Jalan-jalan ke Kota Bharu 2011 - Part 3

7 comments
Assalamualaikum.....

Sihat ker semua? Alhamdulillah. Opss..ada gak yang terselit x sihat. Erkk..berjangkit dari kita? Bukan..bukan... bukan kita....
Makan ubat yer...jangan jadi mcm kita... hehehehe

Orait...kita sambung....

Dah tiba ke KB yer?

Mula2 sekali kena cari tempat bermalam. Diskas dulu dgn hubby, nak pergi mana dulu? Hubby kata nak shopping terus pun boleh? Tapi kita rasa x selesa. Kita suggest cari tempat utk stay overnite dulu. Nak kena rehat gak kejap. So, dah biasa ke Renaissance, kami pun terus ke sana. Tapi aduhai..penuh la pulak. Tu laa..x booking dulu kan. Hubby pun jalan2. Kita kata, cari hotel biasa2 pun x per. Kalau di KB nie, kita confident sket dgn hotel standard biasa sebab usually Muslim punya, so terjamin sikitlaa kan.

Pusing punya pusing, jumpalah hotel bajet betul2 berdepan dengan menara jam di roundabout dalam bandar tu. Namanya Hotel Harmoni, terletak di Jalan Temenggong. (tel : 09-7447558). Ok..x ada benefits yer promot nie. Cuma untuk kemudahan sesiapa yang perlukan sahaja.

Kami ambil bilik yang ada katil double. Cukuplah utk kami suami isteri nak meluruskan pinggang. Surprise sebab harganya cuma RM65.00 sahaja. Nett tau..x der plus minus ke..++ pun x der. Memang sangat murah. Bayangkan kalau bilik untuk family, boleh masuk 6 orang (atau lebih) dengan 2 katil double (4pax) dan 2 single bed (2 pax), hanya RM150.00 satu malam. Ok..ok...tak percaya ekk? Ingatkan macam rumah tumpangan Ah Seng ekk? (Erkk..guna nama uncle hubby plak). Meh tengok gambar bilik kami.



Bilik memang kecik. Tapi kalau nak solat, memang ada space. Nak jemaah husband and wife pun boleh. Furniture sangat basic. Bantal pun sorang sebijik. Tapi sangaaaaattt BERSIH! Tilam dan bantal sangatlah selesa. Tapi yerlah...katanya baru setahun dibuka. Mungkinlah sebab tu. Tapi jelasnya, sangat puas hati...berbanding dengan Seri Malaysia Kuala Terengganu. Kenapa? Nantilah kita ceritakan pengalaman pahit dengan mereka. Back to KB, harga ini TERMASUK breakfast tau! Ha...macam mana? Walaupun bukan buffet, tapi adala makan dan minum di waktu pagi. Apa yang kami makan? Eh..itu story lain hari la kan.....

Bila dah masuk bilik mcm nie...katil pula memanggil2...on jer air cond...terus landing dulu. Dapatlah setengah jam rehatkan pinggang yang asyik duduk dalam kereta nie. Kemudian, kami refresh dan keluar semula selepas zohor.

Mana pula kami nak pergi lepas nie?
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

7 thoughts..

sailaaf berkata...

boleh tahan la selesa gayanya. ni dalam bandar tu eh?dekat dgn lhdn ke?

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata...

dapat bilik gini just bayar 65 hengget kira ok sangat la tu

mujagirl92 berkata...

la,, suke datg klate ek? welcom3!! wink4 <3

Aziela berkata...

sailaaf : x sure la dekat dengan lhdn ke x....hehehhe tp memang betullah..dalam bandar

Aziela berkata...

Lady Ayu : Memang ok kan...

Aziela berkata...

nurmujahidah : jalan2..shopping2...sukaa...hihihihi

Unknown berkata...

wah...selalu juga akak travel ke Kelantan ni yer?