Assalamualaikum.....
Jumaat minggu lepas, opis kita ada la buat potluck sket untuk hari terakhir 2 orang rakan kami di pejabat nie. Boleh juga tengok entry di blog jiran sepagar kita, Pn Rahmah di sini mengenai farewell ini. Anyway, kami meraikan 2 orang sahabat ini.
Sdra Shazli (mcm Pierre Andre kan? hehe) |
Shazli nie adalah Sales Engineer kat opis kita. Aduhh...mesti kami semua rindu dengan anak dia yang comel si Ilhan. Sayangnya battery kita dah kong plak. Tak sempat nak amik gambar Ilhan yang sangat petah dan kiut tu.
Blogger/Model/Musician Effan |
Macam biasa, ada macam2 jenis makanan. Menu utama, kami tempah dari Pn Rohana dan suaminya En Megat iaitu owner warung Nasi Lemak Lentok di AU 5. Memang sedap sungguh nasi tomato beserta setnya. Kalau ada yang nak tempah, bolehlah hubungi En Megat di no. 016-3075557. Bukan setakat di Keramat, di Kulim Keah pun dia boleh cover juga. Ada 2 station usahawan nie.
Selain daripada tu, kami bawa sedikit sebanyak kuih muih. Ada yang masak sendiri, ada yang tempah kuih jer.. (kita laa yang tempah tu, huhuhu). Hehehe..maaflah, penat travel x hilang lagi, tak terdaya nak memasak. Kalau barang2 dah standby kat rumah, mungkin boleh digagahkan lagi. Ini, baru nak ke pasaraya dan cari bahan, sampai rumah nnt dah melepek.
Ada yang spesel. Kami tempah kek coklat moist yang super sedap dari Kak Nasz dari blog beliau di sini. Terima kasih yang tidak terhingga Kak Nasz. Walaupun kurang dari 24 jam tempahan tu dibuat, namun Kak Nasz sudi juga memenuhi permintaan kami. Cuma Kak Nasz kata dia tak sempat nak hias cantik2 sebab banyak sangat tempahan lain. Tak apa lah. Janji kami dapat kek yang sedap. Itu pun sempat lagi Kak Nasz tulis nama dua orang nie. Mulanya nak beli kek dari SR, tapi kami fikir2, kek Kak Nasz lagi sedap, lagi padat dan lagi moist. Maka kami semua sebulat suara set untuk tempah yang ini.
Ini adalah acara makan2 santai. Lagipun masih dalam mood raya lagi kan. Kami tunggu kaum Adam pulang dari solat Jumaat, barulah dimulakan majlis nie.
Kemeriahan bersama |
Bermesra mengeratkan silaturrahim. |
Brownie Special Pn Rahmah |
Apa-apa pun, kalaulah sahabat yang 2 orang ini baca, kami semua mendoakan agar anda semua berjaya dengan cemerlang di dalam bidang masing2. Cuma satu, sematkanlah kenangan manis dan baik2 jer selama kita semua di bawah satu bumbung. Yang buruk dan hodoh dan kelat tu, kita buanglah jauh2.
All the best...
5 thoughts..
uiks!! adeh... semput-semput. kenapalah awak promot hebat ni..takdelah sedap sangat pun ye kawan-kawan...hihihi
akak bila nak buat open house? heheheh
Rahmah : ayoo...sedap la kawan2. Jangan percaya ckp dia..hehehehe
Azham : Kalau akak jemput, awak datang ker? Hehehehhe...
Makan ramai2, semua pun jadi sedap. Selamat hari raya! :)
Catat Ulasan