Khamis, 6 Februari 2014

Cara Nak 'Tegur' Anak2 Jiran Yang Nakal...

Assalamualaikum.....

Semalam balik dari kerja dalam keadaan penat dan mengantuk dan oerlukan rehat dalam kedamaian, tapi diganggu pula oleh suara2 yang nyaring di tepi rumah. Oh, di KL ni kita duduk di rumah pangsa jer... Janji dekat nak pergi kerja, dapat tidur, mandi dan masak dengan selesa...cukup lah..

So, bila duduk di rumah pangsa nie, sedia maklumlah dengan community nya. Ada yang ok..berhemah sangat...ada yang "Apa aku kisah...?"

Petang semalam pula, budak2 kecik yang sekolah rendah nie, boleh pulak main bola kat koridor rumah. Adoiii...punyalaaahhh bingitnya.

Mula2 kita cuba nak sabar..tapi bila diorang terpekik2 tu sampai kita pun nak pengsan dengar, mula lah otak cari jalan nak buat macam mana.

Berlegar2 kita dalam rumah sambil mata dan otak sama kerja keras. Nak buat apa nie yer...

Selongkar dapur...yess! Dapat idea.

Buka peti ais..kelaurkan sebungkus besar kerepek...beberapa peket biskut coklat dan beberapa peket coklat yang dapat kat rumah orang kawen.

Buka pintu...tunggu jap...nampak jer sorang budak yang tengah menjerit, terus panggil dia.

Dia datang dengan muka gengster. Umur dalam lingkungan 8-11 tahun.

Dia sampai jer, dia tanya "Nak apa?!"

Wah..ganas....

Kita buat muka tegas....

"Ni, nak keropok tak? Makan dengan kawan2, nak?"

Mata dia terus fokus pada bungkusan2 di tangan kita. Terus dia angguk2.

Kita kata dengan dia : "Makan dengan kawan2, main kat padang mainan kat bawah, ok? Tak boleh bising2 kat sini yer... Ramai orang nak rehat, ada baby yang tengah tidur, ada yang tengah belajar.... Tak baik ganggu orang kan..?"

Dia pandang muka kita sambil angguk2 lagi.

Kita hulur semua makanan tu pada dia... dan pesan lagi.. "Jangan main jerit2, ok?"

"Ok". Ringkas jawabnya.

Dan lepas tu, semuaaaa aman damai.

Alhamdulillah. Walaupun kena umpan sikit, tapi sekurang2nya mereka patuh.

Maknanya, mereka tu kanak2 yang baik...cuma nak kena pantau dan guide sikit,

Tapi, rasanya taktik ni tak berjaya kalau kanak2 tu super nakal...

Ada cara lain...?

15 thoughts..:

aizamia3 berkata...

Satu percubaan yang baik dan syukur dorang mendengar kata.. tapi kalau dapat jiran yang anak dorang je betul pun payah gak.. silap2 boleh masam muka..
Pasti lega dapat rehat dengan tenang kan kak..;)

Daddy Ziyyad berkata...

Saya baru balik rumah parents saya di JB.Jiran depan rumah parents saya,anak anak mereka mmg sangat sangat sangat nakal! Bayangkan,kereta adik ipar saya & adik saya, kena spray pemegang pintu nya...kena spray ekzos nya! Dan budakyg spray tu umurnya 8 tahun...tak mengaku bila di tanya..padahal depan2 mata kita nampak mereka main tin spray...hahahaha..

Duduk di neighbourhood macam flat, mmg kena sabar. Bukan nak merendah rendahkan, tapi mentality sesetengah penduduknya, kita faham2 sendiri...termasuklah dlm hal menjaga anak

NzA berkata...

comel je cara aziela umpan anak2 tu...2lh budak2 kan, mrk masih kecil n xfaham erti kehidupan..ibu bapa kena main peranan utk displinkan anak..ada masa kita kena berlembut dan ada masa kena tegas...yg xelok kena tegur.....

Shamsiah Abdul Rahman berkata...

Alhamdulillah.. masih tahap boleh dibentuk lagi la tu..

Queenie berkata...

esok akak nak memekak kat umah Azie pulak la!
kalau you tunjuk kerepek ker kropok ker, akak jadi kastam dulu, tanya "ni keropok ngaku ker?" kalau lain dari ngaku, akak tambah kuat memekak lagi hahahaha....

amacam? org tua tak jalan halau ngan keropok dik hahahaha gurau jer!

Zamani Abe berkata...

1st, zam suka sangat cara akak tegur mereka.. penuh hikmah!

2nd, tak bleh blah betul cara dak tu tanya 'nak apa' dgn muka genster.. isk2

Aziela berkata...

@aizamia3 Kat sini pula, jarang agaknya orang kat tingkat akak ni nak bertegur sapa...hehehehehe

Aziela berkata...

@Daddy Ziyyad Ha, saya faham. Rumah lama dulu pernah kena...tu yg pindah rumah lain sebab tak nak gaduh dengan jiran. Tapi di flat nie, saya jarang ada di rumah..sekali sekala jer...so bertahanlah juga sikit.

Aziela berkata...

@NzA Malangnya ramai ibu bapa yang kurang ambil berat kan kak...

Aziela berkata...

@Shamsiah Abdul Rahman Alhamdulillah... Sekali tegur jer dah faham.

Aziela berkata...

@Queenie Kak Q..!!!! Akak nie macam tau2 jer kan. Semalam dan semalam lagi saya dok mengerjakan ngaku jer tau. Dah bawak ke opis... hari nie nak bawak balik PD pula... Eh, ada lagi kat rumah. Meh la mai memekak...hehehehe

Aziela berkata...

@Zamani Abe first, thank you zam...

2nd, memang ganazzz...

Cho Zila berkata...

ituler budaktu baik jugaklerkan.. budak2 memang kena pantau.. ibu dan ayah memang kena selalu ambik taukan...

elly nadyra berkata...

wah bagus...boleh cuba.....

Tanpa Nama berkata...

oh... saya pun hadapi masalah ini..... kalau dilayan menjadi2...

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink