Assalamualaikum.....
Apa khabar semua? Bagi yang beragama Islam, telah bersediakah anda untuk menyambut ketibaan Ramadhan?
Sebelum memulakan pemburuan pahala yang berlipat kali ganda di bulan Ramadhan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali saya. Tak kiralah di alam maya mahupun di alam realiti sekali. Tak kira sahabat handai, ahli keluarga tersayang, mahupun pembaca senyap blog ini.
Sekiranya ada yang terguris perasaan sepanjang perkenalan kita, saya mohon kemaafan dari sudut hati yang paling dalam.
Saya juga ingin memohon maaf kerana dah lama tak ziarah blog kawan2 sekalian. Bukan itu saja, saya juga belum sempat untuk membalas komen kawan2. Insha Allah akan saya usahakan nanti.
Maaf juga kerana sepanjang bulan puasa ini, saya ingin cuba untuk tidak menulis tentang makanan dan memaparkan gambar makanan. Sebaliknya, saya akan bercerita panjang lebar tentang novel2 yang saya baca. Tak banyak, tapi kadang2 kupasan saya boleh jadi berjela panjangnya. Saya tak paksa anda membacanya dan saya bersedia rating visitor saya menjunam jatuh.
Apa2 pun, walaupun entry saya tidak menarik, saya harap persahabatan kita semua akan tetap berterusan.
Marilah kita semua bersama-sama mengejar pahala yang dengan mudah di kaut di bulan Ramadhan ini. Mudah juga mendapat dosa dan hilang pahala sekiranya tersilap langkah. Sama-samalah kita saling mengingati.
Semoga Ramadhan kali ini kita dapat markah pahala yang gemilang.
Amiin...
P/S : Bukan di bulan Ramadhan saja amalan baik tu yer....
.