Hari ni, kita masih bercuti lagi. Replacement untuk Hari Wilayah yang bertindih dengan Tahun Baru Cina hari Sabtu tu. Tapi, public holiday hari Sabtu memang tak akan diganti lah.
Anyway, kadang2, tak selera nak makan nasi. Kadang2 dah boring dengan street food..
So, satu malam tu, hubby ajak lepak di restoran Arab El-Idrus di Kuantan....
Tak minta set nasi pun.... Kami nak cuba yang lain.
Hubby order kebab. Dan juga order roti Mulauwah ni. Kami kongsi. Sekali bila sampai..mak oiii...sebesar dulang ok roti ni...
Roti nie ala2 roti canai, tapi tepungnya tidak berminyak macam roti canai. Isi nya juga macam berlapis tetapi lebih kenyal dan padat. Tak ada rasa masin atau manis. So, kena cicah dengan kuah yang disediakan.
Dibakar garing dan lembut. Baunya juga harum. Di atasnya ada ditabur dengan black seeds iaitu habbatus sauda. Memang berkhasiat.
Mula2, hubby dok beriya-iya tegas mengatakan bijian tu ialah black sesame ataupun bijan panggang. Tapi kita makan seulas, rasanya seperti ada minyak habbatus sauda. Dah sorang bijan, sorang habbatus sauda, penyelesaiannya, tanya jer lah dengan waiter. Sah, habbatus sauda...heheheheheh.
Oh, malam tu, kami tak habis makan pun. Balance roti tu, bawa balik. Panaskan sekejap dalam microwave, atau boleh kukus untuk lembutkan...dan bolehlah cicah dengan kuah kesukaan kita sendiri. Kita pula, cicah dengan sambal tumis...hehehehehehe.
Mesti ramai yang pernah makan kan?
.
14 thoughts..
Tak pernah makan.
Biasa di sini roti yg mcm tu given FOC.
Sana roti tu charge ke free??
selalu jugak roti besar tu masa pergi makan nasi arab :) cicah dengan humus...
sekali imbas nampak macam roti nan...cuba mintak roti mulauwah cheese pulak...kot ada la...sebab cheese nan ada...hahaha
Hi Aziela, I agree with you re eating rice. Nothing like trying out something different for a change.
I too will have on and off Indian roti or tor say.
And favourite is Vietnamese beef noodles.
That roti in your pic looks very good.
I used to enjoy have my dinner at Telok Chimpedak, having Malay foods at the many food stalls there, very nice as tepi laut. As well staying at the Hyatt or Merlin often, just walk over.
I love Kuantan!
Have a nice day.
Lee.
cam best aje kan roti tuh!
kak.. nampak sedap.. tapi tak pernah rasa pun lg..
@t.a.t.a Nak try makan tak...?
@Shamsiah Abdul Rahman Charge kak oii.... Doblas henggettt tuu. Alah..Malaysia kan. Nasi pun dah jadi 2 hengget sepinggan...
@Wan Ahmad Izudean Akak pula tak lalu cicah dengan humus. Entah kenapa...rasa melekat jer kat tekak..hehehehehe
@Daddy Ziyyad Doc...tu..dah ada pasal cheese nan kat depan sana tu...hehehehe...
@Shane Hi Shane, I love you to..Eh no. I love Kuantan too...hahahahha. Yes, a variety of food is good for digestion. Can't really take rice for dinner frequently...not good for health. Hehehehe. How's the weather? Still freezing in Toronto?
@elly nadyra Makan panas2 tu yang best Elly.
@Rozita Nanti kita lepak situ sesama ekk..Insya Allah.
Catat Ulasan