Rabu, 7 September 2011

Paung Goreng

Assalamualaikum.....


Ini adalah kali pertama kita makan kuih nie. Nama kuih nie, Paung Goreng. Biasa didapati di negeri Terengganu. Walaupun dah banyak kali pergi Terengganu, tapi tak pernah tau wujudnya kuih nie. Kebetulan sepupu kita ikut kita balik ke Kuantan masa hari raya ke-3. Sajer nak jalan katanya. Balik awal sebab hubby kerja masa raya ke-4 tu. Tapi habis kerja je petang tu, kami terus gerak ke KT sebab cousin kita nak jalan. Dia tak pernah sampai sana lagi. Tidur di KT 1 malam, esoknya Sabtu terus gerak balik ke Kuantan dan terus balik ke Melaka.

On the way nak balik ke Kuantan, kami singgah di Teluk Bidara, Dungun. Berdekatan dengan Tg Jara Beach Resort. Pergi tengok pantai Tg Bidara tu. Suka pergi situ sebab air lautnya sangat bersih dan cantik. Bila pergi situ, kami akan duduk minum dan makan di satu warung di kampung berdekatan tu. Owner warung tu pun dah cam kami.

Jadi, dia hidangkan kuih Paung Goreng nie. Sedap. Kita suka pula. Sebab dia chewy sangat. Di buat dari tepung pulut. Buat macam kuih bom, tapi isinya inti ikan yang di masak dengan rempah ratus. Cuma agak manis isi dia. Maklumlah, kita nie orang selatan. Biasanya kalau selatan, makan dengan inti yang pedas2. Tapi sedap lah. Siap bungkus untuk di makan dalam perjalanan. Bagi menghilangkan mengantuk.

Tengok di blog Kak Hanieliza dengan Mokwok, ada resipinya. Sesiapa yang nak cuba, boleh la yer. Rasanya macam mudah jer.

PAUNG GORENG


Sumber : Mok Wo
Resipi : Hanieliza

Bahan2:

2 cwn tepung pulut

3 sudu makan tepung gandum

1 cwn air-mokwo lebihkan skit kira2 1 sudu makan

sedikit garam

minyak untuk menggoreng terendam



Bahan Inti


5 ekor ikan selayang

5 ulas bawang merah [hiriskan]

1 cawan santan

3 cm halia [hiris]

1 s/k halba

1 sudu kecil lada itam- tumbuk

1 s/k gula

garam secukupnya



Cara membuat:

1. Ikan direbuskan dan sejukkan.

2. Ambil isi ikan dan hancurkan.

3. Masukkan semua bahan dalam kuali dan masakkan sehingga agak kering. Sentiasa kacau supaya tidak hangit.

4. Gaulkan tepung pulut dan tepung gandum bersama air.

5. Ambil sedikit dan bulatkan. Masukkan inti ikan dan bulatkan semula.

6. Gorengkan dalam minyak yg banyak dengan api paling perlahan.

7. Bila nampak keperangan angkat dan toskan minyak.

6 thoughts..:

Suhami Ahmad berkata...

wah...macam sedap nih....tapi malas la nak cuba kak.....weeee

Cik Eka berkata...

wahhh eka tak pernah makan ni..

kalo ke tganu nak cari lah..hehe

msredcheesecake berkata...

Cam cekodok buh sambal ikan ke? Terliur pulakkkk

Aziela berkata...

Suhami : Akak pun maleh gak raso ehh..hihihi..

Aziela berkata...

Cik Eka : Ada org kata, kat Pasar Payang tu boleh jumpa. Kat bahagian bawah. ada satu stall yang jual kuih muih tradisional. Cuba lah...

Aziela berkata...

msredcheesecake : Bukan..bukan..bukan macam cekodok. Dia macam kuih bom, tapi tak salut bijan. Inti serunding ikan yang manis tu...

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink