Kita ingin war2kan tentang maklumat yang kita dapat dari Nikaviolet di SINI. Sila ke blog beliau untuk dapatkan keterangan lanjut dan sebagai peringatan. Peringatan beliau secara khususnya untuk wanita. Tapi apa salahnya kalau lelaki menyampaikan pada wanita2 dalam hidup mereka dan juga untuk diri mereka sendiri.
Selain daripada itu, kita ada lagi pesanan yang disampaikan oleh sahabat2 kita.
1.) Sekiranya dalam perjalanan, ada orang yang baling telur pada anda, JANGAN SEMBUR AIR DAN WIPE GUNA WIPER kerana ianya akan lebih mengaburkan pandangan oleh kerana kesan lendir telur yang bercampur dengan air. Bila kabur, anda akan berhentikan kereta di tepi jalan untuk bersihkan kotoran. Masa ini lah pengganas akan datang dan merompak anda.
2.) Baru2 ini, ada salah seorang rakan di kelab kereta kita terlibat dengan kemalangan. Beliau memandu berhampiran Ampang ketika hujan lebat. Di hadapannya ada sebuah kereta Wish dan di hadapan Wish itu pula adalah sebuah tow truck. Kelajuan minimum pada 60km/j. Jarak antara 3-3 kenderaan ini juga jauh iaitu lebih kurang jarak 2 biji kereta. Tetapi secara tiba2, tow truck dihadapan sekali berhentikan kenderaannya. Wish itu brek dengan tiba2 dan sempat mengelak dari terlanggar, namun kereta sahabat kita menggelincir selepas brek dan menyebabkan keretanya berlanggar dengan Wish tersebut. Sebaik saja berlanggar, ada sebuah tow truck yang lain sampai ke tenpat kejadian secara tiba2. Hmm..nampak seperti di rancang, bukan?
Ok, ada 3 kisah di sini. Segalanya peringatan untuk semua. BERHATI-HATILAH.....
4 thoughts..
macam2 cara org menipu... setiap kali keluar kena baca doa....
msredcheesecake : Doa dan kena peka dengan alam sekitar...huhuhu
Awak,
Kalau free lawatlah sini....
http://bla-bla-blub-blub.blogspot.com/2011/09/segmen-pencarian-bloglist-blog-fahuna.html
Jangan marah saya tag awak ye.
mcm2 kes la sekarang ni..=='
dunia di akhir zaman
Catat Ulasan