Khamis, 13 Februari 2014

Episod Akhir Ariana Rose

Assalamualaikum.....

Sebelum apa2, sajerlah nak rekodkan, hari nie Anniversary pertunangan kita dengan hubby. Bila ekk... Errmmm... Tahun 2000. Wow, 14 tahun lepas...hahahahhaha. Ok, dah jadi couple tua pun...

Anyway, hari nie teruja sebab ada final episode drama Ariana Rose. Entah kenapa, kita melekat tengok drama ni walaupun tak pernah baca novel dia. Baca la a few chapters, tapi kita rasa drama is much more better than the novel. No offense Evelyn, you did a great job. After all, this is your first baby, right?

Oh, ok....memang jarang nak follow di tv. Masanya kurang sesuai. Banyak urusan pada masa tu. So, drama2 ni biasanya kita follow online jer lah. Tak kisahlah lewat pun, yang penting dapat feelnya.

Kita suka Fathia berlakon. Dulu dia ada berlakon sebagai isteri Fizo Omar dalam drama Musang Berjanggut rasanya. And kita suka sangat lakonan dia. Same goes to this drama. Bila dia kena kidnap, dia langsung tak control ayu macam heroin Malaysia yang lain. Macam Fasha Sandha. Dia menendang, menjerit, lari, mencakar dan segala2nya dengan bagus sekali. Sampai merah2 muka, telinga dia semua..menjerit sampai ke puncak suara.

Bila buat scene romantik, dia buat real macam isteri2 lain. Tak ada geli geleman pun tengoknya. Tapi feel tu sampai.

Keith Foo ialah nama baru di Malaysia. Good acting. Tapi entah kenapa, seperti yang diakui sendiri oleh beliau, agak kaku sikit. Sikitttt la. Definitely boleh improve lagi. But I prefer lakonan Hisyam tu lagi. Just by staring pun, berbagai message boleh sampai. Probabaly, Hisyam mungkin lebih sesuai jadi Adam Kamil kot...

Anyway, endingnya hari ni. Mestilah teruja sebab drama nie jalan ceritanya agak berlainan dengan novel. Ada sesiapa yang lepak kat One Utama untuk menonton bersama2 dengan pelakon2nya hari ni...?

.

13 thoughts..:

Nurzakiah Hanum berkata...

x sabar nie

Daddy Ziyyad berkata...

wowww...anniversary pertunangan...saya terlupa la bila saya bertunang! hahahah

jujurnya, saya & wife tak pernah tgk cerita tu...or apa apa drama melayu pun..so mmg kami blur bila org bercerita pasal drama2 yg trending...hihihih

aizamia3 berkata...

at office ni dok bercerita pasal cerita tu tapi saya sikitpun tak amik port.. hehehe.. tak berapa layan drama melayu.

Nieda ramly berkata...

pun tengok kat online

Nieda ramly berkata...

pun tengok kat online

t.a.t.a berkata...

kak, amat jarang orang nak ingat tarikh pertunangan mereka. apa pun happy anniversary.

yup. saya pun tak tengok cerita-cerita berepisode ni. nanti buat saya jadi tertunggu-tunggu kisah akan datang.

zouldahan berkata...

Drama melayu melankolik.
Saya memang anti habis.
Kalau tukang tulisnya perempuan.
Saya dah boleh agak jalan ceritanya.

Tapi wife saya follow habis.
Siap rakam lagi.

Nieda ramly berkata...

online juga

makchaq berkata...

Memang popular sangat kan... tapi makchaq tak tengok sebab x suka tengok tv. Buku dia ada la baca.. tak habis pun.. tebal sangat..

Rozita berkata...

hepi anniversary kak...ada sambutan hujung minggu ;)?

sibuk org bercerita tp saya tak tengok kak.. kalau cite romantis kami avoid.. x bagi anak-anak tengok sebenarnya... hehe..

Sukma Haron berkata...

dah lama tak tengok drama nie...

Cho Zila berkata...

anak akak ajak gi one utama nak tengok.. kelakarkan budak sekolah darjah duatu...

:: Cik Viva :: berkata...

follow dari 1st episod..tapi ending smalm mcm kurang umphh la bg sy..mmg la hepi ending tapi mcm tergantung watak2 lain..apakah akan ada Ariana Rose 2? hehe

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink