Sandwich Roti Telur

2 comments
Assalamualaikum.....

Adalah one fine day tu, kita macam rajin la pula nak bawa bekal ke opis. Maka wujudlah kejadian gambar di atas. Sandwich Roti Telur.
Ada stok roti di rumah. So, nak yang mudah, maka kita buatlah sandwich nie. Roti tu di celur dalam telur yang dipukul bersama hirisan bawang, hirisan kacang panjang dan hirisan cili padi sedikit. Gorengkan dengan api perlahan. Minyak tak perlu banyak..nanti roti jadi oily. Kita buat dua keping roti macam nie. Lepas tu kita lapiskan dengan butterhead salads dan picitkan sos cili. Kalau nak sedap, picitkan mayonis sekali... tapi x ada stok pula.

Apa-apa hal pun, mengenyangkan, balance and healthy dish. Maybe boleh repeat untuk hubby and Adam this weekend.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 thoughts..

Suhami Ahmad berkata...

wah, sidapnya...tiber2 atok rindu nak makan lempeng

Aziela berkata...

Suhami : Khas untuk atok...akak dah publishkan gambar lempeng tu ha...