Ikan selar seekor (part ekor jer dua ketul), nasi putih dengan terung masak lemak cili padi putih. Teringat lauk masa zaman kecik2. Kita kan dibesarkan oleh atok dan nenek, sama macam Adam sekarang. So, nenek dulu selalu masak macam nie. Atok suka. Masak terung sampai lembuttttt gitu. Tu pasal lah dah tak nampak terung nya dah...hehehehe.
Sajer buat pedas sikit, memang puas hati betul makannya. Ish..ish..ishh...
Simple, mengenyangkan dan murah. Lagi yakin dengan halalan toyyibannya. Alhamdulillah.
Tapi malangnya, tak selalu rajin macam ni. Minggu ni lagiilah tak rajin. Tak berapa sihat sebenarnya. Dengan letih lesunya lagi....
Tengoklah next week macam mana pula....
.
37 thoughts..
wow
Salam dik, kalau lemak cili padi putih tu tak bubuh kunyit kut...ok la tu bawa bekal..tapi makan sorang2 je la, ada orang mintak ke?
terung masak lemak putih tu macam pecal kot kak..yg terungnya dibakar dulu.. lepas tu bila kuah dah didih baru masuk terung dah masak.. saya suka kalau ada letak cekur. wangii.. adehh..terliur pulak..
nampaknye lieya boleh geng ngan akak....psst kak, lieya mmg suke gile ngan terung....tapi tu laa kat umah ni semua tak suke terung...kalo masak mmg lieya jek la yg makan...tapi lieya pedulik ape, masak terung untuk lieya...masak sayur lain utk dierg kekekeekeke
betul ckp akak...bawak bekal ni lagi menjimatkan plus terjamin kebersihannye kan kak.....
moga kak Aziela cepat sembuh hendakNYA..
sekarang dak Nuha je peneman saya makan sayur.. yang lain hanya sayuran tertentu je dorang makan.. ;)
tak pernah buat terung masak lemak putih...
ummi suka masak lemak putih tu, kalau ada sambal belacan, haishh, mesti tak cukup sepinggan nasi.
sedap tu.....simple macam tu je pun dah jadi pembuka selera...dan suprising..makan mesti na bertambah lepas tu... hihihihi
sama je mcm saya
kadang2 nasi ngn telur mata pun jd bekal jgk. hari ni x sempat sbb bgn lambat.huhu
dah lama tak bawak bekal... malas nak perangat pagi2 buta. hehehe
alaaa tertelan air liurrrr...
Kak, masal lemak cili padi putih. Yang putih tu the cili atau kuah lemak nya putih without the kunyit?
Alahai.. baru teringat Amsyar pesan nak terung goreng tepung.. terung tak beli lagi la pulak..
Tapi lauk yg simple tu.. sesekali layan.. best..
zaman segala menda mahal ni, saya pun kalau boleh nak tapau hari2...:)
sedapnyaaaaaaa.... wah.. terung.... pedas....
memang menyelerakan.....simple dan sedap..
@Nurzakiah Hanum Err...biasa2 jer tu.
@che mid Salam kak. Orang kat opis nie tak berapa berani nak kongsi lauk saya. Diorang semua tak makan pedas..hehehehehe
@Rai Ourkizuna Macam la...tapi tak bakar pun. Lebur jer dalam periuk. And kuah cair, and takder cekur. Still...basicnya sama.
@lieyalatif Lieya tu rajin...tu yang semua pun boleh. Ishh...kagum..kagum. Akak pun selalu termotivasi dari Lieya.
@aizamia3 Terima kasih, Ai. Dah tua2 ni..tak boleh salah sikit. Wah, Nuha makan sayur semua? Memang bagus betul lah anak dara tu.
@msredcheesecake Kalau suka masak lemak, boleh cuba nanti2.
@ummiross Yang ni, saya leburkan cili terus dalamnya kak..hehehehe
@RamRamCute Awaaaakkkk...!!!!! Saya rindu awak sangat2.
@Irfa Irfa ni.... Oklah..malam ni masak telur mata, curah kicap!
@NM03 Err, samalah. Saya masak malam, masukkan dalam peti ais. Esoknya, terus capai dalam peti ais, sampai opis, masukkan semula dalam peti ais. Bila nak makan, masuk microwave. Hehehehehe
@:: Mrs.Eady :: Alaahh....Izwa lagi la macam2 bekal bawak kan.
@t.a.t.a Eh Ta, ini soalan atau sindiran? Sila jelaskan? Hmphhh...akak dah cekak pinggang ni. Hahahahaha
@Shamsiah Abdul Rahman Tekak teringin, tu yang layan kan tu kak. Anak bujang akak tu, tak cerewet yer kak.
@Daddy Ziyyad Dan berpuas hati...
Soalan kak. Saya tak pernah dengar cili padi putih. The cili is literally putih or the kuah is putih?
Sabar kak, sabar. Turun kan tangan tu. Hehehe.
@Rozita Yer...Ita...bessst...hihihihi
@Sukma Haron Kan kak...
@t.a.t.a Alahaiii anak dara sorang nie. Kuahnya yang putih la darling...hehehehehehe. Kan ker kalau orang sebut masak lemak cili api, semuanya terbayang kuah kaler kuning kan. So, kena mention la kat sini, kuahnya takder kunyit, so putih. Eh Ta, awak bukan ker orang Jawa?
Memang Jawa tapi tak pernah sebut lemak cili api putih atau kuning. Sebut lemak cili api je.
@t.a.t.a Ha...kitorang kat rumah kena specify kan. Kalau masak lemak putih jer, means tak pedas. So, soalan berikutnya ialah lauk sambal apa. Kalau dah pedas, tanya ikan goreng atau ayam goreng. Variety maaa... hehehehehe
Catat Ulasan