Apa yang terjadi dalam perjalanan? Yer, bila dah masuk negeri Perak, asyiklah ternampak signboard yang ke Grik tu. Kita tanya hubby, nak tak jalan2 ke situ? Baru hari Khamis, cuti masih berbaki sampai ke hujung minggu. Hubby dalam separa sedar sebab terlalu mengantuk, hanya serahkan pada kita untuk buat keputusan. Yess...satu lagi laluan baru untuk diterokai.
Kita terus menghala ke exit Kuala Kangsar/Grik. Perancangan kita ialah untuk meneroka lebuhraya Grik menghala ke Kelantan di pantai timur. Hubby dan anak2 memang x pernah langsung ikut laluan nie. Kita jer pernah sekali, itupun kira2 20 tahun yang lepas. Hadiah dari mak dan ayah sempena keputusan SPM cemerlang masa tu : Holiday seluruh semenanjung Malaysia. So, kita nak repeat semula laluan tu sebab 20 tahun yang lepas, laluan tu di kira masih terlalu baru. Pasti sekarang dah berubah.
Perut dah semakin lapar, badan dah semakin letih, tapi belum jumpa lagi tempat makan yang meyakinkan kami untuk mencuba. Akhirnya, kami tiba di pekan Grik dan berhenti untuk makan di sebuah restoran mamak pertama yang kami jumpa. Agak bernasib baik sebab lauk2nya sedap dan restorannya sangatlah bersih. Hatta bilik airnya pun sangat bersih. Mungkin kalah toilet di beberapa hotel ternama. Tengah2 menjamu selera, mata terpandang pula signage klasifikasi kebersihan restoran tu adalah A. Wow, jarang jumpa restoran dengan gred A nie..
Kami teruskan perjalanan dan memulakan pendakian meredah banjaran Titiwangsa. Sangat menakjubkan pandangan segala kehijauan tumbuhan yang memenuhi pandangan. (Apsal pakai ayat buku sastera lak rasanya nie ekk ?). Dan bila di puncak, kami dapat lihat ada satu kawasan rehat. Mula2 kita malas nak berhenti, tapi hubby ajak juga lepak2 sambil minum air. Ok lah... Perut memang masih sangat kenyang lagi. Cantik betul pemandangan kat sini. Udara pun sejuukkk jer. Ala-ala suhu dalam pendakian ke Cameron Highland tu.
Ini kan, kalau mat saleh tengok sure jeles. Subhanallah..cantikk
Konon2 nak suruh diorang action menahan langit di kepala.. tapi mcm x jadi jer...
Ha, korang buat tabik spring jer lah anak2 yer...
Ehh, ada pulak nursery di situ... Sempatlah snap2 sikit...
Kemudian kami teruskan perjalanan. Sungguh x sangka, sekejap jer lepas tu kami dah sampai ke Jeli. Oh yer, kami merentasi sebahagian dari Tasik Banding tau....
Kita x ambil gambar sebab tak tahu perjalanan berapa jauh lagi. Kalau boleh tak nak sampai hari gelap di laluan nie. Tambahan pula hujan renyai2. Tapi, kita googlekan gambar sebagai panduan imej.
Sebagaimana orang berbasikal nie merentas jambatan, begitu jugalah kami memandu merentasinya..chewahh
Ini dari sudut tepi. Jambatan yang sama. Nak nengok lagi, google yo lah... Banyak bonar gambar ehh...
Kami tiba di Jeli, agak lewat petang. Rasanya selepas Asar. Ada 2-3 tempat kami tengok ada banyak gerai2 orang jual2 barang Thailand. Radio pun dapat siaran Thailand jer masa tu... Memang confirm ada di sempadan lah rasanya tu. Nampak signboard ke Rantau Panjang. Terus hubby belok, cuba ke Rantau Panjang terus. Memang dekat betul rupanya Rantau Panjang dengan Jeli. Sempatlah hubby belikan juga jaket bola untuk anak2. Harga memang murah! Selepas tawar menawar, kami dapat kurang 50% lagi dari harga yang dah habis murah kami dapat di Padang Besar tu. Ish..ishh... Syukurlah kami x jadi beli kat Padang Besar hari tu....
Memang letih betull...
Kami terus cari hotel yang pernah kami duduk dulu. HOTEL HARMONI yang terletak di tengah2 bandar Kota Bharu. Kita pernah mention dalam entry di SINI. Kami ambil family room. Ada 1 katil queen size dan 2 katil single. Ngam2 untuk kami ber-4. Selesalah tidur. Selepas berehat sebentar dan membersihkan diri, keluarlahkan, cari makan pula.
Hubby nampak orang ramai di stadium. Tak taulah ada apa, tapi kami berhenti di situ. Jalan2. Kita sebenarnya tak berapa setuju sebab dah letih sangat rasanya. Ingat nak cari kedai ke, restoran biasa jer. Makan macam biasa, tapi hubby nak jalan2 juga. Katanya rugilah datang jauh2 kalau tak explore betul2. Dan kita sangat bersyukur sebab ada suami yang bijak dan berwawasan nie (eh, masuk bakul angkat sendiri?) sebab kami memang seronok di situ.
Ha.... sebenarnya kat situ ada Ekspo Makanan Halal Antarabangsa. Perghhh.... macam kat obersiee pulak kan. Meh tengok satu2.
Ini adalah makanan halal dari China. Dalam polisterine tu adalah mee yang mereka uli tepung disitu, lepas tu main tarik panjang2 sampai jadi halus. Alaaa..mesti u all selalu tengok kat tv kan...
Inilah mee nya. Di rebus tepung tu, lepas tu dia campurlah dengan kuahnya... Sedapp sangat.
Oh yer, peniaga di gerai dari China nie ada 3 orang lelaki. Sorang tu adalah Chinese Muallaf Malaysia, dan yang dua lagi tu adalah rakyat China. Memang langsunggg tak paham cakap apa pun. Hubby cakap sikit2 Mandarin dan Hokkien languages dengan diorang. Bukan main seronok lagi diorang borak. Jadilah sikit itik serati dengan itik jawa bercakap. Hubby siap buka h/p, tunjuk gambar dia makan di restoran mereka di China. Cook di sini rupanya dari cawangan restoran tu juga di bandar yang lain. Lagilah seronok diorang sebab hubby adalah pelanggan mereka di China.
Selain daripada tu, ada baaanyaaakkkkk sangat makanan dari Thailand. Segala makanan yang selalu kita nampak di TV tu, terpampang depan mata. Yer lah, nak pergi ke Hatyai ataupun Yala nak merasa food tu, takut pulak dengan bom2 segala tu. Seronok sangat2 kita membeli kat situ. Oh yer, pricenya tak murah yerr... Tapi oklah, berbanding dengan kos nak pergi ke seberang sana kan...
Ini, entah apa nama noodle entah... Kita punya. Sedapppp sangat. Kucai tu kena makan buat alam dengan mee ni tau... Perahkan limau dulu pada mee tu. Udang pun banyak.
Ini Adam punya mee tomyam. Mak oii..menyengat. Tapi sedap. Isi pun banyak.
Ha...ini special. Sate kambing. Cuba teka satu cucuk berapa? Siapa dapat teka tepat atau paling dekat, kita akan pos kan souvenier. Letak dalam ruangan komen yer...
Tapi hubby cakaplah... Henkuii! Terpana sekejap orang2 di gerai tu. Diorang memang faham apa maksudnya dan diorang pun x menafikan kebenarannya...
Walau apa pun, despite the looks, the taste was soo incredible. Sangat sedap dan ternyata sangat berbeza dari sate di Malaysia. Even the teaste of the mutton was soo different.
Yang di atas tu, antara pilihan makanan yang lain.
Teh tarik yang di jual di situ. Ada 2-3 gerai yang jual teh tarik. Kita tertarik dengan 'plastik' bungkusannya. Plastik tu direka macam tangkai jer. Bijak sungguh! Penjimatan plastik yang ketara dan air pun x tumpah. (Sila abaikan iklan kotak berwarna merah dengan pasangannya yg berwarna purple tu. Tak baik utk kesihatan yer..)
Oh, di situ ada disediakan satu kawasan berbumbung yang disiapkan meja dan kerusi. Kami bernasib baik sebab dapat table. Tak lama lepas kami sampai, bukan main lagi ramai orang yang cari table x dapat kat situ.
Dah kenyang, jalan2 plak kat kawasan gerai2 yang menjual berrrr macam2 batang. Kain baju toksah cakaplah. Siap barang dapur dan barang tukang pun ada sekali tu... Eisshh..meriah betul Kota Bharu.
Lepas kenyang, dah meltkan calorie sikit, kami terus balik hotel. Tak larat dah nak jalan lagi. Tidur lena sampai ke pagi....
atok teka secucuk 3 hengget?
BalasPadam1 cucuk RM0.80..betul tak?
BalasPadami cucuk RM0.50
BalasPadamala, rm 1.20 aje tuh!...
BalasPadamsalam.. emm.sy teka... secucuk.. antra harge RM 2.00- RM 2.50 la...
BalasPadamsalam... emm sy teka. secucuk dalam rm2.00 sehingga rm2.50..
BalasPadamsalam..sy teka.secucuk dalam rm2.00 - rm2.50 jerk.. :)
BalasPadamsalam sy teka.. secucuk dalam rm2.00 - rm2.50 jerk.. :)
BalasPadamuntunglah keluarga akak suka jalan2 hehehe....Kota Bharu dan Kelantan sgt sebati dgn saya sbb mak saya org Kelantan hehehehe
BalasPadam