Dah tengok ke cerita nie? Mungkin tak ramai yang rasa nak tonton cerita nie kan. Tapi kita cuba juga tengok. Sedangkan Datin Ghairah pun kita beri peluang, apatah lagi dengan cerita ni kan. Nak juga tahu apa isi kandungan Songlap nie....
Lakonan mantap Shaheizy Sam dengan Syafie Naswip yang telah diketahui umum bakat lakonan mereka. Mereka berdua adalah adik beradik. Shaheizy abang dan Syafie adik. Abangnya ialah seorang kaki judi yang menyara hidup dia dan adiknya dengan membuat kerja menjual bayi2 luar nikah melalui satu sindiket. Si abang menjalankan komunikasi dan urusan dengan sindiket, sementara si adik, jadi tukang serah baby kepada pasangannya. Dalam proses ini, mereka songlap sikit. Katalah garha bayi tu RM20,000.00. Harga itu harus di bank-inkan dalam akaun sindiket. Semasa proses serah bayi, pasangan harus bawa lagi RM8,000.00 cash untuk abang dan adik nie 'makan' sendiri. Ini tanpa pengetahuan sindiket yang 'memayungkan' mereka.
Rupa2nya, adik beradik ini dilahirkan oleh seorang pelacur. Gambar di atas, seorang pelacur yang tak tahu langsung remaja tu adalah anak kandungnya. Si adik nie, sangat rindukan belaian kasih ibunya. Dia langsung tak tergamak nak mengaku dia adalah anak kandung pelacur tu, sebab takut dia dihalau. Sebabnya, lepas dilahirkan pun, perempuan tu 'buang' mereka adik beradik. So, everytime dia nak jumpa mak dia, dia kena 'melanggan' mak dia. Sekadar berborak, dia kena bayar macam pelanggan biasa.
Syafie nie, ada seorang kawan baik. Namanya Razak. Sayangnya Razak ni ialah penagih dadah tegar. Sungguhpun mcm tu, Razak nie baik dengan dia. Dia selalu teman kawan dia hisap dadah. Baik kan? Satu malam, macam biasa, dia temankan kawan dia. Dlm mamai2 tu, kawan dia bagi duit banyak kat dia, katanya ikhlas. Dia pun high sampai tertidur. Si adik selimutkanlah kawan dia dengan jaket si adik nie. Bila pagi, dia gi beli breakfast. Bawa balik nasi lemak, air, roti canai...dia kejutkan kawan dia. Rupa2nya kawan dia dah mati sebab najis dadah. Dia takut, terus dia lari dari situ.
Razak ada adik perempuan remaja yang mengandung. Siapa bapaknya, filem ini silent tentang maklumat tu. Tapi satu hari, adik dia x tahan, lari dari rumah. Dia nak cari kakaknya di Kuantan. Ada kakaknya tinggalkan alamat dan no. fon. Sampai di bus stand, begnya di ragut. So, dia duduk termenung kat bangku bas station tu.
Seorang wanita berumur datang dan duduk sebelah dia sambil cuba2 buka bicara. Cuaca panaslah, baper bulanlah...bla..bla..bla.... Dia ayat budak nie, terus bawak pergi minum. Lepas tu buat baik2, terus dia bawa ke rumah sindiket. Rupa2nya rumah sindiket tu ialah sindiket penjualan bayi. Mereka perangkap remaja2 yang mengandung dan bela baik2. Make sure bagi makan ubat dan vitamin ikut time, rehat yg cukup, makanan berkhasiat, medical check-up. Dah ada satu klinik khas kaw tim dengan sindiket untuk make sure kesihatan. Mana2 ibu mengandung yg tak ada penyakit dan baby sihat, harganya melambung tinggi.
Selepas ibu melahirkan, anaknya mereka ambil utk jual dan ibunya dijual ke sindiket pelacuran. Si adik rasa sangat tak best sbb hatinya baik.
Si adik kenal jaket yang adik Razak bawa lari bersama masa dia tengah menyapu kat rumah sindiket. Serta merta dia tahu budak tu adik Razak. Dia berazam untuk selamatkan adik kawan dia. Bila budak perempuan tu bersalin, dia ke hospital untuk bawa lari adik Razak dengan babynya sekali. Songlap 2 benda : Baby dan bakal pelacur.
At the end, setelah bergaduh dengan bapak Razak yang carik adik Razak sekian lama, mereka berjaya naik bas ke Kuantan. Oh yer, adik Razak mengandungkan anak kepada bapaknya. So, baby tu adalah anak bapak dia, merangkap cucu bapak dia. Keji sungguh.
Ada juga yg tak logik. Paling ketara, adik Razak dah ada alamat dan no. tepon kakaknya di Kuantan. Kalau duit hilang, kenapa tak call jer kakak dia? Takkan nak call pun susah? Bukan jauh pun Kuantan dengan KL tu.... Tunggu jer lah kat bas station tu.
Tapi, cerita nie sangat wajar ditonton oleh ibu bapa dan remaja. Satu pengajaran tentang realiti di luar sana. Satu motivasi bagus untuk mendidik masa depan anak2. Ini adalah contoh ketara untuk dijadikan sempadan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
http://therainbowjourney.blogspot.com