Isnin, 5 September 2011

Noramfaizul : Jurukamera BERNAMA





Assalamualaikum.....
Beberapa hari ini, berita tentang tragedi yang mengorbankan seorang petugas yang sebumbung dengan kita telah menggamatkan seluruh negara.

Secara peribadi, kita tak pernah kenal dia. Mungkin ada bertembung di kantin atau di lobi sebab bila tengok gambar, seolah2 familiar.

Tapi, beliau tetap rakan setugas di dalam bangunan yang sama dan bekerja di bawah majikan yang sama. Pemergian beliau menyedarkan kita bahawa nyawa kita semua tetap milik Allah swt. Tembakan itu sekadar sebab musabab saja. Di mana-mana saja kita boleh di panggil 'kembali'.

Syukur Alhamdulillah, Allahyarham Noramfaizul dilindungi di bawah insurans untuk pekerja. Tak banyak, namun kita percaya boleh meringankan sedikit beban keluarganya. Mujurlah isteri arwah mempunyai career sendiri. Itulah pentingnya wanita zaman sekarang untuk mempunyai kerjaya sendiri. Tak semestinya makan gaji, berniaga juga boleh membantu.

Semoga pemergian beliau memberikan cahaya  kepada bidang kewartawanan negara. Amin..

2 thoughts..:

Eyfa Zalifa berkata...

Owh..rakan sebumbung ye..inalillah..Amin..

msredcheesecake berkata...

sian dia kan...pergi nak olong diaorg...kena camtu pulak...

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink