Mari kita sambung kisah perjalanan kita nie yer.... Nanti lama tertunggak..jadi sejuuuk pula. Tak best kan bila dah sejuk nie...
So pagi tu, kami menikmati pemandangan kampung2 dan pantai yang nyaman dan permai. Memang seronok betul rasanya. Di samping tu, dok usha2 gak la, kedai mana nak berhenti untuk breakfast kan. Everytime nampak kedai yang macam best, dah terlajak. Hubby x kisah kalau nak u-turn, tapi kita kurang gemar nak u-turn2 nie. Kalau dah lepas, terus jer la..maybe kat depan ada yg lagi best.
Dalam pada tu, kami dah melepasi kawasan Marang. Tapi masa nak sampai di salah satu traffic light, nampak signboard yang bertulis Laluan Alternatif ke Kota Bharu melalui LPT II. Kami decided untuk cuba jalan tu.
Mula2 masuk simpang, jumpa kampung, lepas tu jumpa kawasan sunyi..dengan belukar. Takut juga..betul ke nie? X sesat ke? Minyak pulak, tak sampai setengah tangki. Kalau penuh, bolehla nak pusing ke sana sini. Tapi syukur, jumpa juga pekan2 dan signboard yang jelas. Alhamdulillah..laluan yang betul. Kami teruskan perjalanan.
Tibalah kami di satu simpang 4 yang agak besar dengan laluan hadapan menunjukkan LPT sudah bermula. Kawasan nie berdekatan dengan kawasan Bukit Payung. Nampak pula ada warung betul2 di simpang tu. Hubby kata bolehla nak try. Kita x kisah sbb nampak mcm best sebab ada orang bakar2 ayam. Mesti best pagi2 makan ayam bakar panas2.
Inilah kedainya:
Nama kedai nie Ani Nasi Kerabu. Entah macam mana boleh hilang pulak gambar banner dia. And yang pakai tudung purple kat kaunter makanan tulah ownernya, Kak Ani. Ada macam2 makanan sarapan kat sini. Segala jenis nasi ada. Nasi lemak, kerabu, minyak, berlauk, dagang dan apa ntah lagi. Kuih muih pun sikit punya banyak la.
Ini pinggan hubby. Dia nak rasa nasi minyak. Dia minta lauk daging bakar dan ayam bakar. Harganya RM5.00. Tapi memang sedap betul. Daging bakarnya lembut betul dan rempah ratus yang menyalut daging dan ayam nie pun memang sedap betul.
Ini pula pinggan kita. Ambil nasi berlauk. Cuma ayam bakar. Harganya RM3.00. Makan dengan kuah gulai yang sebelah kiri tu. Ada hirisan timun dalam gulai tu. Gulainya pula memang sedap betul. Campur pula dengan sambal belacan, memang menyengat tak ingat. Lain kali kena singgah lagi rasanya.
Ini adalah meja yang penuh dengan lauk pauknya. Kami sampai di kedai nie dalam pukul 7.40 pagi dan separuh kedai telah dipenuhi pelanggan. Menjelang pukul 8.00 pagi, semua meja dah dipenuhi pelanggan. Bila kami hampir selesai makan, ada sepasang suami isteri dalam lingkungan umur 50an menyapa dan minta kebenaran untuk berkongsi meja. Kami persilakan. Tak ada masalah. Apa salahnya kan....
Dalam menjamu selera, kami pun berbual lah. Pasangan nie kata ini kali ke-2 mereka sampai. Kali pertama, x dapat makan ayam bakar sebab dah habis. Mereka kata mereka lewat sikitt jer. Kali nie mereka datang awal sebab nak rebutkan ayam bakar tu. Maknanya warung nie memang femeslah di area situ dan area sekitar yang jauh sikit.
Semasa makan juga, couple nie tanyalah kami dari mana nak ke mana..anak mana...bla..bla..bla... Bila kami cerita saja jer nak jalan2 ke KB..diorang mcm terperanjat sikit la. Agaknya dalam hati : Sajer jalan2...diorang nie ingat KB tu dekat ke..? Hehehhehe...
Then diorang ceritalah, kalau gie Rantau Panjang...naiklah sampan seberang Sg. Golok tu...pergi ke Munduk. Beli beras kat sana. Memang murah dan sedap berasnya. Dia kata yang paling mahal dan sedap ialah beras Cap Pisang dan juga Cap Serindit. Kami anggukkan jer. Dia kata tambang bot baru seringgit. Kami pun dengar jer sambil melopong sebab memang x dapat imagine lagi mcm mana. Kami aim, nak jalan2 ke Pengkalan Kubor dan rantau Panjang jer. And malam, nak tawaf wakaf Che' Yeh. Abis...dah orang bercerita, kita dengarkanlah. Boleh juga kutip pengalaman orang lain.
Selesai makan dan bersalam2an, kami teruskan perjalanan. Melalui LPT II...ingatkan mcm mana lah. Rupa2nya tak siap lagi...hehehehhe. Dia tembus sampai ke Permaisuri. Maka lalulah juga Jerteh dan sebagainya.
Akhirnya tibalah kami di Kota Bharu....
(bersambung...)
6 thoughts..
bab makan nie buat kancil lapar...hehe
kancil : Dh lunch hour nie...dah boleh makan..wiii....
wah..sedap nampak nasi minyak tu. ayam bakar? wah..faveret.
hehehe, best kan jalan2 then makan2...
kena buat selalu hehhehe
NasZ: memang sedappp...u should try nie....
Azham : nnt kawen..boleh dating selalu yer...hehehhehehe Kalau dh ada anak pun perlu juga dating sekali sekala...
Catat Ulasan