Makan di Melaka : Steamboat Api-Api

12 comments
Assalamualaikum.....

Hari ni, no English version. Hari ni, entry santai2. Penat yer nak baca english entry. Statistic visitor blog ni drop mendadak kalau buat entry English. Well, tak apalah. Selang seli lah kan.

Hari ni nak balik Melaka. Esok malam ada tahlil untuk arwah Ba, Insya Allah. Kalau ada kawan2 blogger di Melaka, jemputlah datang sekali yer. Lepas Maghrib di Jalan 2, Taman Bertam Jaya. Dekat seberang Tesco Cheng tu je.

Hari ni, cuci mata dulu dengan pilihan steambot. Ramai yang dah selalu makan kan. Kita makan di sini pun dah lama juga. Tapi tak kisah lah, janji dapat kongsi2. Steambot Api2 ni lokasinya di seberang jalan AEON Bandaraya Melaka. Round jer lah shop lots kat situ, mesti senang jumpa punya.



Steamboat kat sini, bukan terhad kepada yang rebus2 dan grill2 saja. Ada buffet makanan lain. Tengok kat atas ni, ada kupang masak cili. Sedap. Tak yah kelam kabut berebut parking kat medan ikan bakar kan. Kat sini pun ada. Maklumlah, kat Melaka ni kupang fresh dan mentah tu di jual merata2. Peniaga2 ni buka payung tepi jalan jer untuk jual kupang.

Ada potato wedges goreng tau. Budak2 suka lah kan. Mak bapak budak pun sukaaaa. Sos nya pula ada berbagai jenis...so memang boleh layan.


2 jenis lauk yang sinonim dengan Melaka. Kat atas ni ada ikan pari masak asam pedas dan ayam masak lemak cili api. Tau tak, kita terus teruja dengan 2-2 jenis lauk nie. Memang sedap. Asam pedasnya pekat, seimbang rasa dan ikan parinya pun sedap. Masak lemaknya pula, ayam fresh, lembut. Kuahnya pekat dan kepedasannya pun memang sangat sesuai. Tak lah pedas menyengat dan tak juga tak terasa cilinya. Aduhai...sedapnya.



Ha...nampak tak kat atas ni. Semua daging dan sea food yang telah diperap. Sedaplah juga. Tapi kita tetap suka Chim Chum di Food Village Kota Bharu lagi. Nak lepak2, sembang2, boleh lah.... Lauk pauk nasi campur tu lagi sedap pada tekak kita.


Macam biasa, semua benda2 yang ada dalam yong tou fu pun ada juga. Tapi kami tak ambik pun yang ni. Entah kenapa, tak berapa ada peminat benda2 ni semua. Kita cuma ambil sayur jer.


Yang tukang ambik ialah hubby. Lepas tu si Firdaus pun rajin bangun ambik itu dan ini. Adam hanya ambil apa yang dia nak jer. Kita tak berani nak ambik apa2 lagi sebab gerun tengok yang kat atas nie. Ya Allah, minta2 lah habis makan. Jangan lahhh membazir. Tapi Alhamdulillah, habiss. Yang kat atas ni, yang first batch...tu yang penuh semacam tu. Bila second batch, dah kurang la...sebab dah kenyang.

Kuah sup boleh pilih tomyam atau biasa. Kami ambil sup biasa. Tapi memang kurang kick la....

Pembakaran di bantu dengan minyak masak. So, ada unsur2 goreng di situ. Another inconvenience for me.

Kalau setakat nak lepaskan rindu pada Chim Chum, bolehlah kami datang sini sebab Kelantan tu jauh dari Melaka kan.

Tapi kalau sebab nak celebrate ke apa ker, agak kurenggg sikit.




Apa dia Chim Chum? Reader baru blog nie dipersilakan godek2 entry2 kita yang lepas yer. Ada beberapa entry pasal Chim Chum. Atau google pun boleh. Ada juga entry kita tersenarai.

Esok sampai hujung minggu, kita cuti. Tak pasti ada masa nak update atau tak... Kalau ada, maknanya yang schedule punya. Kalau takder, minggu depan jer lah yer...

.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

12 thoughts..

t.a.t.a berkata...

Laa.. awat nak mendadak pulak sis? Bukannya tak de version Malay pun kat situ. Huhu.

:: CIKVIVA :: berkata...

Kwn sy pun ada post jugak kat fb gambar dorng makan kat api2 stimboat ni..teringin jugak nak try..

Unknown berkata...

saya okay je entry english pun.. boleh polish english sendiri yang tumpul dah ni..hihihi..

akak kan.. kalau buat entry makan kan.. baru lepas makan pun boleh lapar balik tau..hahaha..

Anum berkata...

bestnya makan2

Izwa Kamaruddin berkata...

wahhh bnyk nyer makanan..

Kakzakie Purvit berkata...

Chim-cham kalau keluarga kakak panggil pada yg macam bunga pisang tu Ziela. Buat sayur bening letak suun/kentang dah tu pecahkan telur sedap hihi..

Kalau bulan ramadhan rumah kakak kena ada ni.

eh... sedaplah steamboat/bbq tu lama dah kakak tak pergi makan. Tunggu anak cutilah..

Dr K berkata...

chim chum tu adik wife saya yg belajar di KB mmg selalu dok cerita...hahahaha..

berapa harga per pax utk steambot tu?

pizli.mw berkata...

Nampak menarik.

Zam berkata...

ala sedapnye.. tgh lpr lk ni.. huhu

jp lg nk msk mkn mlm lh.. tk thn tgk gmbr ni

Zam berkata...

btw, seda btul ayam msk cili api n asam pds ikn pri tu.. zam suka yg pedas2

makchaq berkata...

Makchaq anak beranak kurang sikit kalau makan steamboat kat luaq.... berpeloh2 panas pasai dok rebuih ngan bakaq tu..
Kalau makan ni suka santai kat rumah... x payah bertudung2.....

lieyalatif berkata...

uih kak..teliur lieya mengenangkan stimbot nie hah....dahle puase arini..dogaan betul ni kakaakakaka....

lieya kalo mkn stembot ni biasenye tak kan amik nasi nanti perut cepat full so baik ratah2 jek semua minatang2 sayur2 ke mee ke heheeheheh..