Rabu, 5 Oktober 2011

Rumah Dari Kotak

Assalamualaikum.....

Ishhh...sibuk sungguh rasanya hari nie. Nak BW segmen Cik Lulu pun belum tercapai lagi impian kita..huhuhuhu... Banyak rumah nak pergi nie...

Cakap pasal rumah..sebenarnya Adam ada projek sekolah. Cikgu dia bahagikan group. Setiap satu kumpulan mesti siapkan sebuah rumah yang diperbuat dari kotak. Salah seorang ahli kumpulan dia dah siapkan. Memang cikgu pesan suruh minta bantuan dari family. Tapi hubby kita plak yang eksaited nak buat. Maka Sabtu malam tu kami anak beranak pun mengerjakanlah kotak untuk dibuat rumah. Sampai jam 3 pagi baru dapat tidur. Kita sampai dah tergolek kat atas lantai. Ngantuk. Tapi papa dia gigih siapkan. Adam jadi pembantu... Hasilnya...

Nampak yang warna putih tu? Dalam gambar nie tak berapa clear, tapi sebenarnya ada 'cermin' di situ dibuat dari cling wrap plastic. Yang putih tu langsir la. Konon-kononnya sliding door la kan..hahahaha.


Rumah dari kotak songkok yang diwarnakan. Bumbung dari kotak biasa yang besar tu. penutup kotak tu kami potong dan siatkan lapisan luar untuk dapatkan alur berbentuk bumbung ni.


Tingkap sebelah sini, boleh lipat-lipat.


Tingkap yang ni, buka seperti daun tingkap biasa.

Oh..lupa. Langsir putih adalah sebenarnya tisu yang dilipat.

Ok..Amacam?

8 thoughts..:

Lulu Caldina berkata...

ekeke, lulu pun belum selesai BW lagi, line tenet tak mengizinkan :)

Rahmah Ram Ram berkata...

kreatif tu ... cantik. mesti dpt markah banyak.

Suhami Ahmad berkata...

wah.....santek...zaman atok dulu takde pun buat2 cmni...teringin atok nak buek

Aziela berkata...

Lulu : Tu lah kan... Nak balas kunjungan pun ber'chenta' nie..

Aziela berkata...

Rahmah : Entahlah..rasanya org lain punya mesti lagi menarik.

Aziela berkata...

Suhami : Atok mesti lagi kreatip kan... Ini papa dia buat yg sempoi jer...

Gen2Merah berkata...

wowww... kreatifnyaa... ada harapan Adam jadi pereka teknologi di masa depan ni.. harap2 lah kan.. amin..

Aziela berkata...

Gen2Merah: eeerrr...Papa adam kot yg kreatif...tp ok la...mereka buat bersama dan saling memberi pendapat. Ishh.. Aminnn cikgu..

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink