Iftar di Port Dickson

1 comment
Assalamualaikum.....

Minggu terakhir Ramadhan, kita ajak mak ayah kita buka puasa di luar. memang every year akan bawa parents kita at least sekali untuk buka puasa di luar dan parents in law pun sama.
Kali nie cerita pasal parents kita dulu. In law, nanti cerita di entry akan datang.

Disebabkan mak dan ayah dah tak terdaya nak travel jauh2, maka this year kita nak cuba sesuatu di PD pula. Hubby x dapat join sbb kita makan weekdays. Dia dah jauh, susah nak balik weekdays. Kita cuma bawa Adam and Ida jer, adik bongsu kita.

Kita cuba di Grand Lexis (formerly known as Legend Water Chalet). Memang x pernah sampai sini. Apa salahnya mencuba kan.


Ini pemandangan dari parking lot. Memang mendamaikan dan cantik jer. Dengan angin laut yang lembut berhembus, boleh dengar ombak berkocak di laut luas, memang rasa bersyukur kerana berada di bumi yang aman damai.

Anyway, range of food tak berapa banyak. Tapi restoran agak penuh juga. Penuh dengan pelancong. Macam biasa, kita hanya ambik gambar food. Selaluuuu sangat lupa nak ambik gambar entrance restoran atau kedai kan. Kita akan cuba improvekan lain kali yer.

Menarik di sini, ada stall yang hidangkan nasi arab. Ayah kita suka, tapi agak keras sikit. Org tua, maklumlah, suka yang lembut2 jer. Tapi kita tengok org2 Arab semua lajuuu jer mengulang.

Ada kambing panggang. Surprise la juga sebab biasanya kalau crowd ramai mcm kat KL tu jer yang ada kambing golek nie.



Sate pun ada.... Seronok sebab tempat lapang walaupun ramai orang. Tapi tak ada pun rebut2.



Jangan tak tau, ada cekodok tau. Cekodok pisang dengan ikan bilis. Surprisingly ...sangat sedap rasanya. Maybe sebab puasa kot.


Plate Adam. Kuay tiaw goreng yang digoreng panas2. Wok with Yan gitew... Tapi cekodok tetaplah ada. Kampung boy kan..selera kampung tetap terpahat.


Chocolate fountain. Bukan main lagi Adam mengerjakan chocolate nie. Cucuk fruits, lepas tu dia tadah kat fountain nie.


All in all, puas hati la juga bawak mak ayah. Nak solat pun senang. Suraunya dekat dan besar. Tak perlu bersesak2.

Next year maybe boleh repeat lagi kalau ada rezeki kan..
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

1 thoughts..:

RamRamCute berkata...

ooo dh tukar nama ye awak?