dia memang 'hantu' roti canai juga, selain dari jadi hantu spagheti, burger dan bermacam-macam hantu lain. So, roti nie, tebal. Takkan sama macam kat kedai mamak. Roti canai kat kedai mamak zaman sekarang kan, nipiss jer kan. Melayang-layang sekeping. Kadang-kadang, nak kena makan 2 keping, baru kenyang sikit.

Tak adalah rasa lain dari yang lain, cuma roti dia tebal dan lembut. Bila ditampal pula dengan telur, maka rasa dia penuh berlemak (dan berkolesterol). Paling special, kena makan dengan sambal tumis dia. Mak oiii, power betul sambal dia. Sambal ikan bilis biasa jer... Tambah pula dengan kuah dhal. Yang kat bawah nie, kita punya set. Nampak tak, telur tu dah 'selimut'kan roti canai tu.

Lokasi kedai nie adalah di tepi sungai, Batu Berendam. Tepi jalan besar, diantara kilang-kilang National Semiconductor (NS), dan beberapa kilang lain. Ala, kalau nampak CIMB bank sebelah kiri, kedai nie depan sikit sebelah kanan. Rupa paras kedai dari luar, macam nie lah..


Yang kat bawah nie pula rupa paras dalam kedai. Kalau Sabtu pagi, mak datukk...penuhhh.. Pukul 10.00 pagi tu, nasib2 jer kalau ada belen-belen.




Antara menu sampingan wajib ialah telur separuh masak macam kat bawah nie...

Kedai nie, semata-mata ada roti canai, nasi lemak dah siap bungkus dan telur rebus. Lain-lain produk, memang x wujud. Itupun, orang penuhhh juga....

Sesiapa yang nak mendekati masyarakat Melaka, bolehlah cuba sarapan di sini....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

http://therainbowjourney.blogspot.com