Selasa, 11 Februari 2014

Mee Goreng Biasa-biasa Je...

Assalamualaikum.....


Minggu lepas punya ni. Dah selamat makan minggu lepas...cuma entrynya jer hari ni.

Teringin nak makan mee goreng yang dimasak sendiri. Kita dulu2 pernah goreng mee and it was a total disaster. So, macam fobia. Tapi ada la juga sekali sekala terrrrrpaksa masak kat rumah mak. Tapi bahannya mak atau ayah dah siapkan. Consider tolong2 jer lah.

Last week, dek teringin sangat, hantam sajalah. Buat sendiri untuk sendiri makan, jadi ke tak...nasiblah. Dasyatkan...? Nak goreng mee pun fobia ke? Hahahahaha...  Turn out ok jer.... apa yang susah sangat... Susah sebab fobia 12 tahun lepas jer rupanya....

Tak yah resipi lah...semua orang pun pandai. Yang ini, kita tumbuk cili api 7 ulas yang kecikkk tu, bawang putih dengan bawang kecik seulas each. Tumis...masukkan air sikit, masukkan ayam dan batang sawi. Lepas tu masukkan mee, daun sawi, tauhu dan pecahkan telur. Gaul dengan kicap sikit. Settle!

Hubby dah request... Tu lagi satu yang buat kita fobia. Hubby is extremely high taste. So, bila masak kurang sedap...hubby kondem kaw2 punya. Mak fobia nokksss.... Takutttt nak masak lagi. Yang mana dishes pernah kena kondem memang kita blacklist terus. Huh...lemah semangat okeh...

Lepas ni kena banyakkan praktis la.. Adam kan nak duduk dengan kita. Dah berangan nak masak2 selalu untuk dia...yeaayyy..!!

.

31 thoughts..:

t.a.t.a berkata...

Kak, kalau hubby macam tu, memang risau nak masak. jadi fobia aa. lebih rela la makan luar. so bila tak sedap boleh sama-sama kondem tukang masak tu.


hahaha.

makchaq berkata...

Nampak sedap...

Teringin pulak nak goreng mee hari ni

Nurzakiah Hanum berkata...

nampak sedap

Kakzakie berkata...

Ala Ziela apa pulak nak diblacklist. Mana tahu yg tak sedap masa tu bila masak sekali lagi lebih sedap. Kena buat sampai berjaya..

Shamsiah Abdul Rahman berkata...

K.Sham fobia nak masak mihun goreng Singapore. Seumur hidup.. baru 2 kali jer try.. tetap x menjadi..

asyifa mustaffa berkata...

Nmpk cam kedai mamak pnya je kak...mengiurkan!!!

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

husband akak memang tak berani kondem sebab nanti akak besarkan mata... 'tak sedap takyah makan'.. hahaha.. tapi kalau akak sendiri rasa tak sedap contohlahhhh masin ke apa kekan.. nanti akak salahkanlah.. garam tu jenis taruk sikit jer dah masinlah.. belacan tu tak sedaplah... apa2lah bahan masakan tu akak akn cakap tu punca tak sedap, kakakaka...

:: Mrs.Eady :: berkata...

SEDAP NYERRR....!

lieyalatif berkata...

ooo kirenye cik abe akak ni pengkritik hebat la kak yeak heheehehe..takpe kak ..prektik make prefect kan...

tapi tgk mee goreng akak mcm power tu...nampak sedap tu...lieya suke style akak buat nie...tak kering sgt...sedap tu...lieya pun suke mee goreng hitam2 kicap sikit...mmg nampak membukak selere....

aizamia3 berkata...

memula dulu ciklan suka nau kondem ina punya masak.. tapi la ni takde dah.. apa yang ina masak dia makan.. hehehe.. tapi jangan tanya masak apa.. menu semua senang2 je.. janji perut anak2 kenyang.. ;)

Daddy Ziyyad berkata...

hubby boleh jadi juri Masterchef next season...ekekekekeke..

mee goreng ni, kalau kena gaya masaknya, tak perlu banyak sgt rencah..tgk mcm sesetengah mee goreng mamak...letak tahu..pecah telur je pun..:)

Shane berkata...

Hello Aziela, I love mee goreng. Long time have not had it. Holy Smoke! You used 7 chilli api?
And yes, I suka with lots of bawang.
Other one is mee rebus.

Used to have these at Kuantan's Teluk Chempedak, and at lots of kampong towns during my travels old days.
Wa, your hubby ada his own special request? Ha ha.

"Bila kurang sedap..."....fussy juga dia tu, ha ha. Saya ta'berani complain or say anything. Just makan, sebab cooking not in my resume. Takut my cook go on strike, habis cherita! Ha ha.
Have a nice day, simpan satu lagu dalam hati.
Lee.

Chik Att berkata...

Kadang2 ... memang masak sendiri lagi sedap ....

Hawa Wati berkata...

salam
feel free to visit my blog
http://vitaliciousngojes.blogspot.com/

tq

Rozita berkata...

hehe...good luck kak!

Sukma Haron berkata...

menyelerakan....sedapnya....

Aziela berkata...

@t.a.t.a Dia sendiri yang ajak akak makan luar. Nampak sangat akak masak tak sedap kat selera dia kan? Sob..sob...

Aziela berkata...

@makchaq Bila beli yang hat pasar malam tu, kadang2 terus rasa nak goreng sendiri. Sendiri punya juga yang sedap kan makchaq

Aziela berkata...

@Nurzakiah Hanum Ikut selera akak, sedap dah ni..hehehehe

Aziela berkata...

@Kakzakie Ha, tulah masalah saya tu kak. Lemah semangat. Kena sergah sekali. kusss semangat. Hehehehehe

Aziela berkata...

@Shamsiah Abdul Rahman Yang tu, saya ok pula kak...hehehehe

Aziela berkata...

@asyifa mustaffa Rasa pun adalah sikit2..hehehehe

Aziela berkata...

@Seri Kandi Tanah Jauhar Wah, bestnya dapat buat macam tu...hahahahaha

Aziela berkata...

@:: Mrs.Eady :: Ish..Izwa. Bukan ker yang awak masak selalu tu pun sedap..

Aziela berkata...

@lieyalatif Hebattt Lieya. Sampai serem..hehehehehe. Tapi yer la, kali ni goreng, success. Hahahaha

Aziela berkata...

@aizamia3 Kan..... hehehehe. Kiranya Ina dah expert la tu..

Aziela berkata...

@Daddy Ziyyad Betul...nak tambah ayam seketul pun, harganya mencanak naik. Kalau kosong macam ni, harga sepinggan di kedai mamak, kita boleh dapat sebesen kot kat rumah. Hehehehe

Aziela berkata...

@Shane Hello Lee. yes, 7 cili api. It's hot and spicy. Need the spice up the life sometimes.

You are a very tolerant gentleman, Lee. That is why you deserve a gold medal wife. She is a good cook. That's a fact. So, no complaint should ever exist, ya. Hahahahaha.

Lee, keep safe, ok. It's freezing there, right?

Aziela berkata...

@Chik Att Ya betoll!!

Aziela berkata...

@Rozita Hihihihiho. Serem Ita oii.

Aziela berkata...

@Sukma Haron Training2 sendiri jer kak.

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink