Isnin, 19 September 2011

Misi Membantu Pn Ramlah

Assalamualaikum.....

Kita ingin mengambil sedikit masa pembaca sekalian untuk memanjangkan permohonan agar ada insan yang membaca ini dapat menghulurkan sedikit bantuan kepada Pn Ramlah. Suami beliau menghidap komplikasi penyakit hati dan perlu dibedah segera. Beliau memerlukan kos sebanyak RM150, 000.00 untuk meneruskan pembedahan tersebut.

Kita memanjangkan misi bantuan di alam maya ini daripada blog novelis hebat, Pn Norhayati Berahim. Kawan2 boleh rujuk entri beliau di SINI.

Kalaulah tidak dapat membantu dari segi material, kita mohon panjangkanlah misi ini dari segi posting dan doa. Mungkin ada yang sudi dan berkeupayaan untuk membantu dalam ramai-ramai kita nie kan.

Jasa dan niat murni pembaca sekalian, hanya Allah sahajalah yang dapat membalasnya. Insyaallah...

1 thoughts..:

Azham Vosovic berkata...

INsyaallah, marilah kita sama2 doakan...

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink