Sebenarnya beberapa petugas syarikat kita dikehendaki menghadiri kursus di Colmar Tropicale Resort, Bukit Tinggi nie. Banyak dengar pengalaman orang lain dan tengok gambar orang lain. Kebetulan pula kursus nie di adakan pada hujung minggu. Disebabkan kita sekeluarga hanya berjumpa pada hujung minggu, maka hubby suruh kita arrange satu bilik lain untuk kami sekeluarga.
Kursus bermula pada hari Sabtu pagi dan berakhir pada hari Ahad petang. Maka kita terperap di dalm bilik kursus sepanjang hari hingga ke malam. Jadual kursus sangat padat. Kita hanya berjumpa dengan hubby dan Adam pada waktu2 makan saja iaitu breakfast, lunch dan dinner. Yang lain2 tu, terpaksalah dua beranak tu bawak diri masing2.
Kita tak berjalan langsung sebab sibuk dengan kursus, namun mereka nie berjalan dan membuat aktiviti di situ sampai tak tau apa nak buat lagi.
Cuaca memang sejuk. Tgh hari tetap panas la, tapi pukul 4 petang dah mula sejuk. Kami dapat 1 bedroom suite dan pemandangan memang cantik sebab kebetulan mengadap sungai dan jambatan yang cantik tu. Suite kami ada hall, ada bedroom dan ada kitchen juga.
Meh layan gambar diorang jerlah yer...
Antara aktiviti yang mereka lakukan di situ :
- Bersiar2 dalam udara yang nyaman dan pemandangan yang cantik.
- Mendaki bukit ke Japanese Garden yang cantik dan menikmati hidangan di Japanese Restaurant
- Menonton persembahan menarik yang disediakan oleh pihak resort
- Bermesra dengan clown yang sering menghiburkan tetamu di situ
- Bermain dengan arnab di Rabbit Park menaiki tren yang resort sediakan
Selain daripada tu, ada banyak aktiviti lain lagi. Ada swimming pool, ada horse riding (gilerrr mahall), ada paintball, ada spa dan bermacam lagi. Tapi hubby dengan Adam just buat aktiviti kat atas tu dan selebihnya mereka rehat di bilik jer.
Oh yer, kalau ke sana, fikirkan2lah tentang bajet makan yer, sebab kat sana semuanya standard hotel. Tak ada warung2 atau gerai2 atau restoran2 biasa. Kopak juga la kami sebab food saja. 1st day tu hubby ngan Adam lunch pizza, tapi tgk harga sama macam buffet jer. Maka sejak tu, kami terus makan di restoran untuk buffet dishes.
Rasanya tempat nie sangat sesuai untuk berehat dan tenangkan fikiran. Bukan untuk beraktiviti, shopping, lepaskan stress dan jalan2. Hanya untuk berehat dan lapangkan minda. Kita suka. Lain kali nak bawa parents datang pula. Tapi kena la siapkan stok makanan untuk 'diseludup' masuk ke bilik...hehehhehe. Tak boleh memasak sebenarnya. Tapi alang2 dah ada peti ais, ada kitchen kabinet, apa salahnya periuk nasi satu dan portable cooker satu kan...hehehhehehe. Boleh betul2 rileks minda bila dapat berjimat nanti.
Bawak ini jer kan. Yang lubang terbuka tu, untuk kita isi tabung gas dia. Tabung gas baru 15.00 untuk 5 botol. Satu tabung tu, bolehlah kalau nak masak gulai 2 jenis, goreng2 sayur 4-5 kali.
So, u all mcm mana? Tak nak kesini ker?
4 thoughts..
wah..time kasih atas perkongsian ini.
saya mmg teringin sangat nak pergi sini.dah save utk destinasi honeymoon.haha. jadi tak leh pergi skrg lah... =)
macam seronok je...
afifahpah: Bagus2. Untuk honeymoon pun memang sesuai... hehehehe...
zahidahwahid: Seronok..seronok...
Catat Ulasan